CHAPTER TWENTY FOUR
Jungkook yang sedang mencari beg darah jenis RH negatif, tidak tahu apa yang berlaku pada Haerin. Dia tidak tahu nyawa Haerin sekarang dalam keadaan kritikal.
"Awak cari apa tu, Jungkook?" Tanya Jin bila melihat adiknya itu sedang mencari sesuatu dalam kotak kotak simpanan darah.
"Aku tengah cari darah jenis RH negatif. Hyung, tahu mana darah jenis itu disimpan?" Soal Jungkook yang masih tercari cari beg darah tersebut.
"Awak nak buat apa dengan darah jenis itu? Kenapa awak macam terdesak perlukan darah jenis itu?"
Soal Jin meminta kepastian. Jungkook mengeluh sebelum memberi penjelasan kepada Seokjin.
"Bukan saya yang perlukan tapi Haerin. Nyawa dia sekarang tengah dalam bahaya. Dia kekurangan darah RH negatif disebabkan saya. Jadi, saya perlukan darah jenis itu untuk selamatkan dia." Jelas Jungkook dengan nada risau.
"Awak pun tahu darah jenis itu, sangat susah untuk dijumpai. Memandangkan awak sangat memerlukannya. Baiklah hyung bagi beg darah jenis RH negatif yang terakhir untuk awak. Nasib baik, hyung ada simpan stok darah tersebut."
Ujar Jin sebelum mengajak Jungkook pergi ke biliknya untuk mengambil beg darah tersebut.
***************************************
"Haerin saya ada ba--- Haerin!! Kenapa dengan kamu? Haerin bangun!"
Cemas bila Jungkook lihat keadaan Haerin yang semakin teruk. Kulitnya pucat lesi dan menimbulkan urat urat ungu kebiruan di seluruh tubuhnya. Bibirnya bertukar menjadi pucat malah ada kesan darah di mulutnya.
Jungkook melepaskan beg darah itu ke lantai, bergegas ke arah Haerin yang terbaring lemah. Tubuh Haerin yang lemah itu dipangkunya dan dipeluknya.
"Haerin... kenapa dengan awak? Haerin bangun..."
Katanya sambil menampar nampar pipi Haerin dengan lembut sambil mengoncang tubuhnya.
Melihat kejadian yang berlaku di depan matanya, Jin menghampiri tubuh Haerin. Jarinya diletakkan pada pergelangan tangan Haerin untuk memeriksa denyutan nadi.
"Hyung... kenapa dengan Haerin? Beritahu saya, hyung!"
Jin menggelengkan kepala.
"Dia tidak dapat diselamatkan lagi."
"Apa maksud hyung... apa yang maksud hyung... dia tidak dapat diselamatkan?!!! Tadi keadaan dia tak seteruk ini, tapi sekarang.... kenapa boleh macam ini? KENAPA HYUNG KENAPA?!"
Soal Jungkook dengan perasaan marah. Jin mengeluh perlahan.
"Maafkan hyung. Jungkook. Tapi awak perlu bersedia untuk menerima kehilangan dia." Kata Jin sebelum beredar dari bilik itu.
Hatinya terus berkecai sebaik mendengar kata kata tadi. Air mata jatuh membasahi pipinya itu. Sambil mengusap pipi Haerin. Jungkook memeluk tubuh Haerin yang lemah sambil menangis.
Air matanya menitis jatuh mengenai kelopak mata Haerin, menyebabkan Haerin membuka mata secara perlahan lahan.
"Jungkook..."
Dengan sepenuh tenaga, Haerin cuba memegang pipi Jungkook.
"Haerin..."
Ujarnya sambil memegang tangan Haerin yang sejuk itu.
"Saya nak mati ke?"
Jungkook menggeleng gelengkan kepalanya.
"Tak... awak takkan mati. Saya takkan benar perkara ini berlaku. Saya akan selamatkan awak. Awak akan ok nanti."
Jungkook cuba menyakinkan dirinya dan Haerin walaupun hakikatnya dia tahu dia bakal kehilangan Haerin.
"Geojismalhaji maseyo ( jangan berbohong ). Haerin tahu... sangat keadaan Haerin sendiri. "
Ujar Haerin, menyebabkan Jungkook menitiskan air mata.
"Janganlah menangis please... Haerin tak mahu... tengok awak bersedih macam ini. Haerin mahu... Jungkook senyum. Tolong senyum untuk saya?"
Mendengar permintaanya, Jungkook mengelap air matanya sambil memaksa dirinya untuk senyum biarpun terpaksa menahan sebak di dada. Tapi demi perempuan yang dia cintai, dia perlu bertabah.
Haerin mengusap usap pipi Jungkook sambil menghayati wajahnya.
"Kacak... malangnya saya takkan lihat senyuman seindah ini lagi,"
Haerin turut menitis air matanya.
"Haerin saya.... hiks... saya... saya minta maaf sebab tak jaga awak dengan baik. Saya minta maaf."
Jungkook cuba menahan kesedihannya dengan mengetap bibirnya.
"Gwenchana. It not your fault. Ini dah takdir saya... Jungkook ssi... kalau saya pergi nanti, tolong jagakan diri..."
"Haerin... please"
"Nanti Haerin takkan berada di sisi awak lagi untuk jaga awak... uhuk,"
Batuknya mengeluarkan darah, mengalir di mulut.
"Haerin!"
Dengan pantas, Jungkook mengelap bibir Haerin yang berdarah itu dengan lengan pakaiannya.
"Jungkook... jangan rindukan saya kalau saya pergi nanti... dan... tolong jaga diri... maafkan saya... sebab... tak dapat tunaikan tanggungjawab saya sebagai hamba..."
"Haerin... awak bukan hamba saya... tapi kekasih saya... perempuan kesayangan saya.."
Luah Jungkook pada Haerin yang berada dalam dakapannya.
"Sa... saya gembira... sebab... dapat tahu awak mencintai saya... sebelum... saya pergi... saya nak dengar perkataan .... saranghae daripada awak... buat... kali terakhir"
Jungkook mengangguk sambil menatap wajah si dia yang amat dia cinta. Kalau selama ini, dia meluahkan perasaannya itu, mungkin dia masih berpeluang untuk menikmati kebahagiaan bersama Haerin.
"Saranghae... Shin Haerin."
Senyuman mula terukir di wajah pucat. Dengan perlahan, Haerin cuba bangkit dan mencium bibir Jungkook sebelum air matanya berjatuhan.
"Nado... Saranghae Jungkook."
Katanya sebaik saja melepaskan ciumannya sebelum menutup matanya. Haerin menghembuskan nafas terakhirnya di dakapan Jungkook.
"Haerin? Haerin? Haerin... bangun. Haerin jangan tinggalkan Jungkook macam ni... hiks.. macam mana saya nak hidup tanpa kamu. Haerin tolonglah jangan tinggalkan saya... HAERIN!"
Semakin kuat tangisannya bila mengetahui dia sudah kehilangan perempuan yang dicintainya. Tubuh Haerin yang tidak bernyawa itu, dipeluknya dengan erat sambil meratapi pemergian dia
*****************************************
END
Dengan ini, Blood melabuhkan tirainya. Bye bye.
Author tahu jalan cerita Blood ini agak kucar kacir dan perlu diperbaiki. Hiks. Dan jalan cerita dia pun nampak bosan
Ada apa apa yang mahu dikomenkan mengenai buku ini. Komen saja, author akan terima dengan hati terbuka.
Ribuan terima kasih kepada pembaca buku Blood ini dan mereka yang terus setia membaca buku tak seberapa ini.
Dengan ini, saya umumkan bahawa tamatlah BLOOD
Keep Support me
YOU ARE READING
Blood : 피 땀 눈물 ( J.J.K ) ✅
Fantasy[ Vampire's AU ] "Darah awak buat saya inginkan awak." - Jungkook Dia Jeon Jungkook, raja vampire yang dahagakan darah telah jatuh cinta pada hambanya sendiri namun kerana perbezaan antara mereka menjadi penghalang cinta di antara mereka P/S : Fanfi...
