Aiman

3K 146 3
                                    

          Aku bersandar di koridor depan pintu kelas aku bersama-sama dengan Zahid dan Fakeh. Saja je menebeng di tengah hari buta yang indah sebegini. Tempat duduk aku pulak memang dekat dengan pintu keluar bagai menghalau aku. Ceh. Kitorang borak pun pasal Zahid yang pemalas nak gi tusyen sebab cikgunya ajar dalam bahasa inggeris so dia cuci mata aje. Haih typical Amir Zahid.

          Dan untuk menambahkan kemacoan aku lagi,aku lipat lengan kemeja sekolah sampai bawah sikit dari siku dan seluk tangan dalam poket. Jejaka idaman Malaya gitu. Tapi ada sesuatu yang berbulu dan agak bergumpal bila aku seluk tangan. Aku segera tarik keluar benda tersebut. Cuak gak kalau tetiba ada hamster ke en? Sapu tangan biru?

          Sejak bila aku.... Oh. Sapu tangan ni. "Ecece Aiman senyum sorang-soranglah" Aku pandang Fakeh. Walaupun muka innocent je,walaupun muka sedih je selalu tapi perangai setannya lebih kurang Zahid gak -.- . "Sejak bila kau pakai sapu tangan ni Man? Pelik beno aku tengok." Zahid mengomen. "Haah Man. Macam 'jambu' je berhanky bagai" Fakeh menambah. "Eleh kau. Sapu tangan besar gajah kau yang warna coklat tu apa? Macho sangatlah tu?" Aku membalas. "Eh,aku dah memang jambu" ujarnya sambil tangan mengusap muka ala-ala iklan Qu Puteh. Puih haktuih.

          Aku pandang depan,straight ke arah kelas 4A2. Kelas Nadia. Teringat pulak muka dia yang macam nak tanam aku hidup-hidup time aku terbuang sapu tangan Mickey Mouse dia tu. Tak sengaja ok aku pikirkan tu memang betul-betul sampah tu yang aku dengan baik hatinya membuang. Hoho. Tapi dia takde dalam kelas pulak. "Weh aku pergi sana jap" kataku kepada mereka.

          "Sana mana?" "Em mana-mana jelah. Ada hal sikit" Sebaik sahaja mengatakan sebegitu,aku terus turun tangga. Pergi mana? Aku pun tak tahu. Lepas penat mencari,aku decide nak lepak kat padang. Lagi 30 minit nak balik so alang-alang tu ehehe kita playing truant lah. Agak lama jugak aku kat padang.

          Bukan berjemur kat tengah padang pun,aku duduk berkelah kat bawah pokok. Tiba-tiba aku nampak macam ada perempuan tengah duduk peluk lutut. Terlompat kebelakang jugaklah bila tengok. Aku pun berjalan mendekati budak perempuan tu. Siapa ni? Manusia ke bunian? Tapi orang tua-tua kata kalau nampak benda pelik jangan ditegur.

          Tapi... Aku pandang ke sebelah kiri dia dan ternampak ada sebuah envelope yang dikatup dengan sebuah buku. 'Ann Nadia'? Nadia 4A2? Joann Nadia adik si Fikras Johan?

          "Ehem!" Aku mengisyaratkan kehadiran aku sebagai tunggul disini. Dia pandang aku. Sememeh betul muka dia. Dia baru lepas nangis ke? Alamak. Macam mana ni? Bukan aku yang buat kan? Sapu tangan biru aku hulur. "Ehem! Kau..takyah ah nangis do" kataku sambil mengusap belakang leher dengan tangan lagi satu.

          Sapu tangan tu bersambut. Haraplah muka aku tak bertukar jadi warna merah. Buat malu je nanti hesh. Aku mengambil tempat disebelahnya (tapi jauhlah jugak. Jaga batas k). "Lama ke kau kat situ?" Soalnya sambil mengesat air mata. Ceh ayat aku. "Lamalah jugak untuk tengok kau sensorang macam orang bunian je kat situ." Jawabku.

