"Bagi salam," akhirnya Airil Adryan bersuara.

" Haish, malas lah... Kau lah yang bagi salam tak pun ketuk je."

"Hek lok sikit. Ni kan rumah kau? Patutnya kau yang kena bagi salam bukan aku. Emm, by the way kau nak kata apa kat mak kau aku ni siapa?"

Hazwini hanya diam seraya otaknya ligat memikir sesuatu.

"Pak cik teksi?"

"Hoi, kau agak-agaklah. Aku punya kacak gila ni kau kata aku pak cik teksi?" bebel Airil Adryan dengan tak puas hati.

"Oh, patut lah. Kacak lepastu gila..."

"Kau..."

"Apa? Nak gaduh? Gaduh lah!" Hazwini sudah bersiap sedia kaki kudanya. Tangan kanan sudah digempal dan tunggu masa untuk melayang tumbukkan ke arah lelaki itu.

"Dagchyeo!"

"Huh?" Hazwini terpinga-pinga. Kali ini dia tidak tahu maksud apa lelaki itu katakan tadi.

Airil Adryan meraup wajahnya dengan riak lelah. "ignore it."  ujarnya tapi itu bukan maksud apa yang dikatakan tadi. Dia sendiri pun tidak faham dengan dirinya. Bila bertemu dengan Hazwini pasti akan bergaduh.

"Ah... Faham, faham!"

"Bukanlah! Nanti kau cari sendiri. Sekarang ni kau ketuk pintu aku tengok awan pun dah mendung... Aku pun nak gerak cepat balik KL."

Hazwini mencebik mulutnya. Kenapa je tak berambus dari tadi? Buang air liur aje bertengkar dengan mamat kutip hutang ni!

Tanpa membuang masa terus Hazwini mengetuk pintu rumahnya.

Pintu dibuka dari dalam...

"Eh?!" Hazwini terperanjat apabila matanya melihat tiada siapa gerangan yang dihadapan. Airil Adryan hanya tergamam. Pelik, habis tu siapa yang buka pintu tadi?

"Hah!" Satu suara menyergah kuat

"Eh, buah durian naik harga! Haziq Raiyyan!!!" terlatah Hazwini apabila mula perasan yang menyergah itu Haziq Raiyyan, adik lelakinya.

Airil Adryan pun hampir saja hendak melatah tetapi cepat-cepat dikawalnya. Kalau tak memang jatuh saham kekacakkannya itu.

"Kau ni dah kenapa?! Dah tak ada kerja lain ke nak sergah-sergah aku?" marah Hazwini. Mencerlung tajam matanya memandang Haziq Raiyyan.

"Alo, sorry lah kak. Aku memang rindu kau... Tu lah aku saja nak surprise kan kau. Heheh."

"Banyak lah kau punya surprise! Ibu mana? Kerja ke?"Hazwini melangkah masik kedalam rumah serta tangannya menggalas beg pakaian.

"Ada kat dapur... Buat laksa pulas. Tapi tu lah daun..." belum sempat Haziq Raiyyan menghabiskan bicaranya...

"Laksa pulas?!"

Hazwini menoleh kebelakang. Kelihatan Airil Adryan masih terjengul didepan muka pintu dengan muka terkejut.

"Lah! Ingatkan kau dah berambus..." ujar Hazwini hampa. Mati-mati mengingatkan lelaki itu sudah pergi.

"Huish kak, muka dia macam Felix lah! Felix boleh cakap melayu eh? Tapi seriuslah ni Lee Felix dari group Stray Kids tu?"

Hazwini menggamit Haziq Raiyyan untuk datang mendekatinya lalu dia membisik sesuatu. "Ini bukan Felix ini hantu laksa."

Ternyata riak wajah Haziq Raiyyan berubah. "Tapi..."

"Aku pun terkejut juga masa first jumpa dia. Tapi dia nampak seiras je tapi lain sikit dari Felix yang original." terang Hazwini ringkas.

"Oh..."

"Adik, kakak dah sampai ke?" kedengaran suara ibunya berkata. Haziq Raiyyan yang baru saja mahu membalas, Hazwini sudah memintas terlebih dahulu

"Ibu... Kakak dah balik ni!"

