BAB12🍄

42.2K 2.2K 220
                                    

Zara Medina tersenyum kecil memerhatikan geligat anak anaknya yang bermain lari lari di sekitar bendang.

Teringat ketika kecil, dia selalu bermain main di halaman rumahnya. Waktu itu, dia amat disanyangi oleh ibu dan abahnya.

Namun, sekarang semuanya hanya tinggal kenangan. Dalam hati,dia amat merindukan ayahnya namun , dia sabarkan hati. Ayahnya sendiri yang buang anak!

"Zara,sini turun" panggil Fahim Wajdi.

Zara Medina menggeleng laju. Takut! Kalau ada lintah tak ke naya?

"Sini la. Kau takut apa? " lengan Zara Medina ditarik kuat menyebabkan Zara Medina terdorong ke depan. Mata Zara Medina membulat apabila dirasakan pinggangnya dipaut.

"Kau ni careless la. Nasib baik aku pegang tau kalau tak, aku dah mandi lumpur kat sini"  bebel Fahim Wajdi namun tidak diendahkan oleh Zara Medina.

Dia asyik tersenyum sendiri. First time Fahim Wajdi peluk dia. Hikss.

"Senyum senyum ni kenapa? Sebab aku peluk kau ke?" mati terus senyuman Zara Medina apabila disergah oleh Fahim Wajdi.

Fahim Wajdi yang tersengih sengih itu dijeling .

" Mana ada. Saya tengok Farish dengan Fathia main dekat sana tu. Seronok. Untung diorang kan? Ada nenek, ada atok ,ada oyang,ada papa yang sayangkan dia. Bukan macam saya, semua orang tak suka saya. Ayah sendiri pun sanggup jual saya" sayu benar  suaranya.

Duduknya dan Fahim Wajdi dilabuhkan di tepi bendang itu.

" Kau sayang ayah kau?"  tiba tiba sahaja soalan itu keluar dari mulut Fahim Wajdi.

Zara Medina tersenyum kecil.

"Sayang. Saya sayang sangat dekat dia. Tapi dia yang tak sayang saya. Kalau boleh diputarkan balik masa, saya nak sangat jadi budak budak. Zaman saya masih ada ibu dengan ayah. Fahim,awak beruntung tau sebab masih ada umi dengan abi. Jadi,awak kena hargai diorang"

Fahim Wajdi memandang muka Zara Medina. Lama. Kagum sebenarnya dengan semangat yang ditunjukkan oleh wanita itu.

"Kau sayang anak anak aku?"

"Sayang. Diorang baik,pandai,dengar cakap. Walaupun saya ni bukan ibu kandung diorang, tapi saya tak nak diorang rasa apa yang saya rasa. Betapa susahnya hidup dalam kebencian orang. Terutamanya ibu bapa kita sendiri"

Jeda. Fahim bertambah kagum dengan Zara Medina.

"Fahim,opah memang tak suka saya ke? Kenapa dia tak suka saya? " soal Zara Medina.

"Dia bukan tak suka la. Dia memang macam tu. Dulu, Adra pun kena macam kau. Mama pun sama. Tapi sekarang,mama dengan opah tu dah jadi geng tau. Kau kena sabar sikit. Mungkin kali ke 19 kau sabar baru dia suka kau. Dia tu memang kasar sikit. . Takpe,anak anak,umi dengan abi semua sayang kau"

Zara Medina tergelak kecil. Kali ke 19 ye Fahim? 18 pun belum lagi. Masyaallah!

"Awak? Awak tak sayang saya?" soalan Zara Medina menbuatkan Fahim Wajdi terdiam. Soalan maut betul.

Belum sempat Fahim Wajdi membalas, Zara Medina terlebih dahulu menjerit nyaring.

" kau kenapa ni?" kalut Fahim Wajdi bertanya.

" Ni. Apa benda ni? Tolong buangkan,saya geli" tangannya laju menggoncang lengan Fahim Wajdi. Dah tak malu,takut punya pasal.

"Ni lintah je pun. Takpe, dia hisap darah je pun" selamba benar lelaki itu menjawab.

"Nanti darah saya habis macam mana? Mati la saya nanti" bercucuran air mata di pipi Zara Medina. Beberapa orang penduduk kampung di situ ketawa besar melihat gelagat Zara Medina.

" Takpe, kalau mati,aku tanam je. Tak susah pun" besar ketawa Fahim Wajdi namun tidak lama apabila tubuh Zara Medina dirasakan lemah dan longlai. Pengsan!

Terus tubuh kecil itu diangkat untuk dibawa pulang. Opah yang baru tiba juga kalut. Bersungguh anak anaknya menangis bila melihat Zara Medina terkulai pengsan

_________________

Kain dicelup ke dalam air lalu diperah dan diletakkan di atas dahi Zara Medina.

Akibat kejadian itu, Zara Medina terus demam. Terkejut barangkali.

Fahim Wajdi yang pada asalnya hanya ketawa geli hati bertukar risau pula dengan keadaan Zara Medina.

"Dia macam mana Fahim?" Soal opah yang baru tiba di muka pintu bilik.

"Macam ni la opah. Lepas makan ubat tadi, terus tidur." kata Fahim Wajdi. Rambut Zara. Medina diusap beberapa kali. Mika pucat wanita itu direnung lama.

Zara, untuk soalan kau tadi aku nak cakap yang aku pun sayangkan kau. Tapi ego!

"Lain kali,jangan bergurau benda macam tu. Dia ni lemah. Lembut. Kesian dia"

Fahim mengeluh.

"Mungkin dia pengsan sebab dia ingatkan lintah tu hisap darah dia sampai mati kot" terletus ketawa kecil dari mulutnya.

Opah hanya memandang dengan pandangan sinis.

"Kau boleh hidup ke kalau dia takde? Kau sayang dia kan? " soalan opah benar benar seperti perangkap. Tepat pada sasaran.

Fahim Wajdi diam. Sayang,tapi malu nak mengaku.

"Aku tahu Fahim,kau memang sayangkan dia. Buktinya sekarang ni la. Kalau kau tak sayangkan dia, kau tak akan susah hati bila dia pengsan petang tadi. Kau tak akan beria ria jaga dia kalau dia sakit"

Fahim Wajdi masih lagi diam. Muka opah dan Zara Medina dipandang silih berganti. Kata kata opahnya memang benar sekali.

"Aku nak nasihatkan kau, kau jaga la dia elok elok. Kalau kau sia siakan dia,kau memang tak akan pernah jumpa isteri sebaik dia lagi. Kalau kau sia siakan dia sebab perempuan lain, aku tak akan restu hubungan kau dengan perempuan tu. Kaki kau jangan pernah jejak rumah ni. Batang hidung kau,jangan muncul depan aku" pedas sekali nasihat opahnya sebelum keluar dari bilik itu.

Wajah Zara Medina Fahim Wajdi pandang lama. Bibir yang pucat itu dicium lama. Dia tersengih sendiri sebelum bibir itu dicium sekali lagi. Untung saja Zara Medina tak sedar kalau tidak,memang malu 7 keturunan la nampaknya.

Badannya direbahkan di sebelah wanita itu. Selimut ditarik hingga ke paras dada dan tangannya laju menarik wanita itu ke dalam pelukan. 

"Goodnight sayang"

__________________

Question: Siapa pelakon lelaki favourite korang? 

Zara Medina [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now