18 - N E W Y E A R 🐞

Start from the beginning
                                    

"Ha ye, result awak macam mana hari tu? Ok?"

"Eh mestilah ok, lulus semua with 4A" jawab Nadia bangga, Syafina menjeling.

"Alhamdulillah, boleh lah tu. Fina pun 7A kan Fina?" tegur Thaqief, terkejut Syafina dibuatnya.

"Ahah! Ye betul, mana cikgu tahu?" pelik pula, dia tak pernah memberitahu Thaqief tentang keputusannya.

"Eh mestilah saya tahu, awak lah student pertama yang saya nak tahu tau. Saya tanya Cikgu Am, dia yang bagitahu" jawab Thaqief, Syafina mencebik. Nadia pula? Menjeling ler!

"Ahah! Cikgu dah makan?" celah Nadia, pandangan yang agak menjengkelkan Syafina beri. Hana di sebelahnya sudah tersengeh memandang wajah geram Syafina, belakang badan rakannya itu diusap perlahan.

"Sabar Fina sabar, anak orang" bisiknya, Syafina mendengus.

"Dah jom ar!" tangan Hana ditarik ke kantin, dia berlalu pergi. Semakin lama duduk di situ, makin sakit hati. Nadia tersenyum sinis, one step closer.

🐢🐢🐢

LANTAI DEWAN itu menjadi tempat dia melabuhkan punggung sambil memeluk lutut, pandangan dibuang ke arah padang yang luas terbentang di hadapannya itu. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menampar lembut wajahnya itu membuatkan dia berasa nyaman, rakannya yang lain sudah teruja dapat kelas.

"Tumbuk cili dalam lesung, Niaa Syafina-... kenapa termenung?" tegur Thaqief dari belakang, tersentak Syafina dibuatnya.

"Allahu cikgu, terkejut saya!" dadanya diusap perlahan, Thaqief tergelak kecil. Dia mahu pulang ke bilik guru tadi, tapi terpandang Syafina termenung sendirian di hujung dewan itu. Terus saja dia membatalkan niatnya ke bilik guru, ada soalan yang perlu dia tanya pada pelajarnya itu.

"Cikgu tak ada kelas ke?"

"Awak tak jawab soalan saya tadi Syafina" Thaqief menjongket kening, Syafina tersenyum.

"Cantik manis tak terkata, saya nampak masa depan kita" selamba Syafina menjawab, Thaqief tersenyum. Pantang kasi chance, ada je pickupline dia.

"Lemah longlai kaki menapak, apa yang awak nampak?" Thaqief pun melayan, semakin melebar senyuman Syafina.

"Burung puyuh burung tempua, kita bahagia hingga tua" balas Syafina, Thaqief menggeleng perlahan dengan senyuman.

"Saya rasa kalau saya bayar setiap pickupline awak tu, awak boleh kaya tau tak"

"Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, setiap kata saya tak perlu dibayar, ianya ikhlas dari hati" lembut suara Syafina menyapa halwa telinga Thaqief, ayat gurunya itu diulang semula.

"Allahu, ingat lagi awak dengan ayat tu ea! Haih, dah dah. Awak ambil aliran apa?" Thaqief menukar topik sebelum keadaan jadi makin melarat, Syafina ni makin dilayan makin kelaut.

"Saya ambil Sains dengan Akaun"

"Kenapa tak ambil Sastera?"

"Saya tak minat lah, lagipun mama baba saya yang suruh ambil aliran ni" jawab Syafina, Thaqief mengangguk faham.

"Urm ok lah cikgu, saya nak pergi bual dengan Hana. Nanti sekejap lagi mungkin kitorang dah boleh gerak ke kelas kot, bye" pamit Syafina, malas mahu berdua di situ. Walau tempat terbuka, tak manis pula dipandang orang.

"Ok, assalamualaikum"

"Walaikumsalam" Syafina berlalu pergi, Thaqief tersenyum.

🍒 B E R S A M B U N G 🍒

.

.

.

.

.

🌵🌵🌵

Hii ,

V o t e
¤¤¤
C o m m e n t

Thankyou ! ❤

Sincere ,
hanaakhairul

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now