Chapter 15

890 133 77
                                    

Who started the fireWe don't care who sparked the flameCan't take this roof any higherSo we just light it up and burn itJust to watch it blaze

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Who started the fire
We don't care who sparked the flame
Can't take this roof any higher
So we just light it up and burn it
Just to watch it blaze

ʙᴜʀɴ ɪᴛ ᴅᴏᴡɴ - ᴛɪᴍᴇꜰʟɪᴇꜱ

-----------

Min Young menghentak-hentak kakinya di tangga. Anginnya naik satu badan. Dia marah akan Namjoon yang mempertikaikan tentang dirinya itu tak mampu menjaga bayinya.

Min Young adalah seorang bakal ibu! Dia tahu nak buat apa yang terbaik buat janih dalam kandungannya.

Jadi apa hak Namjoon untuk sibuk tanggung bayi dalam perutnya itu? Bapa? Ceh! Simpan sahaja gelaran bapa itu untuk gadis pilihannya.

Min Young tiba ke tingkat biliknya. Belum sempat dia mengambil kunci dari begnya. Matanya memerhati satu stick note yang terlekat pada pintu biliknya.

Pay the rent before 12:00 A.M tomorrow or I'll kick your ass out of the room!

"Apakah??!" Min Young tak faham sepatah pun.

Min Young mengetap bibir. Adakah ini ugutan buatnya??! Tapi ugutan apa??! Min Young duduk bersandar pada pintunya. Dia mahu fahami dahulu maksud stick note oren itu. "A-a-ass?? APA BENDA TU??!!" Min Young ngok disitu.😂

"Yo!!! What the fuc-!!!?" Tiba-tiba gadis disebelah biliknya membuka pintu dengan muka paling baran sekali. Jamin kerana jeritan Min Young tadi membuatkan si gadis bertatu dilengan itu bangun.

Lantas gadis itu memandang Min Young yang sedap duduk bersandar.

"H-H-H-Hello! Ouhh..." Kaku lidah Min Young mahu berkata. Segala perkataan bahasa Inggeris di dalam kepalanya bermain-main tapi satu pun tak boleh pakai.

"Kau bukan orang sini eh? Korean?" Membulat mata Min Young bila gadis bertatu itu berkata. Gadis itu fasih bertutur bahasa ibundanya!! Tersenyum lebar Min Young dibuatnya.

"Iya! Iya! Saya rakyat Korea!!" Min Young pantas menyambar tangan si gadis bertatu itu. "Aww, mari lah masuk." Kata gadis itu.

"Ouhh! Terima kasih!" Min Young masuk ke dalam bilik gadis itu dan dia kelu. Mengapa bilik gadis bertatu ini dua kali ganda besar dari biliknya?? "Wahh! Lawanya bilik awak." Manis sekali Min Young tersenyum.

Gadis tersebut hanya mengelarkan dirinya 'Vessa' itu tertawa kecil. "Lawa ye? Alah biasa-biasa je ni." Berendah diri sungguh Vessa ini. "Cantik! Saya suka." Min Young pula tak habis-habis memuji. Vessa menghulurkan segelas air buat Min Young. Maklumlah dia seorang tetamu.

"Kenapa kamu menjerit tadi??" Vessa duduk bersebelahan Min Young di sofa miliknya. Min Young pantas memberikan gadis itu stick note ditangannya. "Saya tak faham. Ni maksudnya apa?" Soal Min Young sambil menegup air yang dihidang.

Vessa memerhati apa yang ditulis di stick note itu. "Eh, awak ni kena bayar sewa esok kalau tak awak kena keluar." Membiru wajah Min Young. Jika dia dihalau dimanakah dia mahu tinggal?! "Errhh...."

"Awak takde kerja ke?" Vessa menyoal secara prihatin. Min Young mengeleng perlahan. Dia tak tahu mahu bekerja dimana. Vessa tersenyum. "Awak memang bertuah! Tempat kerja saya ada kekosongan! Awak boleh join!"

Min Young amat terkejut. "Gaji dibayar hari, 1000 dollar sehari." Macam tak percaya. Mahalnya bayarannya. Kalau begitu gajinya, cukup seminggu Min Young boleh pulang ke Korea semula. Yeah!

"Malam esok saya ajak awak ke tempat kerja saya, ok?!" Kata Vessa lagi tapi bertambah dengan satu senyuman dibibirnya. Min Young hilang kata-kata akibat dia terlalu gembira. Tak sabar dia mahu pulang ke negara tercintanya.

"Ok! Ok! Awak balik lah dulu. Esok saya pasti awak boleh bayar segala hutang awak, esok hari juga!" Kata Vessa lagi. "Ok! Saya balik dulu! Nak rehat secukup-cukupnya!" Min Young melambai-lambai lalu dengan gembiranya pulang ke biliknya.

Pintu bilik Vessa ditutup. Vessa mencapai phone pintarnya. Dia mendail.

Sambil menunggu panggilan disambungkan, satu sengihan sinis wujud dibibir gadis bertatu itu.

-------

Haha selepas tendang terajang segala scene, cerita ni nampak macam akan panjang...🌚🌝

Mmmmm enjoy lah😂

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now