[ Vampire's AU ]
"Darah awak buat saya inginkan awak." - Jungkook
Dia Jeon Jungkook, raja vampire yang dahagakan darah telah jatuh cinta pada hambanya sendiri namun kerana perbezaan antara mereka menjadi penghalang cinta di antara mereka
P/S : Fanfi...
Sejak dari pagi tadi, kelibat Jungkook lamgsung tidak kelihatan di rumah tersebut, membuatkan Haerin berasa sedikit risau dengan ketiadaan Jungkook.
Sesungguhnya, dia risau dia akan diapa apakan oleh mana mana vampire bila tiada Jungkook di sisinya. Sekurang kurangnya adanya Jungkook di sisinya, dia rasa selamat sedikit.
Rasa bosan melanda si gadis tersebut, membuatkan dia hanya mampu termenung melihat ke luar jendela. Masa berlalu dengan cepat, bulan pun sudah mula kelihatan.
Sudah malam, namun Jungkook masih belum balik ke bilik tersebut. Haerin yang kebosanan hanya mampu terperuk di dalam bilik itu, memandangkan Jungkook tidak membenarkan dia keluar dari situ. Lagipun pintu bilik telah dikunci oleh Jungkook, jadi mustahil baginya untuk keluar.
Selepas selesai bersiap, Haerin hanya duduk termenung melihat ke arah bulan mengambang penuh. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya tentang bulan itu, dia melihat warna bulan itu dengan teliti.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Warna merah!
Bulan yang berwarna merah marak membuatkan Haerin menelan air liurnya. Bulu romanya meremang, bila dia terkenang kisah yang pernah diceritakan oleh orang tuanya dulu yang menyatakan bila bulan mengambang penuh dan berwarna merah darah, vampire akan menjadi agresif dan sangat dahagakan darah manusia.
Sedang Haerin sibuk mengelamun, tetiba pintu biliknya dihempas dengan kuat dan ditutup dengan kasar. Terkilan dengan apa yang sedang dia lihat susuk tubuh tuannya yang mengenakan pakaian serba hitam sedang berkelakuan aneh daripada kebiasaan.
Nafasnya kencang, dadanya turun dan naik dengan laju. Berentak berat seolah olah sedang terseksa. Badannya habis dibasahi peluh. Mukanya diraup beberapa kali menandakan dia sangat resah akan sesuatu. Anak matanya bertukar menjadi berwarna merah marak.
Dadanya digenggam kuat oleh sebelah tangannya, menandakan dia sedang dalam kesakitan. Dia menahan diri daripada jatuh dengan memegang hujung bucu meja sambil sebelah tangannya memegang dada.
Giginya bertukar menjadi taring dan kukunya berubah seperti cakar.
Menakutkan!
Seolah olah dia akan berubah menjadi raksasa. Membuatkan aku mengigil ketakutan.
Aku mengumpul keberanianku semula untuk mendekatinya. Langkahku cuba diatur menuju ke arahnya. Baru berura mahu mendekatinya, suara garaunya terlebih dahulu memberhentikan aku.
" Jangan cuba dekati aku. Rin! " memberikan amaran keras terhadap aku yang ingin mendekatinya.
"Tapi---"
"AKU CAKAP PERGI! PERGI! TINGGALKAN BILIK INI CEPAT!"
Suara garaunya dengan penuh perasaan marah, menghalau aku untuk terus berada dari situ.
Namun hatiku berdegil untuk meninggalkan tempat itu. Tak mungkin aku begitu jahat sampai tinggalkan tuan aku menderita kesakitan di situ. Langkahku diatur mendekatinya.
"Kenapa kau masih di sini? Pergi dari sini! Pergi!"
Aku menggeleng geleng kepala, tanda memprotes keputusannya. Bahu aku pegang, namun tangannya menepis laju tanganku.
"Pergi dari sini! Pergi! Sebelum aku hilang kawalan! Pergi!"
Tubuhnya berpaling ke arah aku. Tangannya menolak jauh tubuhku daripada terus mendekatinya menyebabkan aku terundur sedikit jauh daripadanya.
Kenapa?
Aku tahu dia dalam kesakitan, dia perlukan darah aku. Tapi kenapa dia masih lagi mahu menahan diri walaupun hakikatnya dia tahu nyawanya sedang dalam keadaan bahaya.
Vampire akan mati jika tidak meminum darah manusia terutamanya bila blood moon muncul, ia hanya akan melemahkan tenaga mereka dan akhirnya membunuh mereka.
Dan aku tidak sanggup lihat Jungkook mati begitu saja walaupun dia selalu dingin dengan aku tapi dia banyak kali melindungi dan menjaga aku selama ini.
Hanya satu saja jalan untuk mengurang kesakitan dia iaitu darah aku.
****************
To Be Continued
Sapa nak saya update lagi? Bab seterusnya ada sikit unsur 16+ .