BAB7🍄

44.8K 2.1K 168
                                    


Zara Medina memulas tombol pintu bilik Fahim Wajdi.  Beberapa helai baju turut diangkut sekali. Kata umi, lepas kahwin tak baik berpisah tempat tidur jadi dia mengambil langkah berani mati untuk tidur di dalam bilik Fahim Wajdi pada malam ini.

"Ehem! Kau nak pergi mana?"

Zara Medina terkulat kulat di depan pintu. Soalan Fahim Wajdi dibiar sepi.

"I ask you, zara Medina. Kau nak pergi mana?" keras sekali suara lelaki itu.

" nak tidur la. Ibu suruh saya tidur dengan awak. Dia kata tak baik pisahkan tempat tidur suami dan isteri. Tertunduk tunduk kepalanya. Dalam hati usah cakap la, gentar yang amat.

"Ada aku suruh kau tidur sini? Ada aku cakap aku nak kongsi bilik dengan kau? Ada? " soal Fahim Wajdi yang kedengaran amat sinis.

Zara Medina menggeleng kepalanya beberapa kali.  Kepalanya masih tunduk memandang lantai

" habistu? Kalau dah tahu,kenapa kau sibuk juga nak tidur sini? Kau nak suruh aku buat kau mengandung? Macam tu? Kalau kau nak, aku on je" balas Fahim Wajdi nakal.

Terus berubah pucat muka Zara Medina.

" Tak nak! Saya cuma ikut cakap umi je. Kalau awak tak suka takpe, saya tak kisah pun" Kakinya mula melangkah ke arah tangga sebelum lengannya dipegang.

" Aku nak ingatkan kau, jangan sesekali masuk bilik aku. Aku tak izinkan kalau kau degil, siap kau aku kerjakan" kata kata berbaur ugutan dari lelaki itu membuatkan Zara Medina seram sejuk.

Memang,sepanjang dia duduk di rumah agam itu, sekalipun kakinya tak pernah jejak dalam bilik tidur lelaki itu kerana awal awal lagi dia sudah diberi amaran. Entah apa la  yang disorok dalam tu. Mungkin juga Fahim Wajdi bela gajah dalam sangkar. Who knows?

"Takpela awak, saya nak pergi tidur dulu" ujarnya perlahan lalu tangan lelaki itu diambil dan dicium.

Sementara Fahim Wajdi pula sudah terkaku. Sudah lama dia tidak rasa ciuman hangat belakang tangannya. Air mata lelakinya mula bergenang di pelupuk mata.

"Adra,I miss you" ujarnya tanpa sedar manakala Zara Medina pula tersetak. Adra?

°°°°°

Nasi lemak sambal sotong yang masih berasap dihidangkan di atas meja. Air susu dituangkan ke dalam gelas. Bibirnya mengukir senyuman nipis apabila kelibat anak anaknya turun daripada tangga.

"Morning sayang" ciuman dihadiahkan di dahi kedua dua anak kecil itu. Rasa sayangnya makin bercambah buat dua kanak kanak itu.

"Good morning mama" balas Farish dan Fathia serentak.

" Zara, tengah hari nanti aku balik makan tengahari tau. Jangan pula kau duduk goyang kaki je kat rumah ni tak buat apa apa "

"Okey" senyuman kecil menghiasi bibir mungilnya.

" Petang nanti aku balik lewat sikit. Ada hal " ujar lelaki itu selamba.

"Awak ada meeting ye? " 

Fahim Wajdi menggeleng.

"Kau tak payah tahu la. Aku ada hal sikit. Jangan lupa kunci pintu,aku ada kunci spare. Kids,  jom pergi dah lewat ni" terus kot dan briefcase yang ada di atas sofa diambil.

Zara Medina pula sudah terpinga pinga.

"Sabarlah kejap, anak anak tak siap makan lagi tu "

Fahim wajdi mendengus kasar. Tangan anak anaknya ditarik lembut.

" aku dah lewat la. Ada meeting pagi ni"

Zara Medina pula sudah mengeluh kecil.

"Laa,kenapa tak cakap dengan saya awak ada meeting? Kalau tak saya kejutkan awak awal awal"

Zara Medina [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now