Aiman

4.6K 195 4
                                    


16 Mei 2014. Yes,rasanya semua orang tahu tu hari apa. Kebetulan pulak 16 Mei ni jatuh pada hari Jumaat jadi mengikut dress code sekolah,setiap jumaat kena pakai baju melayu sekolah siap sampin lagi. Halah halah,makin terserlah kekacakan aku nanti. Hoho. Maaf agak berlagak disitu.

Aku turun dari kereta dan terus berjalan ke arah pintu pagar sekolah. Zahid sudah menunggu,lengkap berpakaian baju melayu putih dengan sampin hijau berkotak menandakan dia seorang pengawas pusat sumber. Aku dapat rasakan baju aku berterbangan sedikit ditiup angin pagi. Ceh,dramatik betul cara penulis describe. Aku memperkemas baju melayu ku.

Kemudian,aku perasan ada sesuatu yang tak kena. Oh shoot aku lupa pakai sampin. Alahai membebel lah si Anis tu nanti. Dahlah aku incharge jadi photographer harini. "Sampin kau mana,Man?" Soalan pertama dari Zahid. "Entahlah Yid,rasanya terlupa pakai" jawabku selamba. Zahid hanya mampu gelak. Cis.

Kami bergerak beriringan ke bilik fail. Bilik rasmi untuk ahli sidang redaksi sekolah. Bilik Majalah sedang diubahsuai,lagipun meja Pn Ainun (guru pembimbing) terletak disebelah sana bilik. Kitorang melepak dulu dalam bilik tu sementara menunggu majlis untuk dimulakan. Adik-adik bakal sidang redaksi dimohon agar tidak meniru aksi ini tahun depan.

"Cepat ready kat tempat masing-masing. Majlis dah nak mula" Anis terus rempuh masuk. Aku mencapai kamera yang terletak diatas meja. Songkok aku pakai kemas. "Aiman mana sampin?" Aku memandang ke arah Nur bersama sengihanku. "Hish kau ni kan. Nah ambik ni." Dia mencampak kain sape entah. Aku cepat-cepat pakai kain berwarna hitam kuning itu di pinggang.

Anis dan kawan-kawan gosipnya yang lain sudah duduk ditempat khas untuk pelajar perempuan,di bahagian belakang dewan. Aku dan Zahid bersedia di belakang dewan,menunggu rombongan guru-guru. Tiba-tiba aku rasa macam diperhatikan. Aku pandang ke arah tempat Anis. Dorang tengah busy sembang,cis ahli sidang redaksi tak guna. Hoho.

Aku menangkap dua pasang mata memandang ke arahku. Dari kelompok menengah rendah. Aku biarkan saja dan sibuk menghala kamera ke sana sini. Tak lama kemudian,rombongan guru-guru pun tiba. Sedondon semuanya berpakaian batik berwarna ungu.

Kira-kira pukul 10.30 pagi,semua pelajar direhatkan untuk mengambil makanan percuma dan aiskrim percuma. Ini sambutan hari guru ke sambutan hari kanak-kanak? Aku beredar ke bilik fail. Kantin mesti packed. Nanti-nanti jelah aku ambil. Ketika aku berjalan di suatu koridor,aku macam terdengar bunyi bising.

"AimanFarishlah!" "Weh sini cepat! Ada Aiman." Lebih kurang macam tulah bunyi bising tu. Perempuan pulak tu yang buat bising,berkumpul kat koridor ingat ni runway ke apa? Aku ni tinggi tak sampai 180 cm lagi untuk melayakkan diri jadi model tau. Aku sempat menangkap nama seseorang tapi tak begitu jelas.

Yang aku pasti ada "ya" kat belakang. Alia ke? Haih entahlah. Persoalan tu aku biarkan saja. Bukan boleh tolong aku dapat A untuk addmath pun. Tamat sudah kerjaku pada jam 12.20 tengah hari. 10 minit lagi nak balik. Aku kembali ke bilik fail untuk memulangkan kamera Anis.

"Lawa jugak kau tangkap gambar walaupun amateur" Harris orang pertama komen. "Ini Aiman Farishlah" aku mendabik dada. "Zahid mana?" Tanyaku secara rawak. "Dia ada hal sikit. Dia kata petang nanti basketball macam biasa" Harris menjawab. Aku angguk saja sebelum mengemas barang untuk balik.

"Mai,aku gerak dulu eh. Kamera Anis ada kat atas meja tu" ujarku pada Maira. Harris bangun,menyandang beg hitamnya. Pintu dibuka lalu kami keluar dari bilik tersebut menuju ke dewan makan asrama untuk call abangku. Koridor yang aku lalui ni macam simpang empat lah lebih kurang.


Semasa berborak,aku ternampak figura dua orang pelajar yang kaku di sebelah kanan koridor dan kalau kami sama-sama berjalan,peratus untuk berlanggar amatlah tinggi jadi aku berhenti dan mengisyaratkan agar dia lalu dahulu tetapi dia hanya kaku disitu. Harris dengan selambanya lalu dahulu.

Ladies first lah Harris. Tak gentleman betul dia ni. Aku mengikuti dari belakang. Gagang telefon aku capai lalu nombor abang aku dail. Badanku menghadap laluan tadi. Budak perempuan tu dah blah rupanya.

Aku rasa macam kebelakangan ni aku selalu nampak budak tu dengan kawannya. Kalau tak silap nama dia Nadia dan kawannya Aween. Tapi kenapa?

PelangiWhere stories live. Discover now