Nadia

3.1K 145 7
                                    

Beginilah nasib bila jadi the only girl in da house lepastu dapat abang lelaki,eh dah nama pun abang mestilah lelaki kan? Ehehe . Ok sambung. Dapat abang yang aktif sukan lepastu bapaknya pulak hari ahad pun ada meeting. Client dari Jepun pulak tu. Orang Jepun dahlah handsome-handsome ihiks haha. Mak pulak terlibat dalam aktiviti sukarelawan. Makanya disebabkan abang aku ni 'caring' diheretnya aku ke sana sini sesuka hati dia sebab taknak aku tinggal sorang dalam rumah. Bahaya katanya. Ceh,yelah tu.

Aku boleh je ajak Aween ke Jasmin datang rumah,buat kek sama-sama. Cakap jelah yang dia tu takut aku habiskan aiskrim hershey tu. Eleh . Kalau dia ajak gi jalan-jalan ke apa best jugak. Ni ajak aku pergi gelanggang bola keranjang dia tu. Ada ke patut? Ada ke? Takde kan? Haih. Nak buat macam mana? Ikut jelah.

"Ni pukul berapa nak balik ni? Bosan tahu tak? Tengok abang terkinja-kinja main bola buat apa? Buat semak je" Abang Jo pandang kerek je kat aku. Ops hehe. "Terkinja-kinja abang pun,abang tak gedik" balasnya. Wow,deep. Somehow kata-kata dia tu mengingatkan aku tentang kejadian aku di'sound' oleh Amir Zahid. Bila masa aku terkinja-kinja ntah . Aku sengih paksa. Tapikan aku rasa macam abang sorang je yang semangat sebab beberapa orang je yang ada kat sini. Team dia pun belum sampai aku rasa.

Aku tengok abang yang segak memakai sleeveless jersey berwarna oren bernombor 69 berseluar 3 suku yang sejengkal dari lutut berwarna hitam line oren kat tepi. Tak sia-sia abang aku minat K-rapper. Hoho. Bergaya jugak. Menutup aurat lagitu. "Nadia,cuba curi bola ni dari abang" katanya sambil melantun-lantunkan bola tu. "Eleh,taknak ah. Buat penat je. Tak pasal-pasal kurus kering pulak Nadia nanti." Balasku selamba.

"Come on,aktif lah sikit. Kurangkan berat badan. Ni pemalas je abang tengok" ewah mengutuk orang pulak dia ni. Nasib baik abang aku,kalau tak dah lama aku sumbat bola dalam mulut. Tapi bola pingpong lah. Aherherher. "Malas lah. Macam ni pun orang panggil Nadia tiang apatah lagi kalau Nadia kurus kering. Orang nak panggil apa? Wayar?" Jawabku bersungguh-sungguh. Aku kalau bab melompat ni okaylah jugak. Bab lari ni kureng. Sebab tulah aku kalau masuk balapan confirm kalah!

Bila dah bosan menunggu,aku pakai headphone aje,dengar lagu. Kalau lapar,beli aiskrim tu je aku buat. Sadisnya petang aku alahai. Pemusnah kebahagiaan lah abang ni. Aku bangun lalu terus menuju ke arah taman permainan. Ada jual aiskrim sedap kat situ. Bolehlah daripada takde. Sekembalinya aku kat gelanggang tu,game dah start. Friendly match antara Fly High dengan Supersonic. Pft kenapa nama budak-budak sangat? Entah-entah team Supersonic ni semuanya jambu. Hahahah.

Aku terpaku sebaik melihat salah seorang pemain pasukan lawan. Memang betul jambulah! Haha. Tapi ni jambu lembik a.k.a Aiman Farish. Serious terpaku terkaku terkejut terberuk bagailah. Lah,dia pun main ke? Jap,jap. Tak silap aku abang cakap Supersonic team paling rapat dengan Fly High. Maksudnya betullah Abang Jo rapat dengan Aiman. Alaahai typical novel melayu betullah! .

Aku terus duduk sambil makan aiskrim. Memang kalau boleh nak menyorok je daripada Aiman tu. Malas nak tengok muka dia yang menenangkan hati. Hish apa aku cakap ni? Fokus pada kuprum (Harris) . Hoho aku bagi nickname kuprum sebab dalam english sebutannya copper. Copper kan rhymes dengan koperasi. Serasi,kan? Ohok ohok im a genius.

Aku makan aiskrim macam biasa. Entah macam mana aku boleh terpandang gelanggang dan orang yang aku nampak ialah Aiman. Dia tengah berdiri di satu sudut,tercungap-cungap mengambil oksigen. Ha tulah,dah tahu pendek takyah main basketball. Dahlah nak kena kejar bola lepastu nak lompat bagai. Kan dah tercungap-cungap.

Haih. Aiman Farish,Aiman Farish. Bilalah kau nak tinggi ni? Haha jahat nya lahai aku ni. Eh mana ada. Dia lagi jahat. Tiba-tiba dia pandang aku. Alamak,dia tak boleh baca fikiran orang,kan? Aku buat-buat pandang tempat lain. Heish pehal lama pulak dia pandang aku ni? Aku pandang dia balik,cadangnya nak kerek sebab Aween kata kalau aku kerek memang menyeramkan.

Aku ambik feel dulu. Ok,ready. 1,2,... But something unexpected happen. Yang aku tahu,aku mengundur beberapa tapak kebelakang dengan muka terkejut. Terus terbantut niat aku nak kerek dia. Aku pandang dia yang sedang bersungguh-sungguh main di gelanggang. Aku mimpi ke tadi? Ke tu imaginasi aku je? Ape ni? Betul ke dia senyum kat aku tadi? Dia tak pernah langsung senyum kat aku. Oh betullah aku mimpi tadi tu. Haha. Ape teruk sangat aku punya imaginasi ni? Haih.

Aku memandang ke arah gelanggang. Lah,dah habis ke? Ohok ohok. Eh? Oh tak. Buzzer beater time. Aiman tengah sedaya upaya score saat akhir. Fuyoo smart do. Ni serious tak tipu. And dia score! Tahniah la ye. Dia hi5 (bukan roti ye) dengan team mate dia. Dia pandang aku,aku pandang dia. Bitchface Nadia,bitchface. Dia senyum kat aku lagi. Eh? Aku pandang belakang. Mana ada sesiapa.

Aku pandang dia balik. Dia masih macamtu. Pandang aku sambil tersenyum. Eleh nak senyum kat aku pulak. Baling kasut kat kepala tu kang. Motif? Ok senyum itu satu sedekah ok got it. Tapikan kenapa aku? Dan aku dapat rasa jantung aku berdebar kuat gila. Kenapa geli sangat ayat aku ni?

  {A.N}
  Hello guys! Disini ada sedikit penambahan. Haha tambah gambar je pun lulz. So kepada sesapa yang curious tentang pshone and handsome sangat ke si Aiman ni senyum bolehlah membuang masa sesaat dua untuk mengusha gambar diatas. Hehe ✌

PelangiWhere stories live. Discover now