DHA_13

413 28 10
                                    


TERKOCOH-KOCOH Hairi berlari mendapatkan Karl Adrian yang sedang selamba melepak di dalam kelas meskipun sekarang adalah waktu rehat.

"Karl... Karl..." Karl Adrian sekadar menoleh sekilas melihat Hairi yang terjerit-jerit memanggil namanya sambil berlari seolah dikejar Zombie Kampung Pisang. 

Hairi berhenti betul-betul di hadapan Karl Adrian. Rizz yang turut melepak bersama Karl Adrian turut memandang Hairi yang sudah kehilangam nafas akibat bermarathon sebentar tadi

"Apa hal, weh? Kena rasuk dengan Cik Ponti ke apa?" Hairi tidak peduli dengan Rizz yang cuba membuat lawak tidak cukup cerdik itu.

Fokusnya tetap kepada Karl Adrian yang sedikit pun tidak kisah dengan kehadirannya di situ ketika ini.

"Karl, tadi Zaheen lempang Aaira, doh!" Karl Adrian sedikit tersentak.

Baru kali ini dia memberi tumpuannya kepada Hairi.

"Apa kau cakap?" katanya sambil terus bangun dari duduknya.

"Zaheen... lempang Aaira. Bodoh,  punya jantan!" Sempat lagi Hairi memaki Syed Zaheen.

Sejak dia berkawan baik dengan Karl Adrian, satu perkara yang dia belajar. Perempuan, lahirnya mereka untuk dihormati, dilindungi dan disayangi.

Jadi, apabila ada sahaja kes yang melibatkan pelajar perempuan diganggu, maka mereka la yang akan menjadi hero untuk membela nasib pelajar-pelajar perempuan itu.

Tapi, macam biasa la. Hero selalu akan dipandang hina. Niat baik mereka sering dipandang serong. Tidak pernah ada sesiapa pun yang ambil peduli sebab-musabab mereka membelasah pelajar-pelajar lelaki tersebut.

Ah, pedulikan. Hero memang akan kalah dulu. Nanti sampai masa, baru semua terbeliak biji mata.

"Sekarang, mana dia?" soal Karl Adrian dengan rahangnya diketap. Penumbuk sudah digenggam padu.

"Zaheen ada lagi kot dekat pondok yang biasa Aaira lepak tu," jawab Hairi.

"Aku tak nak tahu pasal si Zaheen, tu!  Aku tanya Aaira. Dia kat mana?" Hairi garu kepalanya yang tidak gatal.

Selalu bila kes macam ni terjadi, yang Karl Adrian mahu tahu hanya lokasi si pelajar lelaki. Nak diberi 'habuan' segera akibat perbuatan biadap mereka terhadap perempuan.  Tapi,  terbalik pula kes yang satu ni.

"Ermmm, tadi macam dia lari ke blok belakang yang kita biasa lepak tu." Teragak-agak jawapan yang diberikan Hairi.

Sekelip mata, Karl Adrian terus lesap dari pandangan. Hairi telan air liur. Dia pandang Rizz. Rizz juga memandangnya.

"Pelik ni, weh... Apa hal dia cari Aaira pulak? Jangan kata dia nak belasah si Aaira. Bukan dia tak percaya ke,  dengan cerita yang dok tersebar tu?" Rizz sekadar mengangkat bahu.

Bukan Hairi sahaja. Dia sendiri masih dihujani pelbagai tanda tanya. Karl Adrian berperangai pelik, ni! Tak pernah-pernah dia macam ni. 

***

AAIRA Khayla memeluk lututnya sambil wajahnya dibenamkan.   Dilepaskan segala tangisan yang membelenggu dalam dada.

Hatinya sakit, teramat sakit! Apa sebenarnya yang dia tidak tahu? Apa yang sudah Layla Tasnim canangkan?

Dia mahu tahu, benar-benar mahu tahu! Ini soal maruahnya.

Ah, bodoh betul dirinya! Bagaimanalah dia boleh bersikap sambil lewa sebelum ini? Kononnya, mahu dilantakkan sahaja mulut-mulut tempayan yang ternyata mustahil untuk ditutup itu. Sedangkan, dia sendiri tidak sedar. Selama ini, maruah dia telah diinjak-injak oleh mereka.

Dia Hero Aku Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt