Nadia

2.9K 131 0
                                    

 

       Aku tarik nafas dalam-dalam,mengumpul kekuatan diri. Macam mana entah aku boleh dapat setuju dengan idea mengarut Jasmin. Kenapalah orang yang tahu rahsia aku ada idea gila? Kertas A4 di atas meja aku tenung kemudian pen biru di sebelahnya. Ready? Ready. Pen aku capai dan mula mencongak ayat.

       Fuh. Okay itu dia. Nasib baik aku dah rangka dalam memo tadi. Dengan lafaz bismillah aku mula menulis. Kenapa buruk sangat tulisan aku ni? Kertas pertama aku lipat lalu aku keluarkan kertas baru dan tulis balik isi tadi. Akhirnya siap jugak surat tu walaupun diselangi dengan sesi chat dengan Jasmin dan Aween. Nak dekat sejam jugaklah aku tulis surat tu. Kertas tersebut aku lipat lalu masukkan dalam envelope. Harap-harap dapat bagi kat dia esok sebab Jumaat last day sekolah. Hee :)

    **keesokan harinya

       Masa datang sekolah tu aku terus pergi ke kantin untuk mencari Aween untuk merangka strategi macam mana untuk bagi dia surat tu. Minggu terakhir sekolah,Form 4 ada penilaian apentah. Yang aku pasti berkenaan Chemist gitu lah. Dan Isnin Selasa Rabu yang lepas,aku selalu tak nampak dia keluar dengan budak kelas dia yang lain. Maknanya dia selalu keluar awal lah.

       Kalau telahan aku betul,maksudnya lagi senanglah aku nak bagi surat tu kat dia secara personal ( sebab Aween kata kalau aku yang bagi nampak ikhlas sikit ). Kalau teori aku semua ni betul,aku kena tunggu dia dekat depan astaka pada jam 10.15 pagi sebab pukul 10.45 semua budak form 4 keluar dan penilaian Chemist start pukul 9. Walaupun dia tu pintar chemist,sekurang-kurangnya nak buat amali perlu masa 75 minit atau sejam 30 minit. At leastlah. Bila dia keluar sorang-sorang,senang sikit. Kalau dia keluar dengan kawan,kena pandai-pandai panggil dialah. Okay bagus plan aku.

       "Nadia!" Aku menoleh ke arah suara tu. Aween. Aku berjalan ke arah pondok di belakang kantin. Agak ramai orang di situ dan disebabkan kedudukannya yang agak strategik iaitu menghadap asrama putera,aku berdiri je kat situ. Memikirkan peluang untuk bagi dia pada pagi ni ada ke tak sebab lagi cepat settle,lagi bagus. "Bila kau nak bagi surat tu kat dia?" Aween tanya aku. "Bila ada masa yang sesuai. Ha mengikut perkiraan aku.." Aku segera memberitahu Aween mengenai teori aku tadi dan Aween cakap,"bagi jelah. Nanti aku tolong panggilkan".

       Wuu~ im a genius. "Perhatian kepada pelajar tingkatan 3,sila masuk ke dalam dewan tertutup sekarang juga." Aku mengeluh,nak buat apalah dalam dewan agaknya. Tayangan lagi ke? Aku dan Aween mengambil tempat di dalam dewan. Cikgu macam buat kawalan ketat je ni? "Macam tak boleh keluar je?" Aween berbisik. "Tulah pasal. Takpe. By hook or by crook!" Balasku penuh yakin walaupun tangan dah sejuk-sejuk.

       Tepat pukul 9.45 pagi,aku dan Aween keluar dari dewan setelah tinjauan kami mendapati ramai je yang keluar. Hoho. "Surat bawak tak?" Tanyanya. Aku angguk. Gila tk bawak? Huish. Dah selamat keluar dewan,kitorang pergi kantin dulu untuk beli makanan. Hehe. Baru bertenaga nak menjalankan misi rahsia. Ceh. 10 minit kemudian,kami berlegar-legar di koridor menuju ke astaka sebab kalau duduk astaka takut ada pentaksir luar nampak. Kang mencemarkan nama sekolah je.

       Oleh itu,kitorang decide untuk lepak kat bangku yang terletak di koridor tersebut. Strategik jugak tempatnya sebab boleh nampak gate sekolah,belakangnya kantin,kirinya dm,dan disebelah kanannya astaka. Kalau ada budak form 4 yang dah siap kerja amali mesti lalu astaka so memang boleh nampaklah. Lagi-lagi si Harris tu. Lepas kerja amali mestilah dia nak balik dorm kan? Takpun buat call dekat koridor dm yang memang boleh nampak dari bangku ni.

