BAB18🍄

43.7K 2K 30
                                    

"Assalamualaikum! Assalamualaikum" Fahim Wajdi memberi salam kuat.

Makcik Milah, wanita tua keluar daripada rumah. Tersenyum senyum dia memandang wajah tampan Fahim Wajdi di depan rumahnya.

"Sabar, Fahim" lengan Fahim Wajdi digosok opah. Cuba menenangkan lelaki itu yang bagai mahu meletup sahaja kemarahannya.

"Tina, ada orang datang ni. Cepat la keluar" kuat suara Mak Cik Milah melaung nama Tina.

"Apa mak? Orang nak tidur ni. Mengantuk lagi" balas Tina dari dalam rumah.

Fahim Wajdi memandang jam di pergelangan tangannya. 12:05 tengahari! Amboi, anak dara bangun lewat. Patutlah tak kahwin sampai sekarang. Dia dah ada anak dua.

Zara tak pernah bangun lewat macam ni. Sebelum subuh, mesti wanita itu akan bangun, solat subuh dan memasak sarapan. Itulah tugasnya sehari hari di rumah.

"Fahim! You datang cari I ke? Kenapa ? Nak ajak keluar? Sorry la, I baru bangun semalam tidur lewat" rambutnya dimainkan dengan jari.

"Kau cakap apa dengan bini aku semalam?" soal Fahim Wajdi kasar.

"I cakap apa? I tak cakap apa apa pun dengan dia. Kenapa? Dia ada mengadu dekat you ke? Perempuan tu memang pandai reka cerita tau. You jangan percaya sangat dekat perempuan macam tu" terjuih juih mulutnya menjawab.

"Fahim. Jaga mulut kau sikit! Kau gila ke datang datang tengking anak aku? " tengking Mak Milah. Fahim tersengih sinis.

"Sepatutnya, Mak Milah ajar anak Mak Milah ni untuk jaga mulut sendiri. Saya ni bukannya bodoh sangat nak datang marah marah kalau orang tak buat hal dengan saya! " kuat suara Fahim.

Mukanya yang merah kerana kepanasan bertambah merah apabila matanya terbayang bayang air mata Zara Medina semalam.

"Apa yang I dah buat? You jangan nak tuduh I macam macam Fahim!" jari telunjuknya dihalakan betul betul di hadapan muka Fahim.

" Apa yang aku tuduh? Kau ingat aku tak tahu apa yang kau dah bagitahu Zara ? Aku dah agak, kau mesti ada agenda kau sendiri sebab tu la kau tergedik gedik datang rumah opah lepastu reka cerita yang tak betul " kata Fahim Wajdi.

Opahnya yang sedari tadi menggosok belakangnya tidak dihiraukan. Amarahnya masih bersisa.

"Masalahnya sekarang, kenapa kau tak terima dia? Dia dari sekolah menengah lagi suka dekat kau tapi kau kahwin dengan Adra. Sekarang, Adra dah mati kau kahwin pula dengan Zara. Anak aku ni? Sikit pun kau tak pandang " herdik Mak Cik Milah.

Fahim Wajdi tersenyum sinis.  Muka Mak cik Milah dipandang lama.

"Mak cik nak saya terima ke perempuan macam ni? Perangai buruk, akhlak ke laut. Kalau nak bandingkan dia dengan Zara,macam langit dengan bumi. Patutlah tak laku, tak ada orang nak. Perangai tak semenggah langsung.

Rambut karat Tina ditarik kasar.

"Sekali lagi kau datang rumah opah aku bagitahu hal bukan bukan dekat Zara, kau tahu la nasib kau"

Mendesis wanita itu menahan kesakitan. Mukanya berkerut seribu.

"Jom opah, kita balik. Tak payah layan anak beranak  badut ni"

Terus lengan opah ditarik masuk ke dalam BMW nya yang diparking di luar pagar.

Tina pula hanya diam. Rambutnya diusap lama. Sakit bercampur malu,bergabung dalam satu.

°°°°°°°°

"Fahim, saya minta maaf" Ujar Zara Medina. Fahim Wajdi yang ketika itu sedang merenung bintang di tepi bendang didekati.

" Nak buat apa minta maaf dengan aku? "
Soal Fahim Wajdi. Selamba.

