[ Vampire's AU ]
"Darah awak buat saya inginkan awak." - Jungkook
Dia Jeon Jungkook, raja vampire yang dahagakan darah telah jatuh cinta pada hambanya sendiri namun kerana perbezaan antara mereka menjadi penghalang cinta di antara mereka
P/S : Fanfi...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
***
■■■■■■■■■■■■
Lawatan sambil belajar ke muzium memang sesuatu yang boring. Semuanya fosil fosil dinosaur dipamerkan. Aku mendengus geram cubalah pamerkan gambar lelaki kacak ke. Tak ke lebih menarik.
Aku mengambil buku nota berwarna pink untuk mencatat segala maklumat yg saya dengar dari pegawai tersebut. Sudah hampir sejam dia menerangkan tentang sejarah muzium tersebut. Membosankan, itu je yang dapat saya katakan. Bukan apa, cara dia sampaikan penerangan tersangatlah bosan. Hampir mengantuk aku dibuatnya. Asyik ulang ulang je isi. Menyesal aku ikut lawatan ni, baik aku tidur kat rumah.
Kalau bukan kerana cikgu sejarah aku paksa, pasti saya takkan ikut lawatan tu. Biar sampai kena heret pergi pun, aku takkan pergi. Tapi disebabkan cikgu Bahenol tu ugut nak potong markah ujian sejarah aku lah, barulah aku ikut. Dahlah sejarah aku setakat lulus ja, kalau dipotong gi markah memang G-A-G-A-L namanya.
Tapi itu bukan sebab utama aku datang ke muzium ni. Setakat gagal dalam sejarah tu, bukannya bermaksud kau gagal dalam hidup kau pun buat selama.
Sebab aku ikut lawatan tu sebab sebuah lukisan. Ya. Hanya sebab sebuah lukisan, aku sudi mendengar ceramah yg tak habis habis tu. Hanya sebab lukisan tu, aku sanggup korbankan masa tidur ku. Hanya sebab lukisan tu, aku sanggup datang ke muzium yang teramat membosankan. Jap? Berbaloi ke apa yang aku buat ni?
Aku pun tak faham kenapa aku nak sangat melihat lukisan yang dikatakan paling legend kat muzium. Perasaan ingin tahu membuak buak dalam diriku. Nak tahu apa yg buat gambar tu misteri sangat.
Lukisan yg dikatakan berhantu dan penuh dengan sumpahan. Sesapa yang merenung gambar tu lama lama, pasti akan menyangkakan lukisan tu hidup.
Malah lukisan tersebut dikatakan penuh dengan aura yang menakutkan. Dengar cerita ada perempuan yang menjerit histeria bila tengok lukisan, ada yang pengsan bila tengok lukisan tu. Itulah sebab aku nak sangat tahu pasal lukisan tu.
"Ok sekarang. Saya selaku pegawai muzium ni nak bawa korang semua ke hati saya. Chia chia. Hehe gurau je
Saya nak bawa korang berjalan jalan sekitar muzium ni. Ingat jangan memandai jalan sendiri, ikut saya. Dan...JANGAN SENTUH SEMBARANGAN BENDA KAT SINI. Saya beri amaran ni. Kalau pecah nanti, aku lempang muka hang dengan ikan kembung!". Kata pegawai tu. Muka dia yang happy nak mampus tetiba bertukar menjadi bengis bila dia memberikan amaran tu pada semua pelajar.
Aku mengikuti rombongan tu tersebut sehinggalah aku ternampak sebuah lukisan sampai aku tak sedar yang aku dah terpisah dengan rombongan tersebut.
Hanya sebuah lukisan yang dipamerkan di ruangan tersebut. Dicahayai lampu dan diletakkan di tempat yang gelap. Dan lukisan tu berjaya menarik perhatian aku.
Lukisan tu adalah lukisan seorang lelaki muda yang berumur lingkungan 20 an. Adakah lukisan tu yang dikatakan berhantu? Yang dikatakan misteri?
Kenapa aku rasa tak tenteram?
****
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bila aku renung gambar tu, tetiba ada rasa tak sedap hati muncul. Seram sejuk pula aku berasa. Tetiba aku rasa kesejukan. Tak ada angin, tak ada ribut. Kenapa aku rasa sejuk? Mungkin sebab penghawa dingin kat muzium tu kot. Tapi takkanlah sejuk macam kat kutub ais. Entah entah...
"WO MANHI MANHI MANHI"
Suara tu? Suara sapa? Sedangkan tak ada orang kat situ selain aku. Aku yakin yang aku terdengar suara misteri tu tadi. Tapi mana? Sapa pemilik suara tu?
Aku mencari suara lelaki tadi tapi tak jumpa. Ke saya ni tersilap dengar. Ahhh jangan peduli bukan itu khayalan saya je.