Sorry for long waiting. Nah. Ni chapter yang tunggu tunggu.
****************************************
Jungkook POV
Aku menyelimutkan Haerin yang sedang tidur lama sambil aku menepuk nepuk bahunya supaya dapat tidur. Dia asyik mengigau dan merengek bila sedang tidur. Mungkin kerana dia masih lagi trauma dengan kejadian tu sampaikan dia terbawa dalam mimpi.
Pegangan dia semakin kuat di baju tidurku seolah olah dia tidak mahu aku pergi dari situ. Sejujurnya aku tak pernah tidur dengan mana mana wanita sebelum dia, jadi agak rasa kekok bila ada wanita tidur di atas katilku bersama.
Entah kenapa, hatiku tergerak untuk memeluk tubuhnya yang kecil itu. Tanganku memeluk erat tubuhnya. Daguku disandarkan di atas kepalanya sambil tanganku sebelah lagi mengusap lembut rambutnya. Bila aku berbuat begitu, tangisan dia terhenti dan tidak lagi mengigau
Hmm... mungkin itu jalan penyelesaian terbaik. Lagipun kehangatan tubuh dia boleh hangatkan tubuhku yang sejuk ini. Kami berdua masih lagi kekal dalam posisi yang sama sampailah ke pagi.
Sejujurnya aku masih ingin bersamanya, memeluknya, mengusap lembut rambutnya dan mencium dahinya. Namun kerana ada tugasan pada pagi itu, aku terpaksa bangun dan tinggalkannya seorang diri tidur di atas katil.
**************************************
Sebaik saja Jungkook bersiap, dia turun ke ruang legar istana tersebut. Dalam perjalanan ke dapur, dia terlihat satu susuk yang dia tak suka. Dia mengetap bibirnya dengan marah.
Dengan menggunakan kuasanya, Jungkook menerkam susuk tersebut. Tubuhnya melekap di dinding, dengan wajah yang dipaksa toleh ke kiri.
"Apa ni Kook?! Lepaskan hyung lah!"
Jungkook menggeleng, tangannya masih lagi menahan tubuh Taehyung ke dinding. Taehyung mengerang, tidak puas hati.
"I have warns you many time. Ash Kim Taehyung!"
Suara Jungkook menjadi lebih dingin daripada yang biasa. Seolah olah terganggu. Melihat reaksi daripada adiknya sendiri, Taehyung tersengih. Dia faham apa yang Jungkook cuba sampaikan.
" Jadi, awak marah sebab hyung dah sentuh slave. Betulkan?". Soal Taehyung dengan nada sinis.
" Huh! Tahu pun! Jadi kenapa hyung nak srntuh dia! Sedangkan hyung tahu Haerin tu slave aku." Soal Jungkook dengan nada tegas. Iris matanya bertukar menjadi warna merah marak, menandakan Jungkook akan menjadi lebih agresif.
" Benda boleh share. Takkan tak boleh pula." Balas Taehyung, sengaja mahu mencabar kesabaran Jungkook.
" KIM! TAE! HYUNG! JEON! JUNG! KOOK! TOLONG BERHENTI SEKARANG SEBELUM HYUNG KERAT KORANG BERDUA!"
Putera sulung keluarga Bloodrose, Kieran Kim Seok Jin meninggikan suaranya, memberi isyarat untuk menghentikan pergaduhan mereka berdua.
"Lepaskan Taehyung, Jungkook." Arah Putera Keempat, Ethan Kim Namjoon yang berjalan di belakang Seokjin.
Jungkook mendengus perlahan lalu melepaskan Taehyung namun matanya masih lagi merenung tajam wajah Taehyung. Iris matanya masih lagi berwarna merah marak.
" Lagi sekali kau sentuh slave aku! Aku takkan maafkan awak!". Marah Jungkook sebelum beredar dari situ dengan perasaan marah, meninggalkan Seokjin dan Namjoon dalam keadaan keliru.
" Tae. Kenapa Jungkook marah sangat dengan kau?." Soal Namjoon.
"Entah... datang bulan kali." Balas Taehyung yang enggan memberitahu perkara sebenar sebelum dia beredar dari situ. Jawapan dari Taehyung menyebabkan Namjoon mengerutkan dahinya. Pelik dua orang ni.
*****************************************
To Be Continued
Sabar wahai reader reader ku. Nanti author update lagi.
Red Moon tiba tak lama lagi, dapatkah Jungkook menahan dirinya dari Haerin.
Stay tuned
YOU ARE READING
Blood : 피 땀 눈물 ( J.J.K ) ✅
Fantasy[ Vampire's AU ] "Darah awak buat saya inginkan awak." - Jungkook Dia Jeon Jungkook, raja vampire yang dahagakan darah telah jatuh cinta pada hambanya sendiri namun kerana perbezaan antara mereka menjadi penghalang cinta di antara mereka P/S : Fanfi...
