DHA_2

655 40 7
                                    


Ditulis oleh :: cookiesfrappe


***


SEMUA pelajar kelas 5 Bulan telah ke padang sekolah untuk menjalankan aktiviti sukan. Seperti biasa, Aaira Khayla hanya akan duduk di tepi padang melihat rakan-rakan yang lain bersukan.

Kebiasaannya, pelajar lelaki akan bermain bola sepak manakala pelajar  perempuan pula bermain bola jaring.

Aaira Khyla?

Dia akan sibuk membaca novel yang akan dibawa kemana sahaja.

"Aaira!" suara Nabella Areyn yang kuat membuatkan Aaira menoleh.  Kelihatan Nabella Areyn sedang berlari anak ke arahnya manakala Aina Delisha hanya berjalan sempoi. Aina Delisha memang sempoi!

"Bella," bisik Aaira Khayla perlahan.

"Aaira, jomlah kita main bola jarring!" ajak Nabella Areyn teruja.

"Tak apa," balas Aaira dingin, sambil menunjukkan novel ditangannya.

Dulu Aaira Khayla sangat minat bersukan, tapi kini tidak lagi. Dia lebih suka menyendiri dan hanya menjadi penonton gelagat manusia di tepi padang.

"Kalau macam tu, aku pun tak nak mainlah," kata Nabella Areyn lalu duduk di sebelah kanan Aaira Khayla diikuti dengan Aina Delisha yang baru tiba.

Aaira Khayla tidak mengangguk atau menggeleng.

Aina Delisha memberikan isyarat mata kepada Nabella Areyn untuk memulakan perbualan dengan Aaira Khayla.

"Kau, memang tak suka sukan ke?" Nabella Areyn memulakan perbualan.

"Hmm... tak," bohong Aaira.

"Tapi kenapa aku pernah tengok nama kau dalam atlet sekolah," Aina Delisha mencelah.

Aaira Khyla tidak menjawab. Dia bangun dan berlalu pergi. Nabella Areyn dan Aina Delisha hanya mampu memandang.

***

SYED Zaheen keliru. Dia sendiri kurang pasti mengapa sejak akhir-akhir ini, dia selalu teringatkan pelajar yang sering datang lewat ke sekolah itu.

Aaira Khayla!

Ah, sejak dia mendengar nama itu di sebut pemiliknya, dia seolah telah dijampi. Pelik!

Siapa dia?

Dari mana datangnya?

Sudah lima tahun dia bersekolah di sini. Tahun ini, dia siap menyandang jawatan ketua pelajar. Tetapi, kenapa gadis yang seorang ini seolah makhluk halimunan?

Mengapa sejak akhir-akhir ini baru dia sering bertembung dengannya?

Dia bagai ditarik oleh aura yang dimiliki si Aaira Khayla ini.

Tapi...

Mengapa? 

'Alamak, tu macam Aaira. Panjang umur dia. Hurmm, aku nak cuba tegur dialah.' Syed Zaheen memasang tekad sendiri.

Dia baru sahaja selesai membeli makanan di kantin. Memandangkan kantin agak sesak kerana sekolah mereka telah terpilih menjadi tuan rumah pertandingan bola sepak, maka dia bercadang untuk makan di pondok yang terdapat di taman bacaan.

Tapi, dia langkah kanan rupanya. Dapat bertemu Aaira Khayla yang sering muncul dalam angannya.

"Hai..." Teragak-agak Syed Zaheen memulakan perbualan. 

Dia Hero Aku Where stories live. Discover now