Nadia

2.8K 147 2
                                    

          First day persekolahan setelah seminggu ditunda akibat banjir. Haip,sekolah aku bukan area banjir. Dah KPM yang tentukan macamtu nak buat macam mana kan? Terima dengan hati yang terbuka jelah hehe. Aku cepat-cepat naik ke kelas 4 A2 sebab Dani kata dia datang awal. Bas Aween pun aku nampak  kat tempat parkir.

          Nampak kuprum ke,tak nampak kuprum ke pagi ni tak kisahlah janji kelas aku dengan dia seberang je. Aku intai nampak dia,dia intai tak nampak aku,sebab aku menyorok wakaka. "Ayo wassup!" Ujarku pada mereka berdua. Selepas letak beg ditempat duduk kami turun ke bawah untuk menghadiri perhimpunan. Eh kejap,tu bukan Aiman Farish ke?

          Kenapa beg dia warna hijau lumut? Tahun lepas cantik je warna biru. Takde taste betul mamat ni. Alamak dia pandanglah pulak. Alah biar jelah. Esok lusa aku takde kat sini dah. Hoho. Sebelum dia hilang aku sempat jeling. Perhimpunan berjalan seperti biasa dengan ucapan pengetua. Haih. Serious aku cakap,walaupun pengetua tu baru berucap selama 5 minit kau akan rasa macam setengah jam!

          Sesi pembelajaran pun biasa je. Ada cikgu yang tak masuk sebab lek ah first day kot. "Weh kalau aku kebelakang sikit je terus nampak magnesium" aku pandang Dani. Serious ah dia ni? Sebab masa aku intai tadi tu tempat kuprum. Takkanlah da tukar kot? "Eh kau tepi sana jap. Biar aku tengok"

          Eh betullah. Takkanlah tukar tempat? Aku intai lagi. Alamak Aiman pandang sinilah pulak. Aku kembali ke tempat aku iaitu disebelah Dani. Dah lama lepastu rehat pulak. Oyeah. Aku tengok Aween dah ready kat luar. Mesti saja je nak tengok Fakeh. Haha. Aku keluar sambil mata mencuri pandang ke kelas seberang.

          Aku nampak Aiman Farish betulkan baju. Ok tu menang handsome serious tak tipu. Dah bye. Tapi yang aku peliknya,bila aku turun,aku tengok Aiman dah turun. So aku decide nak pergi kantin. Selesai kami berempat beli makanan,aku tarik Aween untuk teman aku beli buku. Tak sempat makan pun haih. "Aween,kelas 5 A1 seberang je ngan kelas aku. Lepastukan,kau tau tak tadikan aku nampak BSN. Wuuh.."

          Kata-kataku mati disitu sebaik sahaja Aiman Farish dan Azam melintasi aku. O.M.G. Dia dengar ke apa aku cakap tadi? Dahlah aku mention nama kelas dia. Kenapa aku mention? Nasib baik tak sebut nama Harris ke nama Aiman ke hoho. Tapikan,tadi bukan ke dia tu kat kantin dengan kawan dia ke? Sejak bila pulak menyelit kat sini? Aku pandang cermin di sebelah bilik s/u yang terletak di Block B tingkat bawah. Ada reflection Aiman Farish. Dan dia pandang..aku?

          Eleh nak tahu aku pandang dia ke taklah tu. Apa motif dia ni? Mana-mana aku pergi je mesti dia ada. Ke dia ikut aku? Tapi apa motif? Dia suka aku kot hahAhah. Ok perasan jap. Lantak kaulah magnesium.

              *****               *****

          Pelajar 4A2 berdiri untuk mengucapkan terima kasih pada Pn Ros,guru prinsip akaun. 10 minit kemudian,cikgu yang sepatutnya ajar bm tak masuk lagi. Cikgu kat mana? Cikgu,cikgu kat mana? Haha. Annoyingnya aku ni. Aku pandang Eina yang duduk di pintu. Eh eh. Tu bukan ke Harris? Dia dengan Syazwan menebeng kat koridor yang kalau dia jalan straight je memang boleh masuk pintu belakang kelas aku.

          Ok dia pandang sinilah pulak. Act natural. Aku pandang depan balik. Pandang belakang balik aku nampak ada 3 orang dah kat situ tapi orang ketiga tu dah sama macam syaiton,duduk kat tengah-tengah antara Harris dengan Syazwan. Tiba-tiba Harris beralih ke koridor bertentangan dengan 'syaiton' tu.

          Seriously? Aiman Farish lagi? Apa seh motif dia asyik muncul depan aku je ni? Haih lantak kaulah. Asalkan tak ganggu Harris aku sudah. Aherher. Aku senyum tanpa sedar. Ah sudah,dua-dua orang pandang aku ni apa cer? Harris memang pandang aku straight tapi Aiman gilir-gilir. Kejap pandang Harris kejap pandang aku.

          Nampak tak cinta..eyy cinta kebenda? Nampak tak pemandangan 3 segi disitu haha. Lastly aku jeling dua-dua orang. Sama je perangai. Sorang banyak bodyguard,yang sorang lagi bodyguard sorang je tapi laser macam hape. Malas aku layan. Pindah sekolah lagi bagus. Tapi taknaklah pindah sensorang. Menangis peluk tiang aku nanti.

          Masa balik tu pulak,aku tunggu Mira dari kelas sebelah. 4V1 yang terletak bersebelahan dengan kelas aku. And tak sangka pulak dari situ aku boleh nampak secara jelas Aiman Farish yang tengah berdiri kat tepi pintu,tengah betulkan tie dia. Cis. Nak balik pun betulkan tie ke? Puih

          Mickey mouse aku t.t . Ish asal tengok dia je aku teringat kat sapu tangan mickey aku yang dia buang tahun lepas. Sadis betul! Aku jeling dia. Eh alamak dia pandanglah. Terus cancel niat aku.

          "Hoi Nad,jomlah balik." Mira menyergah dari belakang. Eh kejap. "Teman aku gi bilik disiplin jap. Nak jumpa Ustaz Fairuz" aku menyeret Mira untuk ke seberang kelas aku. Hesh mamat 2 orang tu block jalan dah kenapa? Dah macam RELA jaga kenduri kahwin pun ada aku tengok.

          "Excuse me" ujarku sebelum terus melintasi kedua-dua mereka dengan muka sombong. Tak lama kemudian,aku pun keluar setelah selesai urusan. Ha nasib baik dah blah.

          Kitorang cepat-cepat turun tangga dan alangkah terkejutnya aku bila nampak Aiman kat tangga lelaki,tengah senyum sambil pandang aku 2-3 kali. Ish takyah ah senyum comel macamtu aku baling kasut kang. Mira lari meninggalkan aku bila nampak van sekolahnya dah tiba. Aween awal-awal lagi dah balik.

          Haih apalah nasib. Aku pun mundar-mandir kat kawasan pagar tu menunggu abang ambik. Ha jangan main-main,abang aku sejak dapat 'greenlight' dari ayah untuk bawak motor,hari-hari dia volunteer nak ambik aku. Siap rembat superbike paksu lagi .

          Aku macam perasan ada orang pandang aku dari sebelah kiri yang dekat dengan pondok motor tu. Aku pandang balik. Cis,dia tutup muka pakai beg. Mengada betul! Hempuk dengan Kamus Dewan baru tau.

                 Pin! Pin!

          Oyeah abang dah sampai. Eloklah tu. Lagipun macam tinggal berapa orang je kat sekolah ni. Aku segera naik atas motor bila tiba-tiba je aku dengar "Bye Joann Nadia!!"

          Aku terus pandang kearah pondok motor tadi sebab aku yakin bunyi tu datang dari arah situ. Probably Aufa,or maybe Danial - classmate.

          Tapi apa yang aku nampak ialah Aiman Farish. Pandang aku. Sambil tersenyum. Apakah..?

         

         

PelangiWhere stories live. Discover now