Finale

381 53 474
                                    

“Kita dah sah cerai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Kita dah sah cerai. Aku dah tanda kontrak tu…”

“Aku tunggu kau. Sampai Min Joon bangun. Aku janji…”
--------------------

Setahun telah berlalu. Tidak Min Young menyangka masa berlalu dengan pantas sejak dia sudah bergelar sebagai janda. Senyuman manisnya menghiasi wajah tatkala melihat bingkai gambar dibilik pemakaman.

Sejambang bunga dihadiahkan buat si mati. Keluhan kecil memenuhi keheningan bilik.

“Dah setahun. Tak sangka kan?” Ujar Min Young pada si mati. Tawa sayu dilepaskannya.

“Maaflah Rayyan. Nampaknya hasrat kau tak menjadi. Aku still dapat hidup.” Setiap tahun, inilah rutin Min Young. Walaupun Rayyan cuba membunuhnya, si gadis tidak menyimpan dendam. Well, jika Rayyan tidak membohonginya tentang status dirinya, mungkin dia dan Min Young masih boleh bersama.

“Aku hargai kau suka aku sampai sanggup━━” Belum sempat Min Young mahu feeling luah perasaan dengan debu mayat Rayyan, datang pulak yang mengacau.

“Uit bakal bini disana. Rancak sembang dengan ex~” Si gadis mengulingkan bebola matanya. “Awak tunggu kat luar lah. Jangan kacau.” Namjoon pula hanya tersenyum riang lalu menghampiri bakal isterinya.

“Eh eh. Mana boleh tinggal awak sorang-sorang dengan ex. Nanti dia bangun, bawak awak lari? Siapa yang susah?”

Min Young mengeluh kecil. “Yelah~ Awak janganlah risau. Macam tak kenal je saya ni cam mana. Hmm.”

“Hahaha~ Mestilah tau.” Bahu si gadis lantas diusap lembut. Min Young pula pantas menepis.

“Awak jangan macam-macam. Rayyan ni dahlah mati broken terjun bangunan hospital. Nanti tak pasal-pasal dia ikut awak balik. Hormat sikit arwah single ni.” Alasannya buat Namjoon meluat aje.

“Esok dah nak jadi bini pun, nak jual-jual mahal lagi. Cis.” Min Young tak tau nak cakap apa. Makin lama dia kenal Namjoon, baru dia tahu yang bakal suami dia ni manja orangnya.

Berkarisma dipentas tetapi manja bersama Young. Makin melebar senyuman si gadis.

“Okay. Okay. Habis kita doa, kita balik.” Pujuk si gadis. Namjoon menatap lembut wajah si gadis. Seukir senyuman dihibahkan tatkala mengganguk.

--------------

“Oi! Mama! Bakal pengantin dah balik tu. Syok nau dating kat makam ex.” Keluar-keluar aje dari kereta, laju si Seo Jung menyapa dua ketul bakal pengantin tersebut. Seo Jung yang baring diriba si ibu yang duduk di pangkin rumah lantas bangun.

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now