내 피 땀 눈물 : TWENTY ONE

303 19 7
                                        


《MY BLOOD SWEAT & TEAR, TAKE IT ALL》

******

Ya darah aku.

" Kau hamba dia, Haerin. Hamba Jungkook. Sebagai seorang hamba, kau perlu lakukan tugasmu sebagai seorang hamba. Dan tugas itu adalah berikan darah pada tuanmu."

Tanpa berfikir panjang, aku mengetap bibirku dengan kuat sehingga darah mengalir di bibir aku.

" Apa yang kamu cuba buat Hae Rin?", tubuhnya berpaling ke arah aku. Matanya merenung tajam ke arah wajahku. Riak wajah bertukar menjadi seperti seekor pemangsa yang dalam kelaparan menjumpai mangsanya.

" A... aku... cuba nak tolong kamu," balasku ketakutan.

" Pergi dari sini Haerin! Saya tak perlukan pertolongan awak," katanya dengan nada sangat lemah seolah olah dia diseksa sehingga mati.

Kerana tidak sanggup lagi melihat dia dalam kesakitan, aku mengambil tanggannya dan menarik tubuhnya ke dalam pelukanku.

Tanganku memeluk lehernya. Manakala, wajahku mendekati wajahnya sehingga bibirku bertemu dengan bibirnya.

Ciuman yang lembut tadi bertukar menjadi agresif. Bibirku digigit kasar dan lidahnya tidak berhenti daripada menjilat darah yang mengalir dari bibirku.

Tubuhku ditolak kasar ke atas katil. Tubuhnya menindih tubuhku sebelum kembali mencium aku. Tanpaku sedari, lidahnya terlebih dulu memasuki ruang mulutku, menyebabkan aku mendesah secara tidak sengaja.

Ciumannya hangatnya diputuskan dan kembali menyambungnya di leherku. Leherku dicium lembut. Ciumannya tadi buat aku rasa seolah olah berasa khayal.

Namun keadaan itu berakhir di situ saja, sebelum aku sedar sepenuhnya yang nyawa aku dalam bahaya.

Nikmatnya tadi bertukar menjadi kesakitan. Belum sempat aku menghalang, taringnya sudah dulu menembusi kulit leherku. Mataku ditutup rapat, hanya mampu berharap kesakitan itu berakhir dengan cepat.

Tanpaku sedari, air mataku mengalir kerana kesakitan yang menusuk ke seluruh badanku. Peluh membasahi seluruh tubuhku.

Jungkook terus menerus menyedut darahku yang tidak henti mengalir seolah olah dia betul betul dalam kelaparan. Aku cuba menghentikannya dengan menolak tubuh namun gagal kerana aku sudah kekurangan tenaga.

Pandangan aku menjadi kabur dan suara Jungkook kedengaran cemas, memanggil namaku berkali kali sebelum duniaku menjadi gelap gelita.

********
Nak update lagi?

Sorry kalau hambar. Hope you enjoy.






Blood : 피 땀 눈물 ( J.J.K ) ✅Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt