BAB31🍄

52.2K 2K 148
                                    

Zara Medina melangkah laju ke dalam kawasan hospital swasta itu. Air matanya yang mengalir laju tidak dihiraukan.

Dia tidak peduli dengan pandangan orang lain. Dia hanya pedulikan suaminya sahaja. Dia hanya pedulikan kesihatan dan keselamatan suaminya sahaja.

Rasa bersalah semakin menghimpit dadanya. Kalaulah dia tak buat tindakan yang bodoh dengan lari rumah meninggalkan Fahim Wajdi, semua itu tak akan jadi.

Fahim Wajdi tak akan bunuh diri. Sekarang, dia tak tahu nasib  apa yang akan menimpanya dan anak anaknya tanpa Fahim Wajdi di sisi selepas ini.

Mujurlah umi dan abinya ada menyuruh Fahim Wajdi ke kampung opah untuk menjemputnya kalau tidak, dia tidak tahu akan keadaan Fahim Wajdi. Telefonnya pula baru sahaja rosak minggu lalu. Memang tak berhubung dengan orang lain la nampaknya.

Kakinya tiba tiba berhenti apabila kelibat umi dan abinya serta anak kembarnya sedang duduk menunggu di kerusi di hadapan bilik kecemasan.

Zara Medina terdiam di situ. Dia takut nak jumpa umi dan abinya. Tapi dia nak jumpa Farish dan Fathia. Dia tak nak umi dan abi bencikan dia sebab perkara ini tapi dia rindukan anak anaknya itu.

" Zara.." tiba tiba sahaja badannya dipeluk dan tangisan dihamburkan di bahunya. Umi! Terus air mata yang sudah  kering itu merembes kembali. Sebak mula bertandang di hati.

Badan Hajah Fauziah dipeluk erat lalu dia menangis lagi.

"Umi, Zara minta maaf. Zara tahu Zara bodoh sebab tinggalkan Fahim. Zara tahu Zara salah sebab buat Fahim dengan anak anak macam ni sampai Fahim sanggup bunuh diri. Zara minta maaf sangat sangat umi. Kalau umi nak suruh Zara sujud dekat kaki umi pun Zara sanggup asalkan umi maafkan Zara" 

Tangan Hajah Fauziah dicium lama. Dia terasa sangat bersalah dengan semua ini.

" Zara, jangan macam ni. Zara tak salah pun. Umi dengan abi tak pernah salahkan Zara sebab umi tahu, Zara isteri yang baik untuk Fahim. Ibu yang baik untuk Farish dan Thia. Zara menantu yang baik untuk umi dan abi. Semua ni salah Fahim. Fahim yang tak pernah nak hargai Zara. Umi minta maaf ye sebab anak umi berperangai macam tu" ujar Hajah Fauziah sayu.

kepala Zara yang dilitupi tudung digosok lembut sebelum matanya terpandang bonjolan di sebalik baju kurung yang dipakai wanita itu. Satu senyuman kecil terbias di bibir tua Hajah Fauziah.

"Kesian cucu umi kan? Lepas ni umi harap Zara dengan Fahim bincang elok elok. Kalau betul Zara dah tak nak dekat Fahim, selesaikan dengan cara elok. Kalau boleh, umi tetap nak Zara jadi menantu umi tapi, umi tak nak seksa Zara dalam perkahwinan ni"

Zara Medina menggeleng laju.

"Tak. Zara tak akan tinggalkan Fahim lagi lepas ni. Zara sayang dia sangat sangat. Zara dah menyesal sebab buat dia macam ni"

Hajah Fauziah tersenyum lebar. Dalam hatinya mengucap syukur tak terkira.

"Fahim ada dekat mana sekarang ni? Masih dalam bilik rawatan lagi ke? " soal Zara tak sabar. Bimbang dengan keselamatan suaminya itu.

Umi mengangguk sebelum tangan Zara ditarik ke arah kerusi. Anak anaknya sudah tertidur kepenatan di atas kerusi.

"Duduk dulu, Zara. Doa banyak banyak"

Zara memandang muka Haji Razak sebelum mengangguk perlahan.

Ya tuhan, selamatkan Fahim Wajdi.

°°°°°°°°°

Zara Medina melangkah ke arah wad yang menempatkan suaminya. Anak anak, umi dan abinya sudah pulang ke rumah memandangkan masing masing sudah penat.

Zara Medina [COMPLETE]✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن