"OKAY! OKAY! JUNG CERITA DARI KAU JUMPA DIA SAMPAI LAH MACAM MANA KAU KELUAR DARI TEAM SAMSENG TU AND HIDUP DENGAN MAMA PAPA ANGKAT KAU! DAN KISAH JANTAN TAK GUNA YANG KAU GADUH KAT DEPAN MCD TU! DAN! DAN! HUWAAAAA! TOLONG JANGAN BUNUH AKU! AKU STILL MUDA! HUWAAAA!"

Namjoon mengaku dalam satu nafas lepas Min Young hempuk meja. Ini kuasa semulajadi Min Young, sekelip mata boleh buat suami sendiri mengaku segalanya.

Min Young mengangguk kecil lalu memaling tubuh semula pada makanannya. Dia kembali makan lepas Namjoon rapping free tepi telinga dia tadi.

Namjoon yang dah terbaring tadi, serta-merta terkebil-kebil dibuatnya. Min Young tak marah? Nampaknya riwayat Namjoon masih panjang.

Walaupun dalam ketakutan sebegitu, Namjoon sempat berdecit. Sampai hati Seo Jung pecah tembelang. Kata taknak kasi tahu Young. Siap janji, 'biar pecah perut, jangan pecat mulut,' lagi masa jumpa beberapa bulan lalu.

Sang jejaka perlahan-lahan mengangkak mendekati si isteri yang enak menjamu selera. Sedetik dia mengamit kecantikkan isteri sendiri sebelum kembali duduk melulut.

"K-Kau tak marahkan aku?" Soalan diputarkan buat si gadis. Darah Namjoon seolah kembali mengalir bila Min Young mengeleng.

"WAH!? Betul ni? Walaupun sebulan aku tinggalkan kau kat apartment tu sorang-sorang??" Akibat teruja, Namjoon kembali haru biru bila Min Young menjeling tajam akan wajahnya. 

Waduh, dia salah ambik jalan. Memang tabiat terlajak cakap Namjoon ni, bakal membunuh dirinya sendiri.

"Hurmmm, patut ke aku marah tentang tu eh?" Soal si gadis dengan senyuman sinis talkala menoleh bagi bersua wajah dengan suaminya. 

"Erh... Erhhh. Hurmm, humph. Hiks..." Namjoon sudah nampak masa depannya sebaik melihat Min Young kasi reaksi macam nak telan dia.

Sebab itu jugak Namjoon sampai terkunci lidah. Dia main-main je dengan jarinya. Hatinya berdoa agar isteri singanya tak campak dia dari beranda hospital.

"Erh ━ Saranghae ~" Bila IQ Namjoon pergi bercuti, inilah yang jadi. Sebab dah tak tahu nak cakap apa, Namjoon buat big heart sambil meneleng kepala.

Erti kata lain, ambik hati bini dengan aegyonya yang tak pernah tidak berjaya buat Min Young sejuk hati.

Min Young lepas tengok drama tiga posen tu, dia langsung kembali menjamu selera. Waduh, memang Joon suka main tektik kotor, dia tahu Min Young lemah dengan aegyo dia. "Sudah. Kau baik makan." Arah si isteri lantas membuat Namjoon kembali duduk ditempat asalnya iaitu berhadapan si isteri.

Dan disaat itu, Min Young tersentap sedetik. "Hurm, kenapa kau tak tinggalkan aku lepas kau tahu semua tu?" Soalan Min Young terus mematikan mood Namjoon nak sambung makan masakkan ibunya.

"Kau dah tahu aku ni isteri yang serba bermasalah?! Kenapa kau tak tinggalkan aku?"

"Kenapa aku kena tinggalkan kau pulak? Benda dah lepas. Bukannya kau yang mintak nak hidup camtu. Tch. Dan siapalah aku nak hakimi salah kau? Cis! Tolonglah!"

Penjelasan Namjoon cukup buatkan Min Young tergamam. Sekilas senyuman kecil terbit. Min Young tahu dia dapat bidadara dari syurga untuk menjaganya.

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now