       15 minit kemudian,beberapa orang dak form 4 mula keluar. Tapi takde Harris. Lambat pulak harini? 15 minit kemudian nya lagi,separuh dari jumlah dak form 4 keluar dengan muka ceria ada stress ada. Yang takdenya,Harris. Haih. Aku borak-borak dengan Aween tapi aku tengok jugak kalau kalau nampak bayangan si Harris sebab kedudukan aku menghadap astaka dan Aween membelakanginya. Tiba-tiba aku nampak seseorang yang muka familiar tapi pakai spek hitam. Aku tak boleh cam mukanya sebab spek besar sangat haih.

       Aku terus pandang sampai aku dapat rasa dia pandang balik. Kalini aku nampak muka dia. Harris! "Pft hahaha" aku gelak. "Kau dah kenapa?" Aween tanya,pandang belakang kalau-kalau ada orang buat lawak. "Kenapa spek dia macamtu " balasku. Bila tawaku reda aku terus menceritakan apa yang berlaku dan kebetulan pulak Harris lalu di hadapan kami. Aween tahan gelak. Aku pandang kearah astaka lagi dan ternampak muka Aiman.

       Aku malas betul kalau nampak dia ni. Kenapalah dia yang tetiba muncul? Haih semak ah. Aween tarik tangan aku pergi kantin. "Jomlah cepat" katanya. "Jom apa?" "Hesh kau ni. Bagi surat kat Harris lah. Dia tengah ada kat kantin tu" balasnya lagi. Oh surat. Hah?! "Weh kau gila ke nak bagi sekarang? Dia dahlah dengan Zahid,Aiman semua" bidasku. "Sekarang je masa sesuai weh nak buat macam mana lagi?" Haish. Susah lah macam ni.

       "Ha-" aku cepat-cepat tutup mulut Aween. Ish Aween ni,gila ke apa panggil macam tu je. Dahlah si Aiman tu kerek je dari tadi. Aku cucuk mata pakai chopstick kang. "Kau ni kenapa?" Aku jeling Aween. Boleh pulak dia tanya kenapa. "Kau lah kenapa ngek! Ingat,esok baru last day kita. Kalau akak aspuri nampak ke,Kak Ainina ke nampak habislah aku nanti kena serang dengan dorang macam dulu." Ujarku.

       "Dahtu bila?" Tanyanya lagi. "Bila dia nak lalu ke?" Aku terus mencangkung di atas lantai kantin sebab kaki dah menggigil. "Hoi..hoi" Aween petik jari macam memanggil waiter. Nasib baik takde sorang dari mereka pandang belakang. Gila betullah Aween ni. "Suruh Safwan bagikan,nak? Sebab aku tngok kau ni dah lembik macam jeli je. Lagipun Safwan duduk selang satu meja dari dorang je. Nak?" Aween tanya lagi. Dah nak demam aku rasa. Tangan kaki semua sejuk weh.

       "Taknak weh taknak. Seganlah. Nanti dia tahu lah. Weh taknakk" jawabku. "Haih yelah-yelah suka hatilah. Dahtu? Suruh Aufa jelah. Aufa dah tahu,kan?" Aku dah malu sangat-sangat ni. Tak boleh fikir dengan betul. Aween terus panggil Aufa dan Aufa datang tapi masa Aween nak sebut nama Harris aku cepat-cepat tarik tudung Aween dan 'menghalau' Aufa dari situ. Aufa geleng kepala je tengok kitorang.

       Tak lama lepastu,aku nampak Harris bangun diikuti Aiman dan kawan-kawan mereka yang lain. Okay sekarang masanya. Aku bangun dari tempat aku menyorok dan orang pertama yang aku nampak ialah Aiman Farish. Hesh terus bantut niat aku. "Yang kau cangkung balik ni kenapa? Dia dah nak pergi tu." Kata Aween,pelik. "Aiman ada. Dahlah dia kerek aku" balasku.

       Aku bangun semula selepas mengumpul keyakinan diri. Tapi sayang,mereka dah hilang dari pandangan. "Dah hilangg " kataku sebaik bangun. "Haih tulah kau. Kan aku dah cakap,redah aje. Esok form 4 ada amali lagi. Takde sapa nak kacau kita pun " balas Aween. "Takpe. Esok aku akan tebalkan muka jugak bagi kat dia!" Aku berazam sesungguh hati.

       Masa kitorang tengah ready nak melangkah pergi,ada satu announcement kedengaran. "Perhatian kepada pelajar tingkatan 3,sila kembali ke dewan tertutup untuk ambil keputusan pajsk dan pbs" aku dan Aween berpandangan. Bukan esok ke? Agaknya itulah persoalan yang berlegar di fikiran kitorang "kerana hari ini merupakan hari terakhir anda di sekolah"

       Dan aku dapat rasakan kaki aku lembik sangat. Aku terduduk di atas bangku kantin. Surat yang aku pegang jatuh ke lantai. "Nadia!"

PelangiWhere stories live. Discover now