BAB19🍄

44.5K 2K 26
                                    

Kereta BMW nya diberhentikan di hadapan AEON mall itu. Cermin mata hitamnya dibuang dan diletakkan semula di tempat asalnya.

" Jom turun, kita dah sampai"  ujar Fahim. Pintu kereta dibuka dan dia keluar dari kereta mewah itu.

" Ramainya orang harini" rungut Zara sendirian. Tangan anak ananknya dipegang erat.

"Sekarang kan cuti lagi, memang la ramai orang . Dah, jom masuk. Jaga Thia ni elok elok,pegang tangan dia kuat kuat. Aku takut hilang" pesan Fahim Wajdi.

Dia memegang tangan Farish kuat. Zara Medina mengangguk laju. Mereka masuk ke dalam mall besar itu beriringan.

Mata Zara Medina melilau memandang sekeliling. Jakun sebenarnya.

Butik muslimah yang nampak sangat elegen itu dituju. Zara Medina terkebil kebil memandang langkah Fahim Wajdi.

Kata nak cari barang anak anak tapi kenapa sampai sini pula?

"Zara, kau beli la baju kau. Aku tengok kau asyik pakai baju sama je. Ambik je, aku belanja" kata Fahim Wajdi.

Zara Medina menggeleng beberapa kali.

"Taknak la. Takpe, baju yang saya bawa dari kampung pun elok lagi. Tak payah membazir la" tolaknya lembut.

Sejujurnya, dia tak mahu menyusahkan Fahim Wajdi walaupun dia tahu, itu adalah tanggungjawab lelaki itu.

"Masuk, pilih, bayar. Jangan banyak bunyi boleh tak?" kata Fahim Wajdi

"Tapi.."

Belum sempat Zara Medina bercakap, tangannya diangkat tanda berhenti di hadapan muka wanita itu.

"Aku ulang sekali lagi. Masuk, pilih,bayar. Kalau kau tak ikut, aku tinggal kau kat sini. Nak?"  Dia sengaja mempamerkan muka garang namun dalam hati dia ketawa kecil melihat wajah takut wanita itu.

Zara Medina mengalah. Kakinya diangkat juga melangkah ke arah butik tersebut. Kalau tak, Fahim Wajdi marah pula. Fahim Wajdi tu garam,nak buat apa pun tak oleh!

Setelah menghabiskan masa selama 4 jam untuk membeli belah, mereka singgah di restoren nasi ayam berdekatan untuk mengisi perut. Lepas berjalan , perut lapar la.

" Lepas ni Farish dengan Thia ada nak pergi mana mana tak? Papa bawakkan sementara papa cuti ni. Nanti bila papa dah start kerja, tak ada masa pula" kata Fahim Wajdi .

Farish dan Thia ligat berfikir.

"Tak tahu la, mama nak pergi mana?" soal Fathia. Muka Zara Medina dipandang dengan senyuman comel.

" Haa, nak pergi mana? Aku bawakkan " soalan Fahim Wajdi beralih kepadanya pula.

" Saya nak balik boleh? Saya tak larat la harini" balas Zara Medina.

Fahim Wajdi memandang mukanya. Lama.

"Kenapa? Mama sakit ke? Kita pergi klinik la " kata Farish pula. Zara Medina menggeleng beberapa kali.

" Tak, mama cuma tak larat sikit je. Mungkin sebab berjalan jauh kut,ataupun mama penat. Tu je, tak payah pergi klinik pun tak apa " senyuman kecil dihadiahkan untuk kanak kanak lelaki itu.

" Okey la, lepas makan kita balik ye? Malam ni kau tak payah masak la, kita keluar makan "

Fathia dan Farish sudah menjerit suka.

" Tak apa. Saya okey je kalau nak masak. Tak payah la makan dekat luar, membazir la awak"

Fahim Wajdi memandang nya tajam membuatkan wanita itu menunduk.

Zara Medina [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now