DHA_16

436 26 5
                                    


SEKALI lagi Aaira Khayla membawa diri ke blok belakang bangunan yang sunyi itu.

Tapi, kali ini dia sendiri tidak tahu apa yang sedang dia rasakan.

Sampai sahaja di blok paling belakang di dalam sekolah itu, Aaira Khayla terus merebahkan duduknya di atas lantai simen.

Badannya disandarkan pada dinding batu. Kakinya dibawa naik sehingga lututnya sama paras dengan wajahnya.

Dia terus termenung jauh. Mendiamkan diri dengan riak yang tidak punya berperasaan...

"Mengaku? Jadi, kau mengaku juga la, yang kau goda boyfriend sepupu kau sendiri. Lepas tu, kau sanggup tidur dengan jantan tu, semata-mata mahukan perhatian lebih. Lepas tu,  kau mengandung dan kau kantoi rampas boyfriend sepupu sendiri end up kau boleh pula gugurkan anak tu?"

Aaira Khayla ketap bibir. Kata-kata Syed Zaheen kembali bergema dalam fikirannya. Terus bermain-main dalam kepalanya, tanpa rasa simpati. Seolah mengejek-ejek dirinya yang sudah sedia dipandang hina ini.

Dia tarik nafas dalam. Mencuba untuk melenyapkan segala tuduhan bodoh itu terus. Tapi, tidak berjaya.

Kata-kata Syed Zaheen itu, terus bermain dan berputar hebat tanpa henti.

Dia tutup terus telinganya. Berharap kata-kata itu terus lenyap. Namun, masih gagal kerana kata-kata itu datangnya dari dalam fikirannya. Yang tidak mampu ditutup.

Akhirnya, air matanya menitik juga. Setelah puas dia bergelut dengan perasaan sendiri, dia mengaku kalah.

Kesakitan ini, bukan biasa-biasa.

Tuduhan terhadapnya juga, bukan tuduhan ringan.

Sampai hati Layla Tasnim mereka cerita sehingga ke tahap itu.

Sampai hati juga Syed Zaheen terus mempercayai tanpa menyiasat terlebih dahulu.

Wajah Syed Zaheen yang tegang dan penuh kebencian tadi, masih jelas terbayang di matanya.

Dia tertunduk sayu.

Tiba-tiba kepalanya di angkat laju. Teringatkan wajah Syed Zaheen, teringat juga darah yang mengalir di tepi bibir lelaki itu.

Tapi, bukan itu yang dirisaukan olehnya.

Tapi, darah yang terbit itu mengingatkan dia kepada seseorang.

Seseorang yang bersungguh membela maruahnya.

Ah, terasa bodoh menangis di sini untuk seseorang yang tidak langsung pandai menghargai.

Dia perlu berterima kasih. Itu lebih baik.

Laju dia bangun.

Sisa air mata disapu kasar sambil bertekad tidak mahu bersedih lagi untuk benda bodoh seperti ini.

Langkah mula diatur. Menuju kepada seseorang yang sudah menabur budi kepadanya.

Karl...

Karl Adrian!

***

"TERUK ke, Mokh marah?" Rizz pandang Hairi lalu mengangkat bahu. Soalannya habya dibiarkan sepi tanpa jawapan okeh Karl Adrian.

Dia Hero Aku Where stories live. Discover now