DHA_30

479 29 4
                                    

KARL Adrian semakin selesa membawa diri ke tingkat atas bangunan paling belakang yang mengadap padang sekolah.

Masa-masa sebegini, padang sudah tidak digunakan, jadi suasana di sini sangat sunyi.

Dia bukan tidak mahu melepak bersama Rizz dan Hairi lagi. Cuma, dia lemas apabila acapkali mereka bertanyakan soalan yang sama.

Soalan yang dia sendiri tidak tahu jawapan yang tepat. Jadi, dia lebih memilih untuk tidak menjawabnya dan melarikan diri.

Dia tertunduk lemah apabila sedar tindakannya ini tidak jauh bezanya dengan tindakan seorang pengecut. Tapi...

Ah, lantak la!

Dia, benar-benar mahu berhenti daripada memikirkan semua ini. Dia mahu fokus kepada matlamatnya yang mahu menjaga hati emaknya.

Hanya itu!

Dia cuba berbaring di atas meja yang sudah sedia tersusun di situ. Tangan kananya diletakkan ke atas dahi. Mata cuba dipejam. Berharap agar segala rasa bersalahnya berlalu dibawa oleh angin yang bertiup lembut.

"Ehemm..." Spontan mata Karl Adrian terbuka.

Perlahan-lahan dia mengangkat tubuhnya bangun untuk melihat sekeliling. Siapa pula yang tahu keberadaannya di sini?

"Sorry, kalau aku ganggu." Laju Karl berpaling ke arah suara itu. Kemudian nafas kelegaan dikepaskannya.

"Mana tahu aku ada sini?" Tubuhnya kembali dibaringkan.

"Dah banyak hari kau hilang macam tu, je. So, aku skodeng la kau." Karl Adrian tertawa kecil mendengar penjelasan Aaira Khayla itu.

"Pandai eh skodeng orang sekarang ni. Tak malu!" Aaira Khayla mencebik.

"Pandai kau cari port lepak." Mata Aaira Khayla mengamati kawasan sekitar.

Sunyi, tersorok dan mendamaikan. Tempat yang sangat sesuai untuk menyembunyikan diri.

"Karl..." Karl Adrian buka matanya dan pandang ke arah Aaira Khayla yang sedang berdiri di koridor.

"What happend?" Karl Adrian sekadar diam membisu.

"Kenapa jadi macam ni? Aku tahu ini bukan diri kau yang sebenar."

Karl Adrian lepas keluhan.

Ya, betul kata Aaira Khayla. Ini, bukan dirinya yang sebenar.

"Mungkin, dah sampai masa aku berubah menjadi lebih baik." Aaira Khayla gigit bibir bawahnya.

"Karl, siapa yang cakap kau jahat?" Meletus ketawa Karl Adrian mendengar soalan Aaira Khayla itu.

"Serius la soalan kau ni? Kau silap sebenarnya Aaira, patutnya kau tanya aku, siapa je yang cakap aku ni baik. Senang sikit aku nak senaraikan, sebab... memang tak ada."

Karl Adrian masih juga dengan sisa ketawanya tadi. Lucu benar dia rasakan.

"Itu, sebab kau yang nak sembunyikan kebaikan yang kau dah buat."

Karl Adrian bangun dari baringannya. Dia duduk di atas meja itu sambil kakinya dijuntaikan ke bawah.

"Aku tak pernah buat benda baik," katanya senada.

"See! Kau sendiri tak yakin dengan diri kau. Macam mana orang lain nak yakin, macam mana orang lain nak nampak? Macam mana mak kau nak nampak dan bangga?"

Karl Adrian pantas memandang Aaira Khayla. Tajam pandangannya.

"Jangan libatkan mak aku!" Keras amarannya.

Dia Hero Aku Where stories live. Discover now