Chapter 9

1K 136 111
                                    

We both know it's a cruel world,But I will take my chances,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

We both know it's a cruel world,
But I will take my chances,

As long as you love me

ᴀꜱ ʟᴏɴɢ ᴀꜱ ʏᴏᴜ ʟᴏᴠᴇ ᴍᴇ - ᴊᴜꜱᴛɪɴ ʙɪᴇʙᴇʀ

-----------

Wajah moyok Min Young jelas terpapar. Dia bersedih manakala yang lain berseronok sakan.

Min Young juga perlu menerima hakikat yang dia telah diberhentikan serta-merta diakibatkan memukul pelanggan terpenting.

Baru Min Young tahu, lelaki yang cuba membuat gangguan seksual terhadapnya rupanya anak kepada ahli kabinet besar negara.

Oleh itu, lelaki itu berjaya meloloskan dirinya dari tuduhan dengan mudah dan sebaliknya Min Young menerima akibatnya walaupun dia yang teraniaya. Nasib Min Young tak dikenakan sebarang saman.

Jika Min Young tahu yang jantan tersebut anak orang atasan, dia pasti akan tonyoh muka jantan tu dengan pisau.

Biar dirinya dihukum penjara sekalipun dari negara diperintah orang seperti itu, lebih baik dia berkorban demi kebaikan orang lain.

Jadi memang benarlah kata-kata Ariana Grande.

"Whoever said money can't solve your problems,
Must not have had enough money to solve 'em"

Sememangnya itu lumrah hidup. Siapa yang berduit atau berpangkat, dialah diatas. Dasar gerhana manusia.

Sayu sahaja langkah Min Young berjalan pulang ke hotel. Dia tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalahnya yang kecil iaitu sewa bilik hotelnya.

Min Young diberhentikan tanpa gaji. Tauke hotel sudah 'bising' ditelinganya dengan paksaan membayar sewa.

Tapi apa yang boleh dilakukan, dia kena berhadapan dengan masalah itu juga. Min Young kena berhadapan dengan tauke hotel itu walaupun Min Young tak tahu berkata dalam bahasa Inggeris.

Min Young mengetap bibir, dia telah mendapat amaran dari si tauke. Dia kena langsaikan sewa bilik yang sudah dua minggu tertonggak. Lemah lutut dibuatnya.

Min Young memandang sekilas jam dipergelanganya.
Sudah hampir tengah malam. Patutlah badan dia makin lesu. Dia rindukan bantalnya.

Min Young tersenyum kecil dan membuat langkahnya ke arah pintu. Belum sempat tangannya menyentuh dedaun pintu hotel, dia ditarik ke belakang.

Hampir luruh jantungnya. Dia berpaling dengan pantas. Kini, wajahnya bertukar kebiruan. Satu tubuh yang lengkap bertutup dengan mask dan kaca mata hitam dihadapannya.

"ARHHH!!!" Jeritan Min Young memenuhi ruang jalan yang gelap. Badannya diheret ke satu lorong gelap.

Min Young bukannya jenis gadis yang lemah, dia melawan si penculik dari menariknya...

Oleh kerana tubuh itu tidak mampu melawan Min Young, serta-merta Min Young ditolak masuk ke dalam kereta.

Min Young kaku apabila si penculik membuka penyamarannya sebaik sahaja Min Young selamat duduk di seat penumpang. Dia bergelut dengan si penculik sehinggakan penculik tersebut rimas dengan tindakan Min Young.

"Yep, ni aku!" Mudah katanya sambil menanggalkan kaca mata hitamnya.

"Apahal kau ada kat sini, Namjoon!!?" Min Young cuba menolak tubuh Namjoon dari menghalangnya keluar dari kereta tetapi Min Young ditolak masuk semula. Lantas, Namjoon membelit tubuh Min Young dengan seatbelt kereta.

Dari wajah lesu pada muka Min Young langsung berubah menjadi bengis sebengisnya.

"KAU APAHAL SYAITAN!!?" Min Young bergelut pula dengan seatbelt didadanya. Tetapi Namjoon mengengam erat tangan milik Min Young. Dengan mata milik Namjoon tepat memandang Min Young.

"Kau duduk diam-diam..."

Min Young kaku...

Min Young membiarkan sahaja kereta itu memecut tanpa dia ketahui kemana arah tujunya.

-----

"Hari ni kita settle kan juga problem kita ni."

------

Real life RM ada lesen ke?
Selama ni aku skodeng naik teksi je kawan tu... Anyway anggaplah dia ada eh😂

Love y'all

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now