Puan Hawa melangkah menghampiri pintu utama rumah tapi tiba-tiba sahaja dia diserbu oleh anak gadisnya.

"Ibu!" Terus Hazwini memeluk ibunya erat. Sudah tiga bulan tidak jumpa siapa tak rindu?

"Ye anak ibu... Eh, kenapa basah-basah ni?"

"Hehehe...." Hazwini menggaru kepala yang tidak gatal itu. Ini semua berpunca dari mamat kutip hutang yang tak guna lah tu.

"Mat saleh mana kamu angkut ni kakak?"

Ah, sudah!

Nampaknya, Puan Hawa sudah perasaan kewujudan Airil Adryan di hadapan muka pintu.

"Errr..." tidak mampu Hazwini meneruskan kata. Tapi dia melihat wajah lelaki itu tampak begitu tenang walaupun nada suara ibunya bertanya tadi ingin marah.

"Saya Airil Adryan. Panggil Airil je. Saya pensyarah yang mengajar anak mak cik. Kebetulan saya nak balik Kuala Lumpur saya tumpangkan anak mak cik... Maaf kalau membuat perkara ini mak cik marah. Mak cik jangan marah Hazwini ya? Sebenarnya saya yang suruh dia tumpang dengan saya. Sekali lagi saya mohon maaf.." Dengan penuh sopan santun serta berbudi bahasa Airil Adryan menutur ayatnya dengan muka tenangnya.

Hazwini menjeling tajam ketika lelaki itu bercakap dengan ibunya.

Ceh!

Ini kes cakap baik-baik sebab nak makan laksa pulas ke?  Dengan aku, haram lah dia nak cakap macam ni.

"Mak cik saya  minta diri dulu ya..." pinta Airil dengan lagak lelaki melayu terakhir. Gayanya amat tergesa-gesa memandangkan langit sudah gelap. Sekejap lagi  mungkin akan hujan.

"Tak payah balik lah Airil. Macam nak hu..."

Tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman guruh yang kuat menyebabkan mereka semua tergamam buat seketika. Allahu, time ni nak hujan pula.

"Tak menyusahkan mak cik ke? Serba salah pula saya... Baik saya pergi dulu."

Hazwini menjuling matanya ke atas. Pergilah kau!

"Tak ada yang menyusahkan mak cik pun.  Kamu dah tolong hantar anak mak cik selamat sampai ke depan pintu rumah pun mak cik rasa bersyukur. Alang-alang tu mak cik ada buat laksa pulas, boleh makan sekali," selepas habis Puan Hawa berkata, hujan mulai turun lalu lama kelamaan menjadi  lebat.

Malas mahu melihat drama yang dimainkan oleh lelaki itu, Hazwini dengan selamba mengorak langkah meninggalkan depan pintu utama rumah.

"Ha, nak ke mana tu kakak? Bawa Airil ke dapur."

"Suruh lah adik..." balas Hazwini dengan malas. Recananya lepas sahaja masuk ke dalam bilik, dia ingin menyambung tidurnya demikian hujan pun turun dengan lebat. Rasa membuat dia ingin menarik selimut.

"Tak apalah ibu, adik ada..."

Haziq Raiyyan menyampuk.

Puan Hawa hanya mengangguk lalu bersuara. "Ibu nak masuk bilik dulu tau."

"Ok, ibu!"

Puan Hawa melangkah meninggalkan Haziq Raiyyan dan Airil Adryan untuk ke bilik tidur.

"Hi! I don’t think we’ve met before, I’m Haziq Raiyyan." tanpa segan silu, Haziq Raiyyan memperkenalkan diri kepada Airil Adryan.

"Airil Adryan. It's up to you, nak panggil aku apa. Tapi jangan Felix atau hantu laksa."

Erk! Rasa tercekik air liur Haziq Raiyyan mendengar lelaki dihadapannya ini berkata. Jadi, memang dia dengarlah perbualan dia dan kakaknya?

"Okey... Haa, mari lah kita ke dapur." Tiba-tiba rasa kekok pula. Haziq, Haziq! Apalah nak jadi dengan kau?

"Alright, let's go!"

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now