DHA_6

462 32 11
                                    


LAJU nafasnya menderu! Turun naik dadanya mengikut alunan nafas yang tidak berirama itu.

Perasaan geram dan sakit hati memenuhi rongga hatinya yang telah sekian lama tenang.

"Heh, ada hati nak rasa bahagia? Kau tengok, tak akan lama bahagia untuk kau tu akan bertahan!"

Meja dihadapannya, ditepuk kuat. Sakit di tangannya tidak langsung memberi kesan, kerana sakit yang terasa di hati telah melebihi segalanya.

"Bukan main dah pandai nak senyum, nak goda semua lelaki la tu agaknya. Munafik!" bentaknya lagi.

Otaknya laju memikirkan cara untuk memastikan segala rancangannya akan menjadi nyata.

Tiba-tiba, kelibat seseorang menyapu pandangannya.

Darwisha!

"Darwisha!" jeritnya menghentikan langkah Darwisha.

Darwisha menoleh dan terus mendekatinya. Dia hanya mengukir senyuman saat Darwisha sedang melangkah mendekatinya.

"Ada apa?" soal Darwisha.

"Jap, ada benda aku nak tanya sikit." Dia terus melabuhkan duduknya sedikit di bucu meja. Tangannya dilipat ke dada.

Sementara, Darwisha hanya menanti dengan tenang.

"Aku dengar, kau tak suka dengan Aaira, betul ke?" Darwisha kerutkan dahi. 

"Aaira?" Dia lepas nafas. Apa lembap budak Darwisha ni?

"Yela, Aaira. Budak kelas kau tu, kan?" Darwisha terdiam sejenak sebelum mengangguk perlahan. Seolah baru teringat sesuatu.

"Kenapa? Aku bukan tak suka dengan dia. Cuma..." Darwisha berjeda.

"Cuma apa?" soalnya tidak sabar.

Dia perlu mencari tahu. Kalau boleh, dia mahu mengumpulkan semua pelajar yang dia tahu mempunyai rasa tidak senang kepada Aaira Khayla.

Lagi ramai, lagi bagus. Mudah kerjanya nanti.

"Dia tu macam acah bagus! Menyampah aku. Dalam kelas, sikit pun tak reti nak bercampur. Nak orang terhegeh-hegeh pergi tegur dia. Ceh, dia fikir dia siapa?" Dia ukir senyuman lebar saat mendengar penjelasan Darwisha itu.

Nampaknya, dia tidak silap orang.

"Kan, macam bagus je," sokongnya menambah minyak pada api yang membara.

"Kau rasa, kenapa dia bersikap macam tu..." Darwisha pegang dagunya.

Sebenarnya, dia sendiri tidak tahu apa masalah si Aaira Khayla itu. Setahunnya, sebelum ini dia tidak begitu.

Ya, dia pernah juga berkawan dengan Aaira Khayla walaupun tidak rapat mana. Tapi, sejak dia berubah mendadak begitu... menyampah pula dia rasa.

"Entah, aku pun tak tahu," jawab Darwisha akhirnya.

"Kau tahu tak, dia tu..." Darwisha angkat kening. Menantinya menghabiskan kata-kata. Dia sudah tersenyum sinis melihat riak muka Darwisha yang penuh tanda tanya itu.

"Aaira tu, sepupu aku." Darwisha terkejut.

Biar betul. Matilah dia. Bukan main dikutuknya Aaira Khayla sebentar tadi. Berkerut wajahnya.

Itulah, mulut pun... main nak sebut je. Marahnya pada diri sendiri.

"Tapi, kau jangan risau..." Dia sudah tertawa kecil melihat kegelisahan Darwisha itu.

"Aku dengan dia... dah lama tak berbaik!" Sekali lagi Darwisha terkejut.

Tetapi, kali ini dia lebih terasa lega.

Dia Hero Aku Where stories live. Discover now