Zara melabuhkan duduknya di atas bangku di sebelah Fahim. Tudung di atas kepalanya dibetulkan apabila ditiup angin. Bibirnya bawahnya digigit dan matanya memandang Fahim Wajdi

"Saya minta maaf sebab cakap bukan bukan malam tu. Saya tak sedar apa yang saya cakap. Saya tak patut cakap macam tu depan Farish dengan Fathia"

Sekarang, dia sudah tahu bahawa Tina hanya mereka reka cerita yang tidak benar supaya mereka bergaduh dan dia berjaya kerana mereka bergaduh besar pada malam itu.

Melihat reaksi selamba Fahim Wajdi, Zara mengeluh kecil. Punggungnya diangkat untuk masuk ke dalam rumah kerana Fahim Wajdi hanya menganggapnya seperti tidak wujud sahaja.

Lengannya yang ditarik menyebabkan pergerakannya terhenti.

"Duduk sini " bangku disebelahnya ditepuk beberapa kali.

Zara Medina hanya diam dan akur dengan arahan lelaki itu.

" Kau nak tahu tak, dulu Adra pernah kena lebih teruk dari kau"

Kening Zara Medina terangkat sedikit. Kena apa?

"Apa maksud awak? Saya tak faham"

Fahim Wajdi memandang muka Zara Medina sekilas sebelum kembali memandang dada langit.

"Masa aku mula mula kahwin dengan Adra, aku balik  stay sini seminggu. Kononnya nak honeymoon la. Suatu hari tu, bila aku masuk bilik aku tengok Adra dah meraung atas katil. Kau tahu apa yang Tina tu buat? Dia cerita dengan Adra yang aku pernah tidur dengan dia sampaikan dia mengadung. Dia bagi gambar yang dia edit untuk buatkan Adra percaya dengan dia"

Fahim Wajdi menghela nafas berat. Seperti terbayang di matanya saat dia difitnah dulu.

"Lepastu?" soal Zara Medina tidak sabar.

"Plan dia memang berjaya. Berjaya sangat sampaikan malam tu Adra mengamuk besar. Macam kau la. Yang paling aku sakit hati, mak dia heboh dekat satu kampung yang aku ni mengandungkan anak dia sampaikan orang kampung semua benci aku. Opah pun kena pulau masa tu"

Muka Zara Medina yang sudah meleleh dengan air mata dipandang. Bahu wanitan itu dipeluk lalu digosok lembut. Dia dah tahu, hati Zara lembut.

"Masa tu aku geram sangat. Aku marah Adra sebab percaya cakap Tina tapi aku tahu, yang benda tu bukan salah Adra. Aku pun akan buat benda sama kalau Adra kena fitnah macam tu. Jadi malam tu, aku buat keputusan untuk pergi jumpa dia dan aku ugut untuk bunuh dia dengan mak dia kalau dia tak bersihkan nama aku dan baikkan semula keadaan. Kau tahu apa yang jadi lepas tu?"

Zara menggeleng.

" Dia gugurkan kandungan tu dan dia terus terang dekat orang kampung yang dia buat fitnah tu semua. Jadi, aku ingatkan dia dah insaf sebab lepas kejadian tu dia dah tak cari aku tapi aku silap rupanya. Dia masih macam tu. Kau tahu tak? Dia pernah letak pil perangsang dalam air aku masa aku form5. Kebetulan hari tu aku bercuti kat rumah opah sebab cuti sekolah. Nasib baik aku nampak apa yang dia letak jadi aku tak minum air tu. Kalau tak, tak tahu nak cakap la "

"Kesian awak. Saya minta maaf tau, saya tak tahu. Perasaan saya bercampur aduk masa tu. Saya sayang anak anak tapi dalam masa yang sama saya sakit hati. Maafkan saya ye?"

Fahim Wajdi mengangguk. Senyuman kecil dihadiahkan untuk wanita itu.

" Dah lah, jom masuk. Dah hujan ni" jata Fahim Wajdi apabila hujan renyai renyai mula turun.

Zara hanya diam . Rupanya, rumahntangga Fahim Wajdi dan Adra lebih banyak diuji. Patutlah Fahim sayang Adra.

__________________________________________


Vote + comment okey?

Nak tanya,  ada sesiapa boleh tolong buatkan cover untuk next book Aisha tak? Nanti tolong pm Aisha tau. Thankyou🍭

Zara Medina [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now