Aiman

3.3K 157 1
                                    

Hari Khamis tu aku datang tusyen macam biasa. Dan disebabkan abang long free hari ni kenalah jugak datang tusyen tapi abang long hantar awal sangat,Zahid pun..ha panjang umur. Baru muncul dia ni. Aku tengok Zahid parking motornya di pondok motor. Pondok yang aku duduk ni jalan 7 langkah je dari tempat Zahid.

Zahid membetulkan rambutnya pada side mirror motorsikalnya. Kalau tunggu dia memang berjanggut,bermisai berjambang semualah. "Aiman!" Dia menghulurkan tangan untuk untuk bersalam. "Seronok kau kan minggu lepas dua hari tak datang. Nasib baik Khamis haritu kau memunculkan diri." Sambungnya setelah salamnya bersambut.

"Alah nanti kau ajarlah aku apa yang tertinggal. Senang kan?" Kataku pula. "Heh kau. Addmath pun aku merangkak lagi. Akaun berterabur nak ajar kau? Menempah jalan menuju kegagalan namanya tu" balasnya panjang lebar. Aku sengih je. Lepastu,dia bawak keluar iphone 5 dia. Busy nampak? Aku punyalah handsome bergaya duduk kat sini dibuat macam tunggul? Tak guna punya kawan.

Aku pun mengeluarkan iphone 5s aku. Up sikit dari dia. Maklumlah baru beli. Kehkeh. Time aku main tekan-tekan instagram,whatsapp, imessage dan yang sewaktu dengannya,aku tertekan wechat dan terscroll. Entah macam mana terstop dekat nama Nadia. Aku tengok tarikh kat tepi nama.

Seminggu yang lepas. Wow. Lama jugak dia tak tegur- I mean kacau aku. Kenapa? Eh em tak maksud aku,baguslah tu kan? Taklah aku rasa terganggu,terancam,rimas dan sebagainya lah. Yepp. Baguslah tu. Bagus..lah. Tanpa sedar,aku tertekan nama dia. Perkataan yang terakhir ialah "okay" . Sent from me. Aku ni..jahat sangat dengan dia ke? Sampai dia dah..

Ish apa aku cakap ni? Kepala aku geleng berkali-kali. Tak,tak. Baguslah dia tak kacau dah. Dia dah fed uplah tu. Ok Man. Wait,kenapa aku gelabah sangat ni? Ish wakeup Aiman wakeup.

"Hoi kau ni dah kenapa? Geleng-gelenglah,tampar-tampar lah. Okay ke tak ni?" Zahid menegur. "Ha? Eh takde papelah. Haha." Balasku,awkward smile. Zahid kembali dengan iphonenya. Tak lama kemudian,Harris muncul dari pintu pagar.

"Ha tu Harris dah sampai. Jomlah gerak" kataku sebaik ternampak Harris menuju ke sini. "Gerak? Gimana? NZ Corner jom." Jawabnya dengan muka poyo dia tu. "Otakko. Gerak gi kelas lah jom." Aku menepuk bahunya. "Alah baru ingat nak ajak kau fly" Aku sengih je. Aku tau dia bergurau. Gila apa aku nak fly? Kalau umi tahu,dengan Zahid sekali umi 'terbang'kan.

Kitorang gerak pergi kat Harris. Aik? Dia pun sibuk dengan handphone jugak? Welcome to the group,dude. Aku menghampiri dia secara perlahan supaya dia tak sedar. Boleh aku intai apa yang disibukkannya. Aku semakin hampir dan dia tidak sedikitpun perasan. Ini peluang ni. Disebabkan dia lagi tinggi dari aku,terpaksalah aku jengket. Tapi sebelum sempat aku menjenguk skrin phone dia..

"Aiman,tak baik mengintai orang. Nanti ketumbit mata kau" Automatik aku balik kepada ketinggian asal. Hanya mampu tersengih. "Takdelah dah kau sibuk ngan Z2 kau tu. Tahulah baru belikan" ujarku,beralih ke sebelah kiri dia. Dia terus masukkan handphone kedalam poket.

Eleh main rahsia-rahsia pulak. Selama mana je kau boleh rahsiakan? Aku kenal kau dari sekolah rendah,Ris. Dah 6 tahun kita kawan. Rahsia kau semua dalam poket aku. Heh.

Kelas tamat pada jam 12.30 tengah hari. Kebanyakannya balik awal. Tapi memang tak ramai pun datang,maklumlah cuti kan? Kebanyakan budak lelaki lepak dalam kelas,yang lain-lain lesap gi mana ntah. "Harris tengok phone kau jap tau" kataku kepada Harris yang gigih menyiapkan fizik.

Harris angguk. Sebelum ni dia ada main phone jugak. Mesej ngan siapa lah tu? Aherher. Dah dapat,aku pun tengoklah apa yang patut. Jangan salah faham,aku ni bukannya busy body macam orang perempuan. Aku tengok storage,version,gallery. Tu je *senyum bangga* . Tapi tiba-tiba phone dia vibrate.

Nadia sent you a message

Ish dia ni kacau aku lag- kejap. Ni handphone Harris. Bukan phone aku. Nadia ni salah hantar message ke? Hish apa aku ni? Entah-entah ni Nadia lain. Bukan dia sorang nama Nadia kat dalam dunia ni. Tapi kalau ni Nadia yang sama macam mana?

Nah. Not my problem. Kalau betul pun sukahati dialah nak mesej siapa pun. Why the hell do i have to care? For goodness sake Aiman,dont get distracted by her. Aku memulangkan phone Harris. "Ada notification masuk tadi"

Dia mengangkat muka dari kertas fizik,mengambil phonenya dan terus check notification bar. Muka tension dia buat fizik tadi terus hilang bila baca chat dari yea someone who i believe as Nadia. Damn. Kenapa dengan kau ni Aiman?

PelangiWhere stories live. Discover now