Bukannya aku jatuh atas jalan lebuhraya pun. Cuma jalar tar kawasan USM je! Kecohlah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

AIRIL ADRYAN hanya memaku pandangan ke arah Hazwini yang sedang menuju ke sofa yang tidak hauh dari meja kerjanya sambil membawa kotak first aid.

"Kau pandang dinding, jangan tengok aku! Kalau mata kau buta, tandanya kai memang mengintai aku dalam keadaan senyap!" Suruh Hazwini dengan nada tegas.

"Siapa nak tengok kau? You're not my taste okay!"

Werkkkkk! You're not my taste okay lah konon! Kau ingat aku ni makanan ke? Tertaste-taste bagai. Habis tu, taste kau yang jenis perempuan Zaman Paleolitik ke? Pakai baju macam tak cukup kain? Macam tu? Mengumpat Hazwini didalam hati.

Sambil dia mengumpat di dalam hati tangannya laju menjalankan kerja. Cecair iodin itu di tuang sedikit ke kapas lalu di sapu ke lutut yang luka itu.

Selepas itu dengan senyap-senyap mengemas peralatan ubat itu lalu perlahan-lahan dia berjalan pergi ke depan meja lelaki itu. Kemudian dia mengcangkung dari dilihat oleh Airil Adryan yang tengah memandang dinding belakang. Telefon pintar didalam beg silangnya diseluk lalu aplikasi dikamera dibuka.

Hahaha, kau tunggu Airil Adryan! Aku lah paling jahat dalam dunia nyata ini. Muahahaha.

"Okay, done!" Jerit Hazwini. Sedang kan dia sudah menyorok tempat lain.

"Per... lu... ke nak men..jerit?" Kata Airil Adryan tergagap-gagap. Tiada langsung bayangan gadis itu di sofa. Mana budak ni pergi.

"Bahhhhh!!!!" Terjah Hazwini lalu bangun dari mengcangkung bersama telefon bimbit ditangan dan sudah siap sedia melakukan sesuatu yang begitu pantas.

"Allahuakbarr!" Jerit Airil Adryan terkejut.

Klik!

"Muahahaha.... I got it! Hodoh gila muka kau terkejut! Hahaha kalah dari muka beruk nak curi kelapa!" Terbahak-bahak Hazwini mengertawakan Airil Adryan yang tampak terkejut.

"Hazwini Raihanaaaa!" Yow, bapak Harimau Malaya dah keluar taring! Seram you!

"Bak sini telefon kau tu!"

"Mana boleh... ni aku punya. Kalau nak beli lah sendiri!"

"I said... give me your phone!"

"I won't..."

"Kau bagi sekarang!" Buat pertama kali Airil Adryan menjerkah kuat kepada seorang perempuan. Eh? Yanf dalam tandas tu bukan dia jerkah ke?

Terpinga-pinga Hazwini seketika. Terkedu, terkelu dan ter'tatau' nak buat apa. Beberapa saat kemudian dia tersenyum jahat.

"Jap-jap! Sebelum tu," Hazwini terus menayangkan sesuatu gambar yang berada di dalam telefon pintarnya kepada Airil Adryan. "Comel tak?" Sindir Hazwini. Telefon pintarnya digoyang-goyangkan sikit.

Kelihatan mata Airil Adryan membulat besar. Terkejut. Macam ni rupa aku bila terkejut. Hodoh sial.

Tak semena-semena ketawa Hazwini pecah lagi. Bagi orang lain melihat gambar itu memang comel. Tapi baginya memang hodoh! Sereh! Tunjuk kat lembu pun, lembu pun lari.

"Delete!" Arah Airil Adryan tegas. Dia cuba mengawal riak malunya.

"Kalau aku tak nak? Huish, ni aku viral kat mana-mana dalam socmed..."

"Tolak markah!" Laju Airil Adryan memintas.

"Hisyhhh.. asyik-asyik tolak markah je.. tapi tak tolak-tolak pun!"

"Okey." Lantas Airil Adryan menghidupkan macboknya.

"Okey, tak-tak! Jangan.. please..!"

"Bagi telefon tu cepat!"

Hazwini tersenyum jahat. Muka tidak berdosanya ditayangkan. Telefon bertukar tangan.

Airil Adryan menekan button on di sisi telefon itu.

"What the hell?" Carutnya tiba-tiba.

Hazwini hanya menahan gelak dari meletus.

"Fingerprint?" Soal lelaki itu dengan hairan.

Hazwini hanya mengangkat kening kananya tanda membalas pertanyaan lelaki yang sentiasa menjengkelkan itu.

Tiada angin, tiada ribut dan pokok tak bergoyang-goyang. Airil Adryan terus menarik lengan Hazwini. Jari-jemari gadis itu dicapai dengan lembut. Kemudian dia memegang ibu jari yang comel itu dan meletakkan jari tersebut di atas skrin telefon milik gadis itu.

Akhirnya fingerprint lock screen itu berjaya dibuka. Tanpa membuang masa Airil Adryan membuka Aplikasi gallery. Terdapat beberapa gambarnya terpampang di situ. Cepat-cepat dia memadamnya. Walaupun agak kekok untuk memadam gambar kerana dia bukan lah seorang pengguna Android. Sudah terlalu biasa dia dengan sistem IOS.

"Done." Telefon itu kembali kepada tuannya.

Hazwini masih terkaku. Sehingga tidak sedar telefon pintarnya berada di tangannya semula.

Pantas betul kejadian itu berlaku. Tidak sempat otaknya mencerna perbuatan lelaki itu

"Kau..." Hazwini kehilangan kata-kata. Lelaki itu adalah manusia pertama yang haram menyentuh kulitnya selain ayah, abang dan adik lelakinya.

"You can go, now.."

Hazwini menghela nafas beratnya.
Bertimbun-timbunlah dosa aku! Keluh Hazwini di dalam hati seraya memandang jari-jemari tangan kanannya.

Berdebar siak jantung aku ni! Bisik hatinya.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now