DHA_22

438 29 7
                                    


"ARGHHHH..."

Jeritan dilepaskan semahu hatinya. Tapi, tetap juga rasa lega itu belum menghiasi dadanya.

Wajah yang terpantul dicermin dia tatap dengan dada yang sedang berombak laju. Air mata yang menitis,  dia sapu kasar.

Dia benci!

Kenapa begini akhirnya?

Kenapa?

Kenapa semua masih tidak berpihak pada dirinya?

Salahkah apa yang dia mahu? Dia cuma tidak mahu Aaira Khayla hidup bahagia.

Cuma itu...

Aaira Khayla... semua yang baik-baik pasti akan menjadi miliknya.

Dialah pelajar yang disenangi.

Dialah rakan yang disanjung tinggi.

Dialah atlet yang dikenali.

Semuanya dia!

Sedangkan dirinya?

Sebelum ini, dia tidak pernah merasa iri, waima sebesar zarah juga tidak. Segala kejayaan yang dikecap Aaira Khayla, pasti dia juga turut merasa bangga.

Malah, dia tidak segan-silu menghebahkan, gadis itu adalah sepupunya. Sepupu kebanggaannya.

Tapi...

Dengan semua yang dia perolehi, dengan semua yang mampu dia miliki dengan hanya memetik jari...

Perlukah direbut juga, satu-satunya kebahagiaan untuk dirinya?

Perlu, ke?

Dia kecewa... Sumpah dia kecewa. Bayangkan apa yang dia rasakan. Aaira Khayla itu sudah dianggap sebagai sahabat sehidup dan semati.

Ya, dia rela berkongsi segalanya-galanya dengan Aaira Khayla. Tapi... bukan berkongsi kasih. Dia tidak mahu!

"Aku benci, benci!" Barangan yang terdapat di atas meja solek, semuanya ditepis kasar. Jatuh bertaburan segalanya.

Tapi, masih juga dia tidak berpuas hati. Dia kini seolah sedang diserang perasaan amarah yang membuak-buak.

Dia mahu melepaskan segalanya. Namun, apa sahaja dayanya.

Hanya mampu menjerit seperti orang gila!

Tubuhnya dibawa ke atas katil besar miliknya. Dadanya masih juga berombak laju. Pandangan tajamnya meliar ke sana-sini. Tanpa arah.

Kejadian di sekolah tadi mengimbau kembali. Bertambah deras ombak yang menghempas dadanya.

"Sampai hati awak fitnah saya. Saya dengan Aaira..." Harith terdiam seketika. Matanya memandang Aaira Khayla yang sedang melangkah menghampiri mereka.

Layla Tasneem masih juga tergamam. Kehadiran mereka semua secara tiba-tiba benar-benar melumpuhkan fikirannya.

"... Aira tak pernah pun mahu berbaik dengan saya, Layla. Semuanya sebab awak. Awak tahu, kan? Tapi, kenapa sampai begitu sekali fitnah yang awak sebarkan?"

Dia Hero Aku Where stories live. Discover now