Chapter 57

746 103 209
                                    

Ouh shit!Maybe I miss you?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ouh shit!
Maybe I miss you?

-------------------

Pintu yang diketuk lantas dibuka, senyuman manis Namjoon hadiahkan buat tetamunya.

"Akhirnya! Korang sampai!" Tiga insan yang kacak lagikan rupawan turut membalas senyuman sang leader.

"Mestilah kitaorang sampai! Nah, hadiah untuk MinMin." Jimin menghulur sebuah kotak besar kepada Namjoon. 

Sang leader hanya berdegus kasar. "Kan aku dah kata aku takkan terima hadiah untuk MinMin!" Ujar Namjoon lalu menolak pemberian Jimin.

Jimin hanya mengulingkan bebola matanya. 

"Alahh, hyung ni! Biar kami yang spoil habis-habisan anak hyung tu! Hyung pulak, spoil lah bini tu!" Jelas Taehyung. Dia turut membawa hadiah buat MinMin sama seperti Jungkook. 

Ketiga-tiga insan itu sudah lama mahu memberi hadiah buat MinMin, malangnya, Namjoon tidak mahu menerimanya.

Namjoon tekad mahu menyediakan segala keperluan MinMin dengan wangnya.

Dia yang akan spoil anaknya.

"Dah alang-alang korang sebut tentang Min Young, korang tengok tu." Namjoon mengubah tajuk perbualan seraya menunding jari ke arah si gadis yang asyik menonton televisyen.

Mereka memandang sambil mengerutkan wajah. Tiada apa-apa yang boleh dikatakan. "Apahal? Elok-elok je bini hyung." Tegur Jungkook.

"Elok? Dah seminggu dia palau hyung." Mereka bertiga terdiam seketika. Dalam beberapa saat selepas itu, gelak tawa memenuhi ruang tamu apartment.

"Padanlah muka kau." Balas Taehyung tatkala memukul belakang si leader.

Jungkook mendekati si gadis yang leka mengunyah gula-gula berperisa buah-buahan.

Tangan dilambai-lambaikan dihadapan wajah si gadis, tiada sebarang reaksi diberikan. "Wow! Dia tak nampak kita ke?" Soal Jungkook.

Namjoon menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. "Mungkin dia ada dunia sendiri kot." Jimin pula memberi spekulasi.

"Uwu, Min Young mungkin nampak arnab kat bulan kot!" Tambah si Taehyung pula dengan senyuman petaknya.

Jimin sudah duduk bersebelahan si gadis. Matanya asyik merenung Min Young dari sisinya.

"Kenapa dia palau hyung?" Jimin memalingkan wajahnya bagi menatap wajah si leader.

Sekali lagi Namjoon menjongketkan bahunya. "Kalau aku tahu aku tak panggil korang datang sini."

"Dah seminggu juga dia tak mencarut." Tambah Namjoon.

"APA??!" Mereka bertiga terkejut mendengar kata-kata sang leader. Mereka memang arif tentang mulut lancang isteri sang leader yang mampu bertanding dengan Yoongi.

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now