Aiman

5.5K 220 2
                                    

So here I am,dalam bilik fail yang sunyi dan agak gelap. Tapi tak berseorangan sebab Harris ada,tengah check gambar yang ada kat dalam kamera Anis. Oh ya,Harris ni salah seorang dari ahli sidang redaksi sekolah jugak.

Haih boringnya. Takde siapa nak daftar ke? Oh tolonglah,sesiapa. Tiba-tiba aku dengar bunyi bising kat luar tapi aku biarkan aje. Normal lah sebab bilik fail berdekatan dengan koperasi.

"Aiman,aku nak keluar beli makanan ni. Kau nak kirim tak?" Harris tanya aku sambil mengemas meja yang dia duduki tadi. "Nak beli kat koperasi ke kantin?" Aku tanya balik. "Kantin kot. Kau nak apa?" Aku berfikir seketika. "Aku nak hati kau jelah. Saia tuck kuad". Aku mengusik Harris. "Haha gila kau. Kalau hati aku takde nanti macam mana aku nak sayang kau?" Aku gelak. Dia kenakan aku balik rupanya.

"Dahlah kau pergi jelah kantin aku tak lapar". Dia keluar dari bilik. Semasa dia buka pintu aku tengok ada dua tiga orang kat depan bilik ni. Patutlah bising haih. Gi main jauh-jauh,dik. Pintu tertutup dan aku keseorangan. Dah boleh buat cerita hantu dah ni. Aku putuskan untuk baring sekejap tapi tiba-tiba pintu terbuka. Tertutup balik. Terbuka balik,tertutup balik. MAMBANG MANA YANG MAIN PINTU NI.

Disebabkan rasa kebimbangan yang menebal aku rasa baik aku duduk posisi tadi je. Lagi bagus. Dan lagi sekali pintu terbuka dan aku akhirnya nampak kelibat manusia menjenguk. Aku pandang dia. Macam kenal. "Kat sini ke tempat daftar untuk pertandingan spelling?"

Aku terus bangun dengan muka gembira menuju ke arah budak perempuan tu. Dia kebelakang sedikit. "Haah. Nak daftar ke?" Tanyaku dengan harapan dia akan cakap "ya"dan bukannya tutup pintu tu balik. Dia angguk,dengan muka yang agak keliru. "Masuklah" aku berjalan ke arah meja untuk mengambil kertas dan sebatang pen.

Aku tuliskan 'spelling comp' dia bahagian atas kertas sebelum menyerahkan pen dan kertas kepada budak tu. "Pertandingan ni bila?" "Harini Selasa jadi esoklah. Masa kokurikulum." Jawabku. Dia mengangguk. Dia menulis namanya sebelum menyerahkan kepada kawannya. "Tulislah kelas sekali. Korang menengah rendah,kan?" Aku mengarah.

"Ala Aween,kita menengah rendah ke?" Aku tergelak. Kawan-kawannya yang lain mengambil giliran menulis nama masing-masing. "Korang kelab B.I ke?" Aku bertanya kepada mereka tapi aku harap budak yang banyak tanya ni yang jawab sebab dia nampak macam..friendly? And a little bit clumsy? "Haah". Aku mengangguk.

"Dah siap". Budak paling tinggi antara mereka menghulurkan pen kepada orang depan which is Nadia (kalau tak silap) sebelum Nadia serahkan padaku kembali. "Okay terima kasih" kataku. "Yang..reka perkataan tu ada tak?" Still,Nadia yang tanya. "Oh ada. Nak masuk ke?" "Boleh masuk lagi ke?" Kawannya bertanya. Aku pergi mengambil sehelai lagi kertas.

Aku tuliskan sesuatu di bahagian atas kertas tersebut sebelum kembali menyerahkan kepada..kawan budak tu yang aku rasa nama dia Aween sebab Nadia tengah sibuk bergaduh dengan kawan dia yang lagi satu. Pintu dibuka dan Harris muncul tapi dia tak kacau sesiapa melainkan duduk di satu sudut dan kembali tengok kamera.

Selesai semua sesi pendaftaran nama,aku mengucapkan terima kasih kepada mereka. Nadia orang pertama yang melepasi pintu. Tak tahulah kenapa. "Dorang semua daftar untuk pertandingan tu ke?" Harris tanya. Aku angguk. "Nak sikit makanan kau" aku mengambil seketul nugget. Great, lepasni kena serahkan kertas ni pada Anis.

PelangiOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz