[ Vampire's AU ]
"Darah awak buat saya inginkan awak." - Jungkook
Dia Jeon Jungkook, raja vampire yang dahagakan darah telah jatuh cinta pada hambanya sendiri namun kerana perbezaan antara mereka menjadi penghalang cinta di antara mereka
P/S : Fanfi...
Dia mendepakan kedua dua tangannya dengan luas. Angin pada malam tu meniup tubuhnya. Dia memejamkan matanya sambil menikmati kesejukan angin malam yang meniup tubuhnya itu.
Akhirnya dia bebas dari sumpahan tersebut. Bebas dari lukisan yang mengurung dia lebih dari 1000 tahun. Setiap 100 tahun, dia akan bebas itupun jika ada yang membebaskan dari lukisan yang mengurung dia. Selama lebih dari 1000 tahun, dia menunggu untuk dibebaskan, tunggu dan tunggu. Dan akhirnya dia bebas.
Disebabkan darah seorang wanita.
***
Dia berdehem, mengusap tengkuknya
Haus
Dia menggeram, iris merahnya mula kelihatan. Taringnya yang panjang mula muncul. Dia haus. Hauskan darah.
Dia memandang ke arah bulan yang berada dia atas langit. Full Moon
Dia mengigit bibirnya dengan kuat sehingga terluka. Cecair merah mula mengalir keluar dari luka tersebut. Dia menutup mata sambil lidahnya menjilat darah di bibirnya sambil jarinya menyentuh darah yang mengalir dari bibirnya. Dijilatnya jari yang disaluti darah sehingga tiada lagi sisa tertinggal.
Matanya dipejam, membiarkan bau yang sangat manis, memikat dan sangat menggodakan, memenuhi indera pernafasannya.
Dia tidak boleh menghilangkan bau perempuan yang membebaskan dia dari lukisan tersebut.
Masih terasa kemanisan darah perempuan tu pada mulutnya dan itu membuatnya ingin merasai darah tu lagi.
Darahnya yang manis, membuat batinnya menggeram tertahan.
Lelaki itu membuka matanya, iris merahnya berkilau sambil senyuman jahat terukir di bibirnya.
"내 피 땀 눈물."
"Just let me taste your blood again."
Tubuh lelaki itu hilang dibawa angin.
***
HaeRinPOV
Mata ku dipejam rapat, mengantuk sebab terlampau letih membuat kerja sekolah yang menggunung. Tadi masa petang, tak nak buat. Sibuk nak handphone. Dah malam, baru tergesa gesa nak buat. Itu memang stail aku buat homework pun.
Tetiba!
Aku terasa ada sesuatu yang membuat katil di bahagian sisiku mendap menimbul bunyi perlahan.
Aku dapat rasa yang ada orang tengah berbaring di sisiku. Sapa yang berbaring kat tepi aku? Sedangkan aku seorang saja yang berada kat bilik ini?
Aku menoleh ke belakangku. Tak ada orang! Tiada orang yang berbaring kat belakang ku. Pelik! Aku cuba mengabaikan perasaan tersebut, mungkin tu hanya perasaan aku kot.
Aku mengeratkan pelukanku pada selimut. Terasa ada sebuah hembusan angin menerpa wajah aku. Aku lupa tutup tingkap ke? Tak mungkin! Baru ja jariku tersepit kat celah tingkap tu tadi. Masih gi berbalut dengan pembalut luka. Jadi tak mungkin, aku lupa.
Tetiba aku terasa ada hembusan nafas yang hangat menerpa pipi , meremang bulu roma aku dibuatnya. Indera pernafasan aku dipenuhi bau harum. Bau Downy ke ni? Apasal wangi sangat.
Aku cuba membuka mata namun sia sia. Aku cuba menggerakkan tubuhku, tak dapat! Seolah olah aku dah lumpuh kat situ. Hendak bersuara pun tak dapat, seolah olah aku kehilangan suara.
Tetiba...
Ada sebuah jemari membelai lembut rambut aku. Rambut aku yang panjang menutupi area leher ku diselak ke tepi dan diselit kat telinga aku. Hembusan nafasnya menerpa permukaan kulit leher aku.
Aku semakin panik dan keliru bila ada sesuatu yang lembut menyentuh leher aku, seakan akan ada bibir orang yang menyentuh permukaan kulit leherku. Hembusan nafasnya yang hangat masih lagi dirasai.
Dan tetiba...
Aku rasa ada sesuatu yang tajam menusuk ke dalam, menembusi kulit leher. Terasa ada cecair basah dan hangat mengalir di permukaan leher. Tak pernah aku rasakan perasaan sebegini. Perasaan yang sukar ditafsirkan.
Sakit tapi terasa puas
***
Author Pov
Dia berdiri di tepi jendela sambil disinari cahaya bulan purnama malam itu.
Matanya memandang ke arah perempuan yang tengah tidur nyenyak. Kesan darah yang melekat di bibirnya dijilatnya sehingga tiada yang tinggal.
"Sedap..."
Dia memandang ke arah perempuan yang tengah tidur nyenyak tu. Hatinya menjerit mahukan darah lagi tapi dia terpaksa menahan diri. Darah perempuan tu yang manis tu membuat dirinya rasa tidak keruan. Dia inginkan lagi. Dia mahukannya. Dia nakkannya.
"Sabar Jungkook. She will be yours."
Kemudian tubuh lelaki itu hilang dibawa angin.
***
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.