DHA_35

525 34 12
                                    

MELIHATKAN kehadiran Syed Zaheen di situ, Rizz dan Hairi terus bergerak dan berdiri di sebelah kiri Karl Adrian.

Apa jua kemungkinan yang akan terjadi, mereka akan harung bersama-sama. Untuk membiarkan Karl Adrian menghadapi bersendirian, adalah tidak mungkin.

Mereka berdua sudah tahu mengapa Karl Adrian tidak mahu lagi mengambil risiko untuk menjadi hero di sekolah ini. Jadi, mereka menghormati keputusan sahabat mereka itu.

Ya, menjadi anak yang berbakti kepada orang tua, adalah perkara yang paling mulia. Tak kan nak halang pula.

Cuma, kerana tindakan masa lalu mereka, akibatnya harus ditanggung kini.

Ramai rupanya pelajar lelaki yang menyimpan dendam kepada mereka. Salah seorangnya adalah Aiman.

Ikutkan, mereka tidak pernah simpan pun memori siapa pelajar lelaki yang telah mereka belasah atau sekadar memberi pengajaran. Sebab, tak penting!

Masa tu, yang nak kena masuk bilik displin pun mereka juga atas dakwaan membuli pelajar sekolah. Jadi, nak ingat dorang semua tu, langsung tak penting.

Tapi, bila Karl Adrin mula menarik diri dan khabar tersebut tersebar ke pelusuk sekolah... inilah makannya!

Ha, hadap!

Mereka berdua pula yang kuat tak kuat mana ni, nak kena selesaikan. Memang tak ada siapa la yang nak gentar!

Bayangkan, tak sampai sebulan Karl Adrian mematikan diri, berpuluh aduan yang mereka terima dan yang paling sadis, hanya berapa kerat sahaja aduan itu yang dapat mereka selesaikan.

Selebihnya tidak berjaya kerana aduan yang mereka terima datang dari geng Aiman durjana ini.

Hari ini, akibat geram yang sudah tidak mampu lagi dibendung, jadi mereka berdua ambik keputusan mahu berbincang secara profesional.

Tapi, tengok la profesional dorang tu macam mana? Lunyai mereka berdua dikerjakan.

Adeh!

Mata mereka semua, terus mengekori Syed Zaheen dan Afiq Mikhael yang melangkah dengan penuh bergaya mendekati mereka.

Semakin lama, semakin menghampiri dan Syed Zaheen terus melangkah sehingga dia berdiri betul-betul di hadapan Karl Adrian manakala Afiq Mikhael, berdiri di belakangnya.

Mata mereka saling bertembung. Karl Adrian dengan pandangan pasrah, kerana dia sudah tahu akibat yang akan dia terima jika Syed Zaheen sudah ada di sini.

Syed Zaheen pula, memandang Karl Adrian dengan senyuman sinis yang terukir di bibirnya. Kepala digeleng beberapa kali.

Aaira Khayla yang hanya memerhati, sudah bersedia. Sekiranya Syed Zaheen bertindak tidak adil sekali lagi, dia akan menentang. Kalau perlu, dia juga akan masuk menghadap Cikgu Mokhtar.

Tak kira!

Syed Zaheen yang tadinya menghadap Karl Adrian mengubah posisinya dengan memusingkan tubuhnya menghadap geng Aiman yang berdiri beberapa kaki di hadapan Karl Adrian tadi. Afiq Mikhael turut berbuat yang sama. 

"Macam ni, barulah betul," suara Syed Zaheen.

Masing-masing terpinga-pinga. Tidak faham!

"Nampak tak, korang berlima dekat sana... jadi kami pun berlima dekat sini. Barulah adil." Berkerut dahi Karl Adrian dan dua lagi rakannya.

Biar betik?

Laju Karl Adrian menoleh ke sebelahnya, mahu memastikan apa yang dia sudah dengari tadi. Syed Zaheen turut berpaling memandang Karl Adrian, dia tersenyum sambil mengangkat kening.

Dia Hero Aku Where stories live. Discover now