11 | S p a i n

15.7K 476 15
                                    

"Ella está conmigo ahora. I will take care of her."

Sayup sayup suara husky  yang sedang berbicara itu menerpa halwa telinga. Aku hendak membuka mata tetapi kantuk masih menguasai diri membuatkanku semakin dibuai lena.  Suara tadi semakin lama semakin lenyap..

"Hey, wake up."

Aku terpisat pisat membuka mata dan wajah Aiden yang sedang merenungku menyapa mata. Mata yang masih mengantuk aku genyeh genyeh perlahan. Ah, mengantuknya!

Aku membetulkan duduk dan mengesat ngesat tepi bibir takut takut air liur basi melekat. Nasib baik tiada.

"Where are we?" Tanyaku seraya memerhati sekeliling jet mewah ini.

"Valencia, Spain." Jawabnya ringkas sambil bermain dengan iPhonenya.

Aiden menyimpan iPhonenya didalam poket seluar. Dia  lantas berdiri dan menarik tanganku untuk bangun.  Kami bersama sama melangkah turun dari jet ini.

Aku tidak sangka aku telah berada di negara Spain untuk melarikan diri sejauh ini. Aiden benar benar mengotakan janjinya untuk menjagaku.

Berada dekat dengannya membuatkan hati ini selalu berdebar lebih lebih lagi panahan matanya yang tajam yang menusuk kalbu. Dia kacak, bertubuh sasa, wild. Mana mana wanita pun akan jatuh cinta apabila melihatkan dirinya. Aku tertanya tanya Aiden tiada teman wanita ke?

For sure, he's bad boy.

Bahkan di kampus, aku tidak nampak pula mana mana wanita disampingnya. Dia seperti suka menyendiri. Perempuan perempuan yang ingin menempel dan mendekat  pun tidak dilayan olehnya. Hanya wajahnya yang beku ditayang. Aku yakin dia menyembunyikan sesuatu dariku.

Dan dia menganggap aku ni sebagai apa? wanita simpanan? teman wanita? atau hanya sekadar kawan? Sehingga kini aku masih tertanya tanya. Aiden tidak pernah menyatakan rasa suka atau cinta kepadaku yang membuatkanku semakin penasaran.

Lamunanku terhenti apabila kami berada di tengah tengah lapangan terbang Valencia atau dikenali sebagai Aeropuerto de València. Ia juga merupakan antara 10 lapangan terbang tersibuk di Spain.

Aiden mengenakan kaca mata hitam Gucci yang membuatkannya kelihatan lebih kacak lagi.

Damn! He's hot.

Gadis gadis yang berada di situ turut tersengih sengih miang memerhatikan Aiden. Dia hanya memberikan reaksi kosong dan poker kepada mereka seolah olah sudah biasa dengan situasi sedemikian. Kami berjalan keluar dari airport tanpa mempedulikan gadis gadis miang itu.

Kelihatan Mercedes Maybach terparkir cantik di luar lapangan terbang seolah olah menunggu kehadiran kami. Seorang lelaki yang agak berumur keluar dari kereta itu dan melangkah ke arah kami.

"Buenos días señor Xaivier." Dia menunduk hormat kearah Aiden lalu membukakan pintu kereta untuk kami.

Aku pelik rata rata orang yang aku jumpa mesti memanggilnya dengan nama Xaivier dan bukannya  Aiden. Adakah hanya individu individu tertentu  sahaja yang boleh memanggilnya Aiden? Bahkan selama ini aku sudah terbiasa  memanggilnya dengan nama Aiden. Dia seolah olah tidak kisah dan sedikitpun tidak marah.

Terasa sentuhan di tangan kananku membuatkanku menoleh kearahnya. Aku terkaku dengan panahan tajam matanya.

"Kau fikir apa?"  Dengan tiada senyuman terukir, Aiden  menyoal.

Aku menggeleng geleng dan hanya mengukir senyuman.  Kalau aku beritahu dia yang aku fikirkan dia, pasti dia akan ketawakan aku.

My Saviour, AidenWo Geschichten leben. Entdecke jetzt