"Abang tak nak. Abang nak ummi jaga. Siapa nak masakan bubur untuk kami bertiga nanti? Abang tak nak rasa bubur daripada air tangan orang lain."ujar Aarash.

"Ya ummi jaga. Macam baba jaga kita selama ni. Nanti Lyza tolong masakan. Ummi dah ajar dia tau? Jangan kecewakan dia. Nanti ummi merajuk dengan abang. Ummi nak lepas ni abang jaga kakak dengan adik. Dan permintaan terakhir ummi, bagi jantung ummi kepada kakak."ujar Maira.

"No! Abang tak akan bagi jantung ummi kepada kakak. Kakak pun mesti tak nak tau? Tolonglah ummi... Rash akan cuba cari penawarnya."kata Aarash. Jikalau dia memberikan jantung Maira kepada Airish, sudah semestinya Maira akan meninggal dunia.

"Rash..."luluh kedengaran Sarah memanggil dirinya. Dapat dilihat Sarah juga sedang menangis sambil memegang satu sampul putih.

"Racun tu tak ada siapa yang tahu penawarnya. Kalau ada pun, perempuan yang racuni ummi Rash sahaja yang tahu, tapi dia dah mati. Doktor Melda dan Profesor Ghaif tengah berusaha selidik penawar yang perempuan itu makan. Racun itu, racun Dyrenzhia. Melihatkan keadaan kau Maira, mesti racun tu pekat dan diberi dos paling tinggi."ujar Sarah.

"Kalau dah dapat tahu pun apa penawarnya, mungkin mustahil untuk hasilkan dalam masa dua hari. Ummi Rash tak dapat bertahan lama."sambung Sarah lagi. Air mata Aarash sudah tidak dapat dibendung lagi. Laju sahaja ia menuruni pipi. Nana yang berada di sebelah turut menangis dalam pelukan Shafiq. Tidak dijangka secepat itu orang yang sudah dianggap satu-satunya adik kandung sendiri bakal meninggalkannya.

"Bagi jantung ummi kepada kakak. Kalaupun ummi hidup, tak akan nak biarkan kakak mati? Kakak baru sahaja mahu merasa bahagia. Ummi selalu bahagia. Sekarang giliran kakak pula."ujar Maira. Sungguh Aarash rasa tersepit ketika ini. Di antara Airish dan Maira, siapa yang patut dipilihnya? Bingung dirinya ingin membuat keputusan.

"Mari ikut daddy."Izzuan menarik tangan Aarash menuju ke arah satu ruangan yang tiada orang.

"Kenapa Dia nak tarik semua orang yang Rash sayang daddy? Mula-mula baba, lepas tu Tok Ma. Dia juga hampir tarik kakak, daddy. Sekarang ini ummi pula. Rash tersepit. Rash takut daddy."luah Aarash. Teruk dia menangis di hadapan Izzuan.

"Dia tarik mesti bersebab. Kalau itu permintaan ummi, relakan sahaja Rash. Mungkin baba sudah menunggu ummi di atas sana. Cuba Rash fikir betul-betul keadaan ummi dan kakak. Kalau kakak tak jalankan pembedahan tu, kakak akan mati. Ummi pun akan mati sebab tak ada penawar. Lebih baik selamatkan yang mana boleh daripada dua-dua tiada. Cuba buat keputusan yang baik Rash."ujar Izzuan. Air mata di pipi Aarash disekanya.

"Tapi Rash takut daddy. Macam mana dengan adik dan kakak? Mereka mesti sedih nanti. Aarash tak dapat nak bayangkan macam mana hidup kami bertiga tanpa ummi nanti."

"Ummi seorang yang kuat bukan? Dia kuat membesarkan kau orang bertiga tanpa baba. Kau orang bertiga pun mesti kuat tau?"ujar Izzuan lagi memberikan kata-kata semangat.

"Boleh daddy buat keputusan untuk Rash? Rash tak dapat fikir kali ini daddy."pinta Aarash. Mindanya terasa kosong saat ini.

"Boleh. Ikut permintaan ummi."kata Izzuan.

"Maaf mencelah. Tapi macam mana kalau jantung Ratu Maira sendiri pun sudah terkena racun itu? Bukan ke bahaya juga untuk Puteri Airish?"soal Haziq sekadar menduga.

"Kena atau tidak, itu belakang cerita. Rasanya sempat untuk Doktor Melda dan Profesor Ghaif cari tahu penawarnya. Itu pun kalau mereka dapat kesan. Kalau tidak susah penawar itu dihasilkan, maka Puteri Airish akan selamat. Itu kalau jantung Ratu Maira turut terkena racun tu. Yang pastinya kalau terkena sekali pun, ia sedikit sahaja."ujar Sarah.

"Nanti Aunty tolong pembedahan tu dan kau orang berdua juga kena tolong sebagai pembantu utama."sambung Sarah lagi seraya memandang Alex dan Haziq.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSWhere stories live. Discover now