Blood Sweat And Tears
《 why you do this to me? 》
****
Jungkook memerhatikan susuk tubuh yang tengah tidur nyenyak di atas katil tersebut. Dia mengeluh seketika.
"Kenapalah muka awak mirip sangat dengan Jieun ?" . Bisik hatinya. Wajah Haerin mirip sekali dengan wajah bekas kekasihnya yang telah lama tiada.
***
Haerin menggeliat kecil bila sinaran matahari memancar mukanya itu. Perlahan perlahan dia membuka matanya. Dia melihat sekelilingnya, masih lagi di tempat yang sama
"Shit! Takkan lah ini bukan mimpi!". Bisik hatinya.
"Dah bangun Princess?"
Haerin terkejut bila melihat Jungkook berdiri di tepinya. Sinaran matahari yang memancar dari arah belakang dia, membuat dia seolah olah bercahaya.
Rambutnya hitamnya, anak matanya, wajahnya, tubuhnya, bibirnya. Cukup sempurna dan menawan.
Haerin tak dapat mengawal dirimya daripada terus merenung setiap inci tubuh Jungkook. Memanglah, sapa yang tak nak cuci mata bila lelaki kacak di depan mata.
"Dah puas tengok?"
Haerin terus menundukkan kepalanya kerana malu, suara dingin dan serak Jungkook buat dia rasa tak tenang. Kenapa Jungkook tetiba layan dia dingin sangat? Sedangkan tadi bukan main lagi dia usik Haerin. Takkan lah dia ada dua personaliti pula.
"Aku nak kau bersiap sekarang. Pakai gaun ni lepas tu turun bawah. Aku tunggu kau kat sana. " Gaun hitam yang dipegang oleh Jungkook dicampak ke atas katil. Belum sempat, Haerin mengatakan sesuatu, Jungkook telah menghilangkan diri dia terlebih dahulu.
Haerin menggaru garu kepalanya. Gaun hitam tadi, dibelek beleknya. Cantik. Elegan. Warna dia menarik, buatannya juga halus dan lembut. Rekaannya juga menarik.
"Pasti gaun ni sangat mahal." Bisik Haerin seorang diri.
"Baik saya pergi bersiap sekarang. Nanti Jungkook marahlah pula." Bisik Haerin. Dia mengambil tuala dan terus menuju ke bilik mandi.
Selesai saja dia mandi, dia erus mengenakan gaun hitam tersebut. Gaun hitam tersebut muat kat badan dia. Haerin segera mempersiapkan dirinya memandangkan bilik tu memang dah ada barangan solek.
Minyak wangi Enchanteur disembur di sana sini. Rambutnya disikat kemas sambil meletakkan sedikit minyak rambut supaya rambutnya nampak kemas. Buat kali terakhir, dia memeriksa dirinya melalui imejnya yang dipantul oleh cermin.
Setelah cukup berpuas hati dengan penampilannya, Haerin menarik dan menghembuskan nafasnya buat seketika untuk menenangkan dirinya. Perasaan gemuruh menguasai dia. Banyak persoalan bermain di mindanya. Tapi semua soalan tu akan terjawab nanti.
***
Haerin POV
Aku menarik nafas sedalam dalam yg mungkin sebelum aku membuka pintu. Aku terpegun dgn keindahan ruang tamu tersebut. Besar, elegant dan cantik gi tu. Fuh.. memang kaya si Jungkook ni
Saat aku keluar dari bilik tu, ramai mata yg memandang aku. Aku tahulah aku cantik tapi jangan pandang aku sampai macam tu. Malu aku. Haihh.... kenapalah aku jadi tumpuan tetamu kat majlis ni.
Aku menuruni tangga tersebut dan si hantu Jungkook tu dah tunggu aku kat hujung tangga tu. Bila dia melihat aku, dia memandang kearah aku. Matanya seolah olah memeriksa setiap inci tubuh aku. Entah kenapa aku rasa tak selsa dengan pandangan dia.
Gayanya pada malam tu, fuh... merecik habis. Hensem habis. Cuma satu je kurang, senyuman dia. Mukanya seolah olah tiada reaksi langsung. Jujur aku cakap, sebenarmya saya mengharapkan senyuman dia.
Sedang aku berjalan menuruni tangga tu, kaki aku tetiba tersepak kaki aku yg satu gi.
Banyak sial punya kaki, masa nilah kau nak buat masalah. Andwae!!! Aku tak boleh jatuh kat depan orang ramai. Malulah aku nanti. Tamatlah riwayat aku.
Tapi... apasal lama sangat aku nak jatuh ni? Apasal apasal tak jatuh jatuh ni?
Sebelum sempat aku jatuh tersebam ke lantai, rupanya ada tangan yg memeluk pinggang ku. Ada orang sambut aku rupanya? Mataku tercari cari sapakah orang yg menyambut aku tu dan aku terpandang muka JEON JUNGKOOK!!!
Mata kami berdua bertemu. Pipiku panas membahang. Jantungku berdegup laju saat kami bertentang mata. Jarak aku dgnnya pun terlalu dekat.
"Kyaa... cepat berdirilah. Tangan aku dah penat ni sbb sambut awak. Kau ni berat sangatlah. Hampir patah tanganku sambut kau. "
Ouch. Kata kata dia tu dingin tapi berbaur sindiran. Tahulah aku berat tapi jangan cakap terang terang. Tak guna betul. Baru nak jatuh cinta kat dia tapi tak payahlah. Baik aku simpan cinta aku untuk orang lain.
"Ikut aku sekarang!" . Kata Jungkook sambil menarik tanganku lalu membawa aku ke suatu tempat sebelum aku sempat mengutarakan sebarang soalan padanya.
Kami menuju ke arah tingkat paling atas. Sampai saja di tengah tengah balkoni, Jungkook melepaskan tanganku dan menepuk tangan beberapa kali.
"Everyone! I have important announcement for you all." Para hadirin terus berhenti daripada membuat aktiviti aktiviti mereka tadi bila Jungkook bersuara dan sekarang tumpuan mereka adalah pada kami.
"Mari saya perkenalkan hamba baru saya, Shin Haerin." Bagaikan satu tamparan besar buatku, kata kata tu tadi melukai hatiku dan buat aku terkejut. Terkejut sebab aku tak menyangka yang aku telah dijadikan hamba pada seorang vampire. Sedih sebab nasib aku bakal berubah.
Bukan aku saja yang bingung dengan kata kata Jungkook tadi, tetamu yang hadirin turut menunjukkan reaksi yang sama dan saling berbisik antara satu sama lain. Saya yakin yang mereka pasti akan layan saya macam hamba juga
Tanpa persetujuan aku, boleh pula dia jadikan aku hamba! Ah! Tak guna!
Saya sedar nasib saya akan berubah tak lama lagi. Saya tahu yang saya akan dilayan macam hamba nanti. Saya tahu macam mana vampire layan hamba mereka sebab dari kecil, aku telah diajar banyak tentang vampire dan kehidupan mereka.
Shin Haerin nampaknya awak memang ditakdirkan untuk jadi hamba kepada seorang vampire.
****
To Be Continued
YOU ARE READING
Blood : 피 땀 눈물 ( J.J.K ) ✅
Fantasy[ Vampire's AU ] "Darah awak buat saya inginkan awak." - Jungkook Dia Jeon Jungkook, raja vampire yang dahagakan darah telah jatuh cinta pada hambanya sendiri namun kerana perbezaan antara mereka menjadi penghalang cinta di antara mereka P/S : Fanfi...
