🔥Chapter 1 Kita🔥

1.9K 31 0
                                    

Keadaan di dalam perpustakaan universiti itu sangat senyap, tapi tak adalah sesenyap mana apabila wajah perempuan itu terlintas di tubir mata setiap orang.

Yang penting, campus bellé itu tidak sepatutnya menjejakkan kaki di library pun. Masing-masing dah membuka jalan untuk wanita itu. Cliché kan!

Sampai di satu sudut, yang mana perempuan itu berjumpa apa yang dicarinya, dia berhenti betul-betul di hadapan apa yang dijumpainya. Wajahnya mencuka.

Lelaki itu santai sahaja. Dia tahu dia bersalah, tapi belum cukup lagi untuk membuatkan dia merayu-rayu meminta maaf daripada perempuan tu. Ada sebab kenapa dia buat apa yang dia dah buat.

Dia senyum segaris. Tapi bukan Emma yang tengah panas macam singa betina yang kelaparan tu.

"You! Sanggup you buat macam ni?! Apa yang I dah buat sampai you hina I macam ni? You ingat I siapa? Sampah?! Huh? You tak nak, you buang? Sape yang break pakai text message je? Are you kidding me?" Bagaikan orang gila! Itu pandangan kebanyakan orang apabila Emma mula menggila. Dah memang orang tu gila! Nak menjerit dalam library yang sunyi? Sape je yang buat macam tu?

Seorang pelajar perempuan yang tengah khusyuk belajar tadinya mula terganggu. Ini kali pertama yang diri dia terganggu semasa dalam library. Dah lah esok ada submission, memang dia berasap je ni. Cermin mata berbingkai hitam ditarik dari kedudukan di mata dan dilap dengan tempo sedikit perlahan sebelum dipakainya semula. Panas!

Tangan Farhana di atas meja study ditahan oleh rakan di sebelahnya, Deena.

Perlahan Deena berbisik.

"Kau stay, Nana! Kau jangan buat apa-apa!" Berbaur arahan. Deena kenal sangat dengan Farhana. Dia dah tahu kawan dia jenis mudah panas. And you don't want to meet the angry Farhana, macam angry bird tu.

Farhana senyum sinis. Okay la-kalau perempuan gila tadi berhenti segala kegilaan yang dia nak mula tadi.

"Shhhh!" Deena bagi isyarat bunyi untuk diam. Biar dia yang buat tindakan, bukan Farhana.

"Eh, biarlah aku nak bising pun! Jangan nak masuk campur lah!" Emma jeling Deena tajam. Jelingan maut!

Deena dah pandang Emma, in awe. Kau memang cari nahas lah, perempuan. Memang cari nahas!

"Sekarang ni I nak tanya you. Kenapa you break up dengan I? I ada buat salah apa dengan you? Ke you dah ada perempuan lain?" Lelaki itu hanya senyap tak berkata apa. Masih sibuk konon-konon sedang mencari buku.

Dia dah expect dah perangai perempuan ni memang macam ni, menurut kepada roommatenya yang dah digunakan oleh campus bellé tu.

Beberapa orang pelajar lain cuba mengikut jejak langkah Deena tadi dengan beri amaran diam tu.

Dan memang tak berkesan!

Beberapa orang mula meninggalkan library, sebab tak berapa senang dengan scene itu. Memang budak perempuan tu baru keluar dari gua kot, tak tahu yang dekat library tak boleh buat bising.

Emma mula buat drama menangis kuat gila. Nangis tipu-tipu. Air mata tak keluar pun.

"Youuuuu! I sayang gila dekat you, you tahu taakkkkk! I clash dengan boyfriend I yang tu pun sebab you tahu taaaaak? Kenapa you buat macam ni dekat I....." Airmata palsu! Sepalsu bulu mata yang tebal tu.

Lelaki tu faham sangat. Sebab dia 'lebih kaya' dari boyfriend dia yang sebelum ni je. Sebab tu dia nak buat drama kat sini. Sekurang-kurangnya itu apa yang dia buat Emma percaya.

Dan jelas-jelas lelaki tu tahu. Dia memang sengaja mempergunakan dirinya sebab nak balas dendam bagi pihak roommate dia yang hampir-hampir depressed (bahasa kasarnya, gila) sebab perempuan tu yang dah demand macam-macam, dapat macam-macam, alih-alih ada boyfriend baru dan tinggalkan roommate dia tu. Segala kekayaan yang konon-kononnya dia ada tu semua milik kawan sebilik dia tu.

Typical cewek matre!

Nana dah buat muka tak tahan panas dia tu. Topi Deena atas meja diambil dan dipakai. Tangan Deena yang memegang tangan dia tadi diletak ke tepi. Cermin mata dibetulkan. Moga-moga tak ada siapa yang kenal dia sudah lah. Dia memang dah panas dengan perempuan tu! Jenis tak reti bahasa!

"Bawak barang aku keluar tau!" Deena dah menggeleng-geleng. Jangan-la.

"No, no, no, Farhana. Kau nak kena warning lagi ke?" Berbaur berbisik.

Laju sahaja Farhana a.k.a Nana a.k.a Tangan Lelaki tu berjalan ke arah pasangan tadi.

Pang!

Emma menggosok pipinya perlahan. Tangisan pura-pura dia tadi serta-merta mati. Dia macam tak percaya. Betul ke dia kena tampar tadi? Dia?

"YOU! BLOODY! BI..." Mulutnya ditutup rapat oleh tangan Nana.

"Engkau, kalau nak bawak perangai setan kau kat sini, tak payah! Dunia ni tak berputar keliling kau je, tau tak! Nak buat drama, bukan dekat sini! Orang datang sini nak senyap, nak tenang, nak study. Diorang ada life, tak macam kau yang baru keluar daripada gua agaknya!"

Suara Nana, satu library boleh dengar. Ada yang mula ambik keluar handphone sebab nak rakam dan apa lagi, buat nak tunjuk kawan-kawan lain kalau tak percaya. Ada yang bertepuk tangan dengan ke'hero'an Farhana. Memang tabik spring lah!

Baru terkocoh-kocoh orang library nak datang, sekali dengan security. Entah mana datang security!

Baru je Nana nak lari, dia pun tak perasan tangannya ditarik laju untuk berlalu daripada situ. Cepat betul tangan mamat tu!

Dan Nana pun terasa semacam terbang masa berlari tu. Yang penting, dia dapat lari daripada security. Sebab nanti banyak soalan pula. Dia pun kan naik tangan tadi. Ada lah tu nanti naik atas ke authority universiti kalau ada yang nampak dia tu siapa. Tapi mamat ni!

Serta-merta Nana lepaskan tangan dia dengan kasarnya daripada genggaman lelaki tadi. Tu pun bila dah jauh daripada mereka-mereka lah.

"Lepaslah! Bukan muhrim, tahu tak nak pegang tangan orang!" Nana betulkan topi Deena yang dah tak berapa betul. Rambut dia pun dah macam serabut sangat dah.

Mereka berhenti di satu sudut luar library tu. Sedikit jauh daripada pandangan umum.

"Nur Farhana, course Social Studies. Okay!" Satu-satu perkataan lelaki tu baca daripada kad matrik perempuan di hadapan dia. Kening Nana terangkat.

Lelaki itu tersenyum.

"Aku Qays..."

Kening Nana double jerk.

James Jirayu as QaysShannon Williams as NanaNobody In Mind as DeenaPast Tense as Emma

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

James Jirayu as Qays
Shannon Williams as Nana
Nobody In Mind as Deena
Past Tense as Emma

Darah Muda ✅Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt