내 피 땀 눈물 : TWENTY THREE

235 17 0
                                        

CHAPTER TWENTY THREE

****

Jungkook POV

Tubuh Haerin dibaringkan di atas katilku sambil menyelimutinya dengan selimutku.

"Tunggu sini, Haerin. Saya akan selamatkan awak," ujarku sebelum keluar dari bilik itu.

****

Sebaik saja Jungkook keluar, asap hitam mula muncul dalam bilik itu sebelum bertukar menjadi seorang lelaki yang berpakaian serba hitam.

Matanya tertumpu ke arah tubuh Haerin yang terbaring lemah di atas katil itu. Terukir senyuman jahat pada wajah tampannya. Perlahan lahan dia mendekati Haerin yang terbaring lemah itu.

"Awak cantik. Tapi sayangnya awak perlu mati... haih... jangan salah aku ya... salahkan tuan kamu sebab tidak melindungi kamu. "

Sebaik dia berkata begitu, lelaki itu mengambil picagari yang disimpannya pada poketnya. Botol kecil yang berisi cecair warna ungu turut diambil sebelum menyuntik masuk cecair itu ke dalam picagari tersebut.

Jarum penyuntik itu diselentiknya berkali kali sebelum mengambil tangan Haerin dan menyuntik masuk cecair tersebut ke dalam tubuh Haerin.

Beberapa saat, cecair itu memberi kesan kepada tubuh Haerin. Tubuhnya mengigil dengan kuat dan warna kulitnya bertukar pucat sebelum nafas menjadi kencang.

Lelaki itu tersenyum melihat keadaan Haerin yang semakin teruk itu.

"Asalkan awak mati, tiada siapa pun yang berani mengugat kedudukanku termasuklah Jungkook," ujarnya sebelum menghilangkan diri, meninggalkan Haerin yang nyawa nyawa ikan itu.

**********************************

Next chapter adalah penamatnya. Terima kasih kerana masih setia membaca. Sis terharu sebab ada yang masih banyak mahu baca walaupun authornim ni... update lambat macam siput.

Next story, sapa korang nak jadi watak utama?

Blood : 피 땀 눈물 ( J.J.K ) ✅Where stories live. Discover now