"Ahchum!" Spontan Hazwini memejam mata tatkala sisa bersin lelaki itu tepat mengena diwajahnya.

"Hee, pengotornya kau ni!" Akhirnya Airil Adryan terbangun dari lena apabila mendengar jeritan kecil seseorang.

"Kau?"

"Apa kau? Banyaklah kau punya kau! Ni bersin kau kena muka aku tau tak?! Pengotor gila," leter Hazwini seraya mengelap mukanya dengan lengan baju hoodienya.

"Aku dah agak! Kau pasti turun juga. Dah sekarang kau ikut aku," arah Airil Adryan dengan sisa mengantuknya masih ada.

"Aku tak nak. Ni nak tanya, kau solat subuh tak?"

"Solatlah! Gila kau tak solat nak masuk dalam neraka ke apa?"

Hazwini tidak memberi respon. Dia mula menjauhi sedikit dari Airil Adryan kerana pelajar-pelajar yang menetap di blok ini mula datang ke kafe ini.

"Hazwini, ikut aku."

Hazwini mendengus perlahan sebelum bersuara. "Beritahu kat aku, kenapa aku perlu ikut kau? Aku tak ada masa lah! Nanti tak pepasal aku tertinggal bas."

"Balik rumah kau?" Lelaki itu menyoal dengan wajah blurnya.

"Yalah! Dah, berambus sana! Kang terlambat aku," usai berkata Hazwini mengorak langkah langkah keluar dari kafe Saujana. Niatnya hendak bersarapan, musnah angkara lelaki itu.

"Kejap!" Hazwini tetap berjalan tanpa mempedulikan Airil Adryan menyuruhnya berhenti.

Terasa lengan panjang bajunya ditarik membuat kedua-dua kakinya terhenti.

"Ish, semak lah! Kau nak apa sebenarnya ni, Airil Adryan?"

"Kau pergi terminal bas naik apa?"

"Teksi lah. Takkan jalan kaki kut," loyar Hazwini dan membuka langkahnya kembali. Tapi terhenti sekali lagi, bila lengan hoodienya ditarik oleh lelaki itu.

"Ada ke teksi pepagi buta ni? Jomlah aku hantar kau ke terminal. Aku pun nak balik KL alang-alang menuju ke arah selatan."

Selatan?

Hazwini mula hairan. Macam mana dia tahu?

"Rumah aku kat Perlis. Terima kasih atas ajakan kau tu. Aku tak berminat, tata!" Dalih Hazwini seraya mengangkat kaki.

"Hazwini Raihana, now at 8.30am,
do you think you have time to wait for a taxi? What time does your bus leave?"

Hazwini terdiam. Matanya mengerling ke arah jam tangannya. Betul apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

Jap, 8.30am?

Matanya membulat besar.

"Aku dah lambat! Ah, cane ni?! Ya Allah!"

"I sent you to the bus terminal. Just easy."

Easy hotak dia.

Lama berfikir, akhirnya Hazwini hanya mengangguk. Tiada pilihan lain.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

LAMBORGHINI? Mata aku salah nampak ke? Bisik Hazwini dalam hati. Jari-jemarinya menggosok sikit pada kedua-dua matanya. Realitinya tetap sama. Sebuah kereta mewah berjenama Lamborghini berwarna hitam betul-betul di depan matanya. Tetapi dia tidak pasti lamborghini modal apa.

 Tetapi dia tidak pasti lamborghini modal apa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now