32 - P U J U K 🐊

Start from the beginning
                                    

TASIK di hadapannya saat itu ditenung jauh, wajahnya kosong tanpa senyuman. Fikirannya bercelaru, entah apa dosanya. Setiap kali pertemuan dengan lelaki itu, ada saja kejadian yang memisahkan. Namun jauh di sudut hatinya masih kesal, kalau lah dia beri peluang kepada lelaki itu lebih awal. Sudah pasti bahagia yang mendampinginya saat itu, namun semuanya hancur kerana ego.

"Cikgu saya nak mintak something boleh?"

"Mintak apa tu?"

"Mintak-mintak lah jodoh kita bersama"

Semakin laju airmatanya mengalir bila teringatkan kisah dulu, kata-kata itu semakin giat berlegar di fikiran. Semuanya berlaku terlalu sekejap, pejam celik pejam celik mereka bergaduh buat kali kedua. Perlahan-lahan airmatanya mengalir, namun bibirnya tetap mengukirkan senyuman tipis.

"Kita memang tak ditakdirkan untuk bersatu, saya memang tak layak untuk cikgu"

"Ye ke?" celah seseorang, sebiji batu dilempar ke dalam tasik. Syafina tersentak, laju dia menoleh.

"Cikgu!" membuntang biji mata Syafina, terkejut dia melihat kehadiran gurunya di situ.

"Ye saya?"

"C-cikgu buat apa kat sini?"

"Sepatutnya saya yang tanya awak, awak buat apa kat sini Niaa Syafina?" lembut suara Thaqief melontarkan soalan, Syafina ternganga.

"C-cikgu dah ingat saya?"

"Saya tak pernah lupakan awak" Thaqief tersenyum, Syafina berkerut dahi. Tambah pula dengan layanan Thaqief padanya, tadi sewaktu di hospital bukan main lagi lelaki itu memarahinya.

"Tapi cikgu-"

"Tak, semua tu lakonan je" jawab Thaqief dengan senyuman, membuntang biji mata Syafina mendengarnya.

"Termasuk yang lain?"

"Tak, saya pakat dengan Doktor Farah je" jawaapan Thaqief mengundang kemarahan dalam hati gadis itu, semuanya lakonan semata-mata? Tak guna betul.

"Apa motif cikgu sebenarnya ni ha?!"

"O-ok Fina, saya explain. Awak dengar dulu apa saya nak cakap, saya buat semuanya bersebab. Sumpah saya tak ada niat nak bohong awak ke nak game awak ke tak, tapi saya buat semua ni demi masa depan kita. Kalau saya tak buat semua ni sampai bila-bila saya takkan tahu isi hati awak, tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih sebab jujur dengan saya tadi, awak dah menjawab segala persoalan saya" Thaqief tersenyum, Syafina pula memandangnya bengang.

"Habis pasal accident tu? Tipu jugak lah?"

"Tak yang tu betul, sumpah saya tak tipu part accident tu. Yaa memang saya accident tapi tak ada lah sampai hilang ingatan, kalau saya amnesia sekali pun- Niaa Syafina tak kan pernah hilang di hati saya"

"Cikgu kenapa buat saya macam ni! Saya mati-mati ingat cikgu dah benci saya, cikgu sampai hati buat saya macam ni!!!"

"Kalau saya tak buat macam tu, awak tak kan luah kan rasa hati awak pada saya" balas Thaqief, perlahan-lahan Syafina mengukirkan senyuman tipis.

"Finally awak senyum, separuh mati saya rindukan senyuman awak. Senyumlah selalu, saya tetap bahagia tengok senyuman awak walau bukan saya penyebabnya" balas Thaqief, Syafina mencebik. Bersemut!

"Selama ni saya tertanya-tanya, siapa lah yang perempuan yang akan hidup dengan saya sampai ke hari tua nanti. Hari ni, saya dapat jawapan" Thaqief berkias, Syafina diam. Terus saja Thaqief melutut di hadapannya, sekotak cincin dihulur.

"C-cikgu buat apa ni?" tergagap Syafina menyoal, terkejut dia dengan tindakan lelaki itu.

"Syafina, saya dah fikir sehabisnya. Saya dah istikharah, saya dah menyerah soal jodoh saya dan hari ni- saya dapat jawapan saya. Awak lah perempuan yang cari selama ni, bidadari yang dicipta khas untuk saya. Dengan nama Allah, saya Thaqief Azmi ikhlas untuk memperisterikan awak Syafina. Masih ada ke ruang untuk saya bertakhta semula di hati awak setelah ruang tu saya persiakan?" mata gadis itu ditatap sedalamnya, wajahnya betul-betul mengharapkan jawapan gadis itu. Syafina tergamam, laju airmatanya mengalir.

"C-cikgu tak menyesal ke? Saya ni tak ada apa pun, saya banyak kekurangan"

"Saya sayang awak Fina, apa pun kekurangan awak- itulah keistimewaan yang awak ada. Berilah saya peluang untuk bahagiakan awak dan saya janji, saya akan habiskan seluruh hidup saya untuk bersama dengan awak. Demi Allah, saya cintakan awak. Saya betul-betul menyesal dengan apa yang saya buat, berilah saya satu lagi peluang dan saya tak kan siakan peluang tu untuk hidup dengan awak" balas Thaqief, semakin laju airmata Syafina mengalir. Gadis itu tersenyum, perlahan-lahan kepalanya mengangguk.

"Saya sudi"

"Ya Allah betul ke ni?!!" Thaqief meminta kepastian, Syafina tergelak.

"Ye, saya sudi"

"Masyaallah!!! Subhanallah, terima kasih Fina!!! Saya janji- saya akan jaga awak sehabis baik! Terima kasih banyak, saya sayang awak!!! Eyyy macam nak pelukkk je!!! Ya Allah terima kasih banyak!!!" jelas riak wajahnya teruja menerima jawapan Syafina, tiada lain lagi dia mahukan selain daripada persetujuan gadis itu.

"Cikgu, cincin ni-..."

"Oh yaa, a-awak nak saya sarungkan ke?" soal Thaqief, walau dalam hatinya masih gugup untuk bersentuhan.

"T-tak apa, saya sarung sendiri. Nanti dah halal, baru lah cikgu sarungkan cincin nikah pulak ye" lembut tutur kata Syafina, Thaqief mengangguk dengan senyuman. Cincin dihulur, Syafina mengambilnya lalu disarung ke jari.

"Cantik, terima kasih"

"Cincin tu masih tak mampu tandingi cantiknya awak Syafina" balas Thaqief, Syafina tergelak. Bahagia hatinya saat itu, semua yang jadi bagai mimpi. Penat je lari sampai ke Kelantan, sekali jodoh sendiri.


🍒 B E R S A M B U N G 🍒



.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

🌵🌵🌵

Hii ,

Stay tune ! 🐝

V o t e
¤¤¤
C o m m e n t

Thankyou ! 😘

Sincere ,
hanaakhairul

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now