Datang seorang lagi abang angkatku iaitu anak sulung mama papa, Nizam. Dia cuba menghentikan abang Kamil.

"Aku dah lama nak halau perempuan ni bang. Aku tak nak ada kena-mengena dengan dia lagi. Pembawa sial! Kalau kau jejak rumah ni lagi, mati kau Fira!" setelah itu abang Kamil terus masuk ke dalam rumah.

Tinggallah abang Nizam dan aku di sini.

Sejak aku diambil sebagai anak angkat dalam keluarga mereka, abang Kamil memang tidak suka akan kewujudanku. Aku dilabel sebagai "perampas" olehnya.

Tetapi tidak abang Nizam, dia menerima aku dalam keluarganya dengan hati terbuka. Dan aku hanya rapat dengannya sehinggalah aku dewasa.

"Apa tunggu lagi? Pergi dari sini."

Kali ini aku terasa seperti menerima satu tamparan daripada abang Nizam. Tak sangka ayat tersebut keluar dari mulutnya.

"Abang Zam, apa ni? Adik tak salah pun. Janganlah hukum adik macam ni.." wajahku sudah basah dengan air mata.

"Mama papa dah pergi Fira. Jadi sampai sini saja kami jaga kau. Kau pergilah. Pergi mana pun kau nak." usirnya tanpa belas kasihan.

"Fira nak pergi mana? Fira tak ada sesiapa lagi. Abang tak sayangkan Fira ke?"

Kasihanilah aku.

Tanpa menjawab, Nizam terus meninggalkan aku yang sedang merintih.

Kejamnyaa

"Abang.." aku hendak mengejar tetapi jatuh tersungkur akibat kakiku yang terasa tiada upaya lagi. Semangat aku juga hilang entah terbang melayang ke mana.

Ya Allah lemahnya aku..

Tidak lama kemudian muncul sebuah kereta BMW kelabu yang berhenti di bahu jalan.

Ya Allah syukur. Insan yang sangat aku perlukan sekarang tiba tepat pada waktunya. Aqram Mukris, si encik tunang terus berlari cemas mendapatkan aku.

"Fira." dia membantu aku untuk bangun semula.

"Am.."

"What's wrong dear?" soalnya prihatin. Sudah tentulah dia hairan dengan situasi aku sekarang. Tersadai di tepi jalan.

Aku menahan esakan tangis.

"Nizam and Kamil did this to you?"

Tidak tahu apa nak dijawab, aku terus membisu.

"Ya Allah.. Fira.."

Kami sama-sama menoleh. Puan Mastura, bakal ibu mertuaku yang baru keluar dari rumah mama papa, sedang menapak laju ke arah kami.

Sesampainya di sini, wajahku lalu diraup. "Ya Allah Fira. Kenapa dibuatnya Fira macam ni?"

Kata-kata mummy menambahkan rasa sebak di dada.

"Mummy, Fira nak jumpa mama papa.." rintihku lagi. Berilah kesempatan untuk aku menatap wajah mereka buat kali terakhir.

Sekejap pun tak apa.

"Tak payah Fira. Nanti Nizam dan Kamil semakin menjadi." celah Aqram tegas. Semestinya sudah dapat meneka bahawa merekalah yang memperlakukan aku begini.

Cinta Hati Mr. AnnoyingWhere stories live. Discover now