BAB23🍄

47.4K 2.1K 286
                                    

Baju kurung moden bewarna merah hati disarung di badan. Tudung bawal pula di pakai menutup dada.

Zara memerhati penampilannya dari dalam cermin. Jelas sekali, wajahnya pucat dan tiada seri.

Sudah dia penat dengan morning sickness,ditambah lagi dengan perangai Fahim Wajdi membuatkan dia cukup serabut. Kepalanya sudah kerang pening dan sakit sejak kebelakangan ini. Mungkin kerana terlalu banyak berfikir.

Bunyi pintu bilik dibuka membuatkan dia berpaling untuk namun apabila kelibat Fahim Wajdi yang masuk ke dalam bilik itu, mukanya dipalