Terangkat kening kanan Hazwini. Geng-geng bahan masakan? Pergh, loyar buruk ibu makin  mantap! HAHAHAHA.

"Err... Ibu? Surau kat mana?" belum sempat Puan Hawa ingin beredar, Airil Adryan bertanya.

"Tu." Dengan menggunakan muka, Puan Hawa menunjukkan dimana terletaknya surau.

Kali ini mata Airil Adryan membulat besar. Terkejut dan tidak percaya.

"Kau tak payah nak terkejut lah. Kau tak perasan ke rumah aku tepi surau? Tepi surau tu dewan orang ramai lepas tu sebelahnya gelanggang badminton." Pintas Hazwini.

"Kakak." Nada suara Puan Hawa menegur agak keras.

Hampir sahaja Hazwini mahu menepuk dahi. Sungguh dia terlupa.

"Sorry ibu." Kata Hazwini. Kemudiannya dia memandang Airil Adryan lalu berkata. "Hah, memang tak perasan ke?"

"Perasan... Tapi tak sangka pula tu surau," balas Airil Adryan. Mata Hazelnya melemparkan padangan kearah surau yang terletak di arah kanannya.

Punya jelas papan tanda projek pembinaan pembaharuan surau tu. Haih dia ni. Sabar lah, Wini... Dugaan menjelang senja ni.

"Dulu surau tu dua tingkat dan berkayu. Tingkat bawah tu untuk barang-barang dewan dan tingkat dua barulah surau. Tahun  2015 dirobohkan untuk  buat pembaharuan. Dari dinding berkayu bertukarlah dinding batu bata.  Yang paling seronok untuk jemaah kat sini sebab ada aircond.  Kadang-kadang jemaah pun lambat balik rumah sampai tertidur pun ada. Kalau dulu, tak ada aircond laju je nak balik rumah. Nak datang ke surau pun payah. Sebab tu Airil tak perasan itu surau. Nampak macam rumah kan? Sebab tak ada kubah." Terang Puan Hawa. Teringat gelagat-gelagat jemaah yang dari kampung ni sebelum surau ini dibina baharu.

"Oh..." Airil Adryan mengiyakan. Tapi dia sendiri pun tak sangka. Pertama kali dalam hidupnya melihat rumah betul-betul di tepi surau. Selama ni pernah tengok rumah tepi tanah perkuburan. Bukan tengok tapi dengar cerita.

"Kalau nak tahu, rumah ni alamatnya nombor enam belas sebelah surau kampung Kuala Sungai Manik, Teluk Intan, Perak." Kata Puan Hawa lagi.

Airil Adryan terngaga. Membuat Puan Hawa tergelak kecil dan Hazwini mampu tersengih. Betul-betul terkejut lah tu!

"Ibu masuk dalam dulu ya? Ibu nak bersiap-siap nak pergi surau nanti."

"Okey, ibu!" Tidak merancang, Airil Adryan dan Hazwini membalas serentak.

Mereka berdua saling berpandangan. Ketika itu Puan Hawa sudah beredar masuk kedalam rumah.

"Sibuk je. Dah tak ada perkataan  lain ke?" Soal Hazwini tidak  puas hati seraya memeluk tubuh.

"You too." Usai menjawab, selamba Airil Adryan mengorak langkah meninggalkan Hazwini di beranda rumah yang masih tidak puas hati dengannya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

BACAAN Yasin secara berjemaah berjalan dengan tertib dan tenang tanpa sebarang gangguan. Sekarang ini waktu tiba untuk makan. Makanan-makanan majoritinya jemaah wanita yang bawa dari rumah untuk bersedekah dan menikmati selera bersama-sama kepada semua jemaah-jemaah surau yang hadir. Memang setiap malam jumaat akan diadakan bacaan yasin dan selepas itu menikmati juadah makan. Bacaan yasin dilakukan sejurus usainya solat isyak.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now