         "Nasib baik lawa." Ayat terakhir tu aku cakap slow-slow. "Ulang balik" aku pandang dia. Dia dengar ke? Tak mungkinlah. "Ulang apa?" Aku buat-buat tak tahu. "Kau cakap aku lawa ke tadi?" Dia menyoal dengan kerutan di kening. "Ada ke? Entahlah tak ingat" balasku. Orang tua-tua kata tak elok menipu. Aku bukan menipu,cuma menafikan aje. Aherher.

          Aku dapat rasakan dia tersengih macam iklan Colgate. Dia macam dengar je ayat last aku tadi. Kenapa muka aku macam panas ni? "Yang muka kau merah ni kenapa? Pakai blusher ke?" Soalnya tiba-tiba. MUKA AKU MERAH KE? "Yang hidung kau merah tu kenapa? Pakai lipstick kat hidung ke?" Balasku kembali. Cool down Man. Esh,entah bilalah aku pandai blushing-blushing ni.

          "Ei mana ada. Tampo kau kang" balasnya lagi. Dia gelak. Walaupun dia gelak sensorang macam creepy je tapi atleast dia dah ok sikit. "Lawak ah kau ni" Eh eh. Sejak bila pulak aku buat lawak? "Apa kau merepek ni?" Balasku. Dia menggeleng kepala sambil tersenyum. Ha dah oklah tu.

          "Kau em kenapa.." Aku mematikan soalan. Dia dah ok macamni,lagi mau tanya kenapa dia nangis memang tak ah. "Asal?" Dia tanya aku balik. "Lupakan jelah. Tak penting pun. Dah sengih macam kerang ni kira oklah dari muka sememeh tadi" jawabku selamba.

          "Eleh biarlah. Ada je orang tu puji aku cantik bila nangis" dia senyum lagi. Orang tu? Sapa? Harris ke? Aku pandang dia dengan pandangan skeptikal. "Harry Styles uhuks". Alhamdulillah dia menjawab tanpa perlu aku soal banyak-banyak. Nasib baik bukan Harris. Kenapa nasib baik? Jangan tanya aku,aku tak tau.

          "Harry tu rabun sebab tu kata kau cantik" jawabku,saja je mengacah. "Eleh. Yang kau puji aku lawa tu kau pun rabun ke?" Amek kau! Ha nak jawab apa ni? "Eh dah nak baliklah" dalihku sambil mengerling jam ditangan. Dia ketawa lagi. Dia ni memang suka ketawa aku rasa.

          Dia bangun dengan penuh semangat. Macam dah dapat semangat baru. "Oklah. Sapu tangan kau ni nanti aku basuh lepastu aku bagi kau eh?" Katanya. "Tak payahlah. Dah berhingus segala bagai khazanah alam kat situ kau simpan buat kenangan ajelah" jawabku penuh er..asalkan dia tak pulangkan balik sudahlah.

          "Ciss. Yelah,aku letak Downy,Softener,Daia ha apa lagi kau nak?" "Keringkan lepastu spray pakai Febreeze. Masukkan dalam kotak lepastu tabur bedak. Alang-alang boleh buat surat cinta sekali dalam tu" balasku penuh selamba. "Banyak cantik muka kau. Dah! Tak payah pulangkan jelah senang"

          Ha itulah yang aku nak dengar. Bagus-bagus. "Baliklah cepat nanti tertinggal bas. Dah syuh sana. Bye" aku melambai sebelum blah. Huish janganlah merah balik muka ni. "Terima kasih tau!" Dia jerit dari belakang. Aku tersenyum sendiri.

{A.N}

  Hye :)  kepada sesapa yang dari dulu lagi curious pasal Aiman dengan Harris bolehlah usha gambar yang baru je diletak pada part 1,3,24 dan 32. Hakhak maaflah kalau gambar tu macam hiperbola sangat ke tapi saya cuba menampilkan gaya dan cara kedua-dua hero ini. Terima kasih pada awak semua yang baca pelangi dari dulu sampai sekarang. Hehe :)

PelangiWhere stories live. Discover now