DHA_3

592 40 12
                                    


Ditulis oleh :: nunraa

***

USAI berbincang tentang projek sains, Aaira Khayla bergerak untuk pulang ke rumah. Saat Nabella Areyn dan Aina Delisha menawarkan diri untuk menemaninya pulang, laju saja dia menolak. Tidak mahu ditemani, kerana dia lebih selesa menyendiri.

Aaira Khayla pulang ke rumah dengan hanya berjalan kaki memandangkan rumahnya tidak jauh dari sekolah. Namun dalam perjalanan pulang ke rumah, dia dapat merasakan bagai ada sesuatu yang sedang memerhatikannya. Seolah-olah ada yang sedang mengikuti langkahnya. Tetapi, apabila dia berhenti dan menoleh ke belakang, tiada sesiapa pula.

Hurmmm...

Aaira Khayla cuba berfikiran positif, dia abaikan perasaannya dan menyambung perjalanan untuk pulang ke rumah.

***

SEBAIK loceng rehat berbunyi, Aaira Khayla membawa diri ke padang sekolah. Dia duduk bersandar pada tiang gol di padang kecil memandangkan cuaca disitu agak teduh.

Saat Aaira Khayla sedang asyik membaca, tiba-tiba ada sebiji bola menuju ke arahnya dan terkena tepat pada lengannya yang sedang memegang novel.

Aaira Khayla menoleh ke arah bola tersebut dibaling, seorang perempuan datang mendekatinya dengan riak angkuh. Aaira Khayla terus menunduk untuk mengambil bukunya yang terjatuh ke tanah. Dia berdiri serentak saat perempuan yang membaling bola tadi berdiri di hadapannya.

"Apa lagi yang kau nak, Layla?" Aaira Khayla menyoal bosan.

Geram juga dengan Layla Tasnim yang tidak habis-habis mencari gaduh dengannya. Bukankah gadis itu tidak mahu melihat wajahnya lagi? Jadi kenapa mahu menganggunya lagi?

"Aku nak kau merana! Kau dengar sini, Aaira. Aku akan buat kau merana seumur hidup kau!" kata Layla Tasnim kasar.

Tidak puas dengan itu, tubuh Aaira Khayla juga ditolak kasar. Akibatnya, tubuh Aaira Khayla terdorong ke belakang beberapa langkah.

Aaira Khayla memandang Layla Tasnim tajam, ikutkan hatinya mahu saja dia membalas segala yang dilakukan Layla Tasnim itu. Tetapi disebabkan perasaan sayangnya kepada Layla Tasnim masih bersisa, dia batalkan sahaja niatnya itu.

"Kenapa kau masih berdendam lagi dengan aku, Layla? Padahal kau tahu itu bukan salah aku," kata Aaira Khayla geram.

Layla Tasnim tersenyum sinis, dia berpeluk tubuh memandang Aaira Khayla dengan pandangan sinis.

"Sampai mati pun aku akan berdendam dengan kau. Kau orang yang paling tak guna yang pernah aku kenal. I wish, you're not my cousin!" desis Layla Tasnim, serentak itu dia berlalu pergi meninggalkan Aaira Khayla sendirian.

Aaira Khayla mengeluh panjang, apalah nasibnya. Dibenci oleh sepupu sendiri, inilah takdir buat Aaira Khayla.

***

KARL Adrian memerhati dengan pandangan yang tajam ke arah Aaira Khayla dan juga seorang perempuan.

Layanan kasar perempuan itu terhadap Aaira Khyla menimbulkan 1001 persoalan di benak Karl Adrian.

Kenapa agaknya Aaira Khayla tidak membalas? Kenapa pula perempuan itu melayan Aaira Khayla sekasar itu?

Ikutkan hati mahu saja dia menyerang perempuan tadi, tapi dia seakan berminat mahu mengetahui apa yang terjadi di antara mereka. Jadi dia perlu bersabar dan teruskan memerhati.

Gadis itu berlalu pergi meninggalkan Aaira Khayla sendirian. Karl Adrian memerhati Aaira Khayla daripada tingkat paling atas. Dia naik ke bumbung ini kerana mahu tidur dan memonteng kelas namun tidak sangka pula dia dapat melihat drama di antara dua orang gadis itu.

Dia Hero Aku Where stories live. Discover now