🔥MC🔥

427 21 0
                                    

"Akak! Ex husband akak tu buat onar. Baik akak datang cepat!"

Laju kereta myvi Nana menyusup masuk ke kawasan butik.

Masuk sahaja Nana ke dalam butik, dia nampak Datin Mona bersilang tangan sambil Qays di sebelahnya sedang bercakap dengan Datin Mona.

Apalah yang dicakapnya! Nana dah menggerutu sendiri.

"Datin...kenapa tak beritahu awal-awal Datin nak datang singgah? Sebab kalau tahu, saya datang butik awal sikit. Ni pun sebab kurang sihat sikit... Sue dah buatkan air untuk Datin?" Selepas bersalaman dengan Datin Mona yang sedikit kelat mukanya, Nana pandang ke arah Sue, sebagai signal supaya Sue buatkan air dengan cepat, biar reda apa sahaja yang about to happen.

Qays pandang ke Nana, tergamam. Ex wife dia tu langsung tak pandang ke arahnya.

"Tak payah! I nak datang sekejap je. Ni! Owner apa yang datang lambat ke butik sendiri? You all ni nak cari makan ke tidak sebenarnya?" Berbisa ayat tu, tapi Nana biarkan sahaja. Biasa dah!

"Mestilah nak, Datin... Oh by the way, Datin singgah nak cari design baju ke? Boleh aje nak berbincang kalau Datin dah ready..."

"Tak nak lah I. Design you ni dah memang lapuk lah sikit. I tengok butik Lala semua cantik-cantik. I ingat nak singgah ni, owner ada lah. Boleh tengok design baru ke apa. Masalahnya nak tunggu owner datang berejam. Tak payah! Kalau macam ni lah, baik I pergi tengok design Lala je dari pagi tadi."

"Design saya yang latest belum open to public lagi la Datin. Sebab ada nak buat few touches here and there. Tapi tak pe. Kalau Datin tak berkenan, tak apa. Saya boleh buat yang macam mana Datin nak. By the way, Datin sihat tak ni? Nampak macam panas sikit. Datin demam ke?" Nana ajak Datin Mona masuk ke ruangan VIP. Bukan VIP sangat lah, lebih kepada ruang rehat atau menunggu untuk customer. Datin Mona menurut sahaja. Dia sebenarnya mudah terpujuk apabila bercakap dengan Nana. Tadi dia panas dengan benda lain.

"Tak de, I penat lah dengan Dato'. Hidup dengan dia ni I boleh demam hari-hari. Ini dia dah tak balik rumah sebulan. You tahu I dengar apa dari perisik upahan I? Dia duduk rumah lain dengan betina simpanan dia yang baru. I ni penat tahu tak? Anak-anak I yang uruskan, I yang jaga...apa semua...."

Qays dah tak dapat mendengar perbualan mereka yang seterusnya. Dia berjalan perlahan ke meja kaunter, tempat Sue mengambil tempat dan dia ambil business kad di tepi meja itu, sengaja diletakkan untuk pelanggan yang baru datang.

"Saya kan sebenarnya pelik tengok Abang ni. Abang nak apa sebenarnya? Kak Nana dah tak ada apa-apa dengan Abang kan? Saya rasa Kak Nana dah move on dengan life dia tapi saya rasa Abang ni yang tak boleh move on... Abang suka Kak Nana lagi ke?"

"Mana ada!" Sehabis mungkin Qays menidakkan. Sebenarnya, dia termimpikan lagi perempuan ni malam tadi.

"Habis tu? Abang tahu tak selama saya kerja dekat sini, saya tak pernah nampak Kak Nana tak senang duduk walau sekali. Tapi bila Abang datang, ketenangan Kak Nana dah terganggu. Kalau Abang tak boleh nak let go the past, Abang tolong bagitahu saya apa yang saya boleh buat biar Abang tak ganggu Kak Nana lagi."

Qays hanya tersenyum sinis. Budak lagi kot budak depan dia ni, ada hati nak defend orang lain. Nana pulak tu! Perempuan tu! Dia guna-gunakan apa la budak ni biar dengar cakap dia!

"Aku tak rasa hidup aku tenang selama ni. So aku nak pastikan sampai bila Nana boleh tenang bila tengok aku. Aku nak tengok dia sampai aku puas. Boleh?"

Sue dah mengeluh kasar.

"Masalahnya Abang buang masa tahu tak? Biar lah Kak Nana move on dengan life dia. Kenapa? Abang nak tengok sampai Kak Nana jatuh sampai dia merempat ke baru Abang puas hati?"

"Tak ada lah sampai macam tu?"

"Habis tu apa?!"

"Cukup lah! Abang jangan datang lagi...please..biar Kak Nana bahagia...lupakan kisah lama."

Qays tersentak apabila suara Sue sedikit menaik, cukup untuk menggentarkan hatinya.

Dia bukan lah meminta sehingga perempuan bernama Farhana tu mengemis. Tidak. Dia hanya nak tengok Nana...me...

Nana me....

Nana apa, Qays?

Dia hanya nak tengok Nana hari ni. Dia pun pening! Sekurang-kurangnya, dia tak mahu Nana bahagia. Dengan perkahwinan lain, mungkin.

"Aku pun tak tahu lah. Aku pun pening...'

"Lepas tu, Abang datang sini hari ni Abang nak buat apa? Dan bila Abang cakap dengan Datin Mona tadi pun dah mencari onar tahu tak? Kami ni, kalau Datin Mona datang, kami tak bercakap pun dengan dia sebab yang betul-betul faham Datin Mona tu cuma Kak Nana je. Tapi Abang ni..."

"Okay, pasal tu aku minta maaf..."

"Bukan dengan saya!"

"Itu aku tak boleh buat..."

Datin Mona dan Nana keluar daripada kawasan rehat itu. Dan Nana hantar Datin Mona sehingga ke kereta di luar butik. Qays dan Sue masing-masing memandang ke arah mereka berdua yang masih meneruskan perbualan mereka di luar butik.

"So Abang balik boleh tak? Balik tempat kerja Abang..." Sue sambung perlahan. Tak mahu kelihatan kurang ajar.

"Aku off day hari ni...MC.." Suara Qays menurun.

Baru Sue perasan muka Qays sedikit pucat. Dia betul-betul tak perasan sebelumnya.

Nana masuk ke dalam butik selepas Datin Mona pergi.

Mata dia langsung tak pandang ke arah Qays.

"Sue, tell customer depan awak tu suruh dia balik...dan..." Qays pandang ke arah Nana dengan senyuman tak lekang di bibir. Dia memang berniat untuk irritate Nana, sebelum dia hilang pertimbangan badannya.

Darah Muda ✅Where stories live. Discover now