Nadia

3.6K 180 24
                                    

Aku keluar dari kelasku dan menebeng di koridor. Sayu memandang pintu koperasi sekolah. Nanti mesti aku rindu tiramisu Cikgu Mimah. Rindu air kotak Dutch Lady perisa strawberry yang aku selalu beli yang sama dengan Qayyum sampai Aween jeles. Haha. (Aween minat Qayyum). Hehe. Aku tersenyum bila teringat aku dengan Aween berebut tiramisu depan pintu peti ais. Buat malu je.

"Oi,kau buat apa? Tak payah nak mengimbas kembali segala yang berlaku tahun lepas. Lagi cepat kita pergi dari sini lagi bagus. Aku pun dah malas menghadap muka senior tu semua. Dahlah semua kerek macam hape je" Aween sudah mengomel. "Haha yelah Aween,yelah. Ni kau tetiba rajin nak naik atas ni apasal?" Tanyaku kembali. "Oh ya. Sekarang ni cikgu ramai yang tak masuk sebab busy. So,jomlah cari cikgu yang ajar kita. Boleh round sekolah. Esok last day,kan?" Aku mengangguk. Esok Jumaat terakhir aku kat sekolah ni.

Sayangnya nak tinggalkan sekolah ni walaupun memang aku rasa aku tak pernah berjasa mengharumkan nama sekolah pun sepanjang 3 tahun aku kat sini. Aween pun sama k harap maklum haha.

Kemudian kami turun untuk mulakan penjelajahan kami untuk berterima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar kami selama ini. Masa lalu dihadapan bilik fail,kitorang terserempak dengan Zahid,Aiman dan Harris. Trio senior hot kat sekolah kononnya ceh. Lama gak tak nampak dorang ni. "Korang nak gi mana ni? Zahid menegur. "Ah? Oh kitorang nak cari cikgu jap. Ada hal sikit" balasku.

"Nak cari cikgu untuk? Cikgu kan ramai meeting. Lek ah" Dia tanya lagi. "Adalah sebabnya. Dahlah,bye" Aween cepat aje mengheret aku. Aku pandang belakang dan nampak Aiman dengan muka confusenya.

Babai Aiman Farish. Sayonara Harris Haikal. Adios wahai crush yang telah membawa ribut petir dan pelangi dalam hidup aku. Jangan risau,kalau ada masa aku rindu-rindu kanlah korang kat sana.

-keesokan harinya..

Jumaat. Hari terakhir aku jejak kaki ke sekolah ni. Balik ni nak shopping bagasi,baldi dengan toiletries dengan Aween. Hoho. Bestnya! Aku hadapi semua yang kat sini dengan senyuman. Tak siap kerja math aku sengih. Kena marah aku senyum. Lambat masuk kelaa aku gelak. Tapi air mata pulak tetiba keluar tanpa diundang.

Siapa kata aku nangis? Mana ada. Cuma empangan air mata aku yang terlalu sarat dengan air maka air yang bertakung tu mengalir keluar. K dah. Diam je. Hakhak.

Banyak sangat benda jadi kat sekolah ni. Dari yang manis,sampai pahit. Namun yang pahit akan jadi manis jugak satu hari nanti . Sebab tu semua akan jadi kenangan yang terindah. Ceh,ayat sastera wuuh.

Akhirnya,waktu rehat pun bermula. Rasa macam sekejap sangat harini berlalu. Aku biar Aween naik atas sebab nak tengok Fakeh buat kali terakhir katanya. Ceh.

Lepastu,atas permintaan aku kitorang pergi koop pulak sebab nak beli susu kotak Dutch Lady strawberri dan tiramisu serta biskut Captain Munch kesukaanku. Korang kena faham,walaupun kat tempat lain ada semua tu,tetap takkan sama dengan yang kat sini. Aween tunggu diluar sementara aku masuk. Aisehman,silap masa lah. Entah macam mana Harris dan Razak yang ada dalam tu.

Aku dengan muka sombongnya terus masuk. Habis? Macam mana biskut boleh habis? Kenapa harini semua nak habis? "Nadia?" Aku pandang Harris yang terpacak kat kaunter. "Yes?" "Air kotak Dutch Lady -strawberri,Captain Munch -more choc. Tiramisu saiz kecil. Betul?" Impressive. Aku angguk dengan muka blurr. Cis habis muka model aku hilang. Kahkah. "Semua kat sini" aku pandang kaunter.

Eh? Sejak bila ada kat situ? Aku mengeluarkan not hijau RM5. "Eh tak payah bayar. Harini Harris belanja" Ok ni dah kes pelik. Ape masalah dia ni? Aku perhatikan sekeliling. Manalah tahu kot-kot 'bodyguards' dia tengah mengintai. Line clear. "Oh. Terima kasih banyak-banyak" Aku angguk sedikit. "Harini last day Nadia kat sini kan? Dapat tawaran sbp ke?" Soalnya. Aku angguk lagi.

"Kat sana nanti jaga diri elok-elok tau. Belajar rajin-rajin. Addmath ni susah. Chemist physic lagi. Jangan lupa Allah. Kalau ada apa-apa minta daripada Dia." Aku senyum mendengar nasihatnya. "Baiklah. InsyaAllah. Terima kasih atas nasihat. Harris pun sama tau. Tahun ni nak SPM. " balasku. "Hm Nadia" panggilnya lagi pabila aku baru nak melangkah keluar. "Harris sebenarnya.. "

"Nadia cepatlah! Kau ni beli barang ke bukak kilang?" Aween memintas. "Nadia pergi dulu. Thanks again for these" aku terus keluar.

**masa balik dari sekolah

Aku merenung kelas 4A2. Walaupun 2 minggu lebih je aku kat kelas ni tapi kelas ni banya tau jasa dan kenagannya pada aku. Mana tak sedih? "Lambat lagi ke?" Sergah Aween yang muncul dipintu depan kelas. "Haha sabarlah jap. Ok dah. Jom" aku menggalas beg.

"Say goodbye to your ex-class" Aween melangkah masuk. Aku pandang sekeliling. "Nasib baik korang tak balik lagi" Aku pandang depan. Eh,Zahidlah. "Haah. Kenapa nya?" Aween balas. "Ween aku keluar dulu eh. Korang cakaplah aku tunggu kat koridor." Aku keluar ikut pintu belakang dan nampak Aiman Farish betul-betul menghadap aku,tengah bersandar di koridor.

"Buat apa kat sini?" Tanyaku. Dia diam tak membalas. "...kan Nadia?" Aku pandang belakang sebab aku dengar Aween macam panggil nama aku. "SMSPS,kan?" Tanyanya lagi. Aku angguk. "Nadia?" Dah kenapa semua nak sebut nama aku harini? Aku pandang Aiman Farish pulak sebab aku yakin dia panggil aku. Yelah dah dia sorang je kat situ. Panggil kemain perlahan. Nasib baik aku belum pekak.

"Ye? Aiman cakap dengan Nadia ke tadi?" Aku tanya lagi. Dia cuba sembunyikan muka dengan menunduk. Malu-malu kucing pulak dia ni. Lempang kang. Aku pandang je dia. Dia kerek aku. Memang sah ada yang kena lempang dengan aku nanti. "Nadia,jomlah" Aween tarik lengan aku. "Kalau takde apa-apa aku pergi ni. Bye" aku lambai tangan dekat dia. Wuuh,first time ni.

"Nadia!" Aku pandang belakang balik. Aiman ni kan,aku dah jauh baru nak panggil. Ingat ni drama melayu ke apa? -.- "Apa?" Tanyaku. "Sebenarnya aku....."

"Kau apa?" Aku tanya lagi sebab dia tiba-tiba senyap. Aku apa?

Dia pandang bawah lagi. Koridor dah kosong ni. Kalau aku cepuk dia takde siapa nampak,kan? "Sebenarnya aku ..." Ayat seterusnya aku tak dapat dengar langsung sebab ada pengumuman. Dahlah aku berdiri bawah speaker. "Perhatian kepada guru-guru tingkatan 3,sila hadirkan diri anda di pejabat sekarang jugak harap maklum".

Aku kerut muka. Pandang dia lagi. Huish merah gila muka. Dia tunduk. Telinga pun merah ni dahsyat ni. Otak aku cuba proses apa yang aku nampak. Ada macam "u" lepas tu "a" kat belakang perkataan. "Apa kau cakap?" Soalku. Giveup aku meneka.

Dia tak menjawab sebaliknya berjalan ke arah aku,mungkin nak turun dah kot. Aku ketepi dan bagi laluan pada dia. Cis,tak guna betul. Aku pun cepat-cepat turun. Ayah dah sampailah. Bye sekolah. Bye Aiman. Aku masuk kedalam kereta bahagian belakang sebab beg Abang Jo ada kat depan tapi tuannya pergi beli air kat mesin air. Aku pandang pintu pagar dan nampak Aiman lagi. Mulutnya bergerak. Aku cuba baca apa yang dia cuba katakan dari tadi.

Aku kerut kening. Dia cepat-cepat keluarkan kertas dan pen. Ha bagus jugak kau tulis. Lepas habis tulis dia serahkan pada Abang Jo. "Nah,Aiman bagi. Katanya surat hutang" Abang menghulurkan lipatan kertas tersebut. Aku ambik dan cepat-cepat baca. Enjin kereta dihidupkan dan ayah bersedia nak bergerak.

Aku cepat-cepat pandang Aiman selepas membaca surat itu. Dia senyum sambil melambai. OMG. Aku tenung surat tu lagi.

'Aku suka kau. -Aiman Farish'

{A.N}

So i guess this is the end? Haha. Terima kasih sebab membaca dan vote serta komen

Eh kejap.

Ada epilog lah. Harhar~

PelangiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang