DHA_33

466 23 6
                                    

LAYLA Tasnim berjalan dengan langkah yang laju. Dia sangat tidak selesa dengan perhatian yang diterima sejak kebelakangan ini.

Walaupun sekarang sudah tidak seperti mula-mula dulu, namun dia tetap masih belum dapat menyesuaikan diri. Kerana, tetap juga ada mata-mata yang masih memandangnya dengan pandangan sinis. Bisikan-bisikan, masih juga dia dengari.

Dia rimas!

Serabut!

Agaknya, ini yang Aaira Khayla rasakan dulu.

Dia lepas keluhan kasar. Pelik pula bila dia boleh teringatkan sepupunya itu. Kepala digelengkan beberapa kali. Cuba menghilangkan perasaan yang begitu janggal dirasakannya itu.

Dia melangkah ke perpustakaan. Hanya di sana sahaja dia dapat menenangkan diri kerana tidak ramai pelajar yang akan ke perpustakaan semasa waktu rehat.

Tapi, belum sempat dia mahu melangkah masuk ke perpustakaan, dia terdengar namanya dipanggil.

Terhenti gerakannya yang baru mahu membuka kasut. Matanya dibawa ke arah suara yang dia dengari.

Terus dia terkesima.

Harith?

Dia menjadi serba-salah. Mahu terus masuk ke perpustakaan atau bertemu dengan Harith yang sudah melukakan hatinya itu.

"Layla!" Sekali lagi Harith memanggilnya apabila dilihat Layla Tasnim sudah tergesa-gesa mahu membuka kasut sekolahnya.

"Tunggu Layla..." Harith pantas menyambar lengan Layla Tasnim untuk menghentikan langkahnya.

"Apa ni? Lepas la!" Layla Tasnim cuba menarik semula tangannya.

"Okey, aku lepas..." Harith angkat kedua tangannya ke udara kemudian dia terus menyambung.

"Tapi, aku nak cakap dengan kau sekejap. Sekejap, je. Please..." Layla Tasnim pandang muka Harith yang memohon simpatinya.

Dia masih teragak-agak, tapi timbul pula perasaan kasihan melihat Harith. Biarpun, lelaki di hadapnnya ini pernah melukakan hatinya dengan teruk, tapi dia tetap...

"Ok, sekejap je. Sepuluh minit." Layla Tasnim betulkan semula kasut sekolahnya yang hampir terbuka tadi.

Harith tersenyum kemudian mengikut langkah Layla Tasnim ke hujung koridor.

"Cepat la, dah seminit ni. Kau nak cakap apa?" Harith lihat sahaja Layla Tasnim yang mencuka sahaja wajahnya itu.

"Sampai bila nak macam ni, Layla?" Memandangkan Layla Tasnim tidak mahu berlama-lama dengannya, maka Harith terus sahaja ke tujuan asalnya mahu bertemu dengan Layla Tasnim.

"Kau cakap apa ni, gila!" Harith lepas keluhan.

"Aku kenal kau macam mana, Layla. Mungkin kau dah tak mahu ingat, tapi aku masih ingat dengan jelas hubungan baik kita dulu." Layla Tasnim menarik muka.

"Kau nak cakap apa? Hubungan baik apanya? Aku tak ada masa la untuk semua ni!" Layla Tasnim cepat-cepat mahu beredar.

Sumpah, dia tidak mahu lagi jadi bodoh. Lagi-lagi diperbodohkan oleh lelaki ini.

Dia tidak mahu hanyut kerana perasaan cinta yang dia tahu sampai bila-bila tak akan berbalas.

"Layla, tunggu!" Sekali lagi Harith pegang lengan Layla Tasnim.

"Lepas la! Lepas!" Layla Tasnim meronta mahu dilepaskan, namun kali ini Harith tidak mahu mengikut arahan Layla Tasnin lagi.

"Dengar dulu, Layla." Layla Tasnim tidak mempedulikan kata-kata Harith. Dia terus meronta mahu dilepaskan.

Dia Hero Aku Where stories live. Discover now