Chapter 62

830 118 213
                                    

That's my girl

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

That's my girl

-------------------------

"Aduh, kesiannya anak mama ni. Sakit lagi ke?" Soal prihatin sang ibu kepada menantunya yang terbaring di sofa.

Persoalan si ibu hanya dibalas dengan anggukkan kecil seraya anak mata Namjoon menikam figura isterinya.

Min Young membalas tikaman mata Namjoon dengan senyuman sinisnya sambil berpeluk tubuh.

Terserlah keangkuhan si gadis yang bangga dengan hasil lebam di kepala suaminya.

Namjoon yang merenung tajam akan bahasa tubuh isterinya, dia faham yang amat.

"Macam mana boleh lebam macam ni eh?" Si ibu bertanya sambil mengusap kepala menantu pertama dan terakhirnya. Anak mata Namjoon langsung menilik lembut wajah ibu mertuanya.

Hampir sahaja tona wajah Namjoon berubah akibat kecantikkan serta keayuan si ibu mertua. Sumpah, tampak awek muda walhal sudah berusia.

"Anak mama okay ke ni? Apahal tak jawab?" Namjoon kembali ke realiti sebelum mengangguk.

"Joon, okay." Balasnya dengan senyuman.

Si ibu membalas akan senyumannya dan keluhan gembira. "Baguslah tapi macam mana boleh jadi camni?" Namjoon tidak berkata apa-apa, hanya anak matanya berbalik kearah si isteri.

"Mama tanyalah anak perempuan mama tu!?" Herdik Namjoon seraya si ibu menoleh bagi bersua muka dengan anak gadisnya. 

"Min Young?" Nada dingin bercampur marah ditujukan kepada si gadis tetapi tidak sedikitpun mengentarkan Min Young, malah dia dengan bersahaja menghenjutkan bahunya tanda tidak tahu.

Si ibu tidak mempercayai akan sang anak langsung dia menjongketkan keningnya.

"Cakap cepat." Perintah sang ibu.

Min Young sempat memutarkan bebola matanya dan melangkah mendekati dua insan itu.

"Untuk pengetahuan mama, tadi ada 'ulat bulu' kat atas sofa ni. Namjoon terkejut lepas di terhantuk kat atas dulang ni! Itu pasal lembam tu!"

Pernyataan penipuan Min Young disertakan senyuman sinis buat Namjoon yang merenung marah akan wajah ayu si isteri.

❝ Minah senget tak guna!!!!!!!!❞  Amuk hati Namjoon yang disampaikan dengan bahasa matanya.

Min Young yang turut memahami maksud pandangan Namjoon langsung menjelirkan lidahnya tanda mengejek.

❝Padan muka!!! ❞ Pasangan kucing dan anjing ini saling bertelepati dalam perbualan menggunakan bahasa mata.

Si ibu yang berada diantara dua insan ini hanya bertukar-tukar pandangan. Kejap tengok muka anaknya, kejap menantunya.

"Korang dua ni apahal?" Langsung si ibu mencelah perdebatan mata Namjoon dan Min Young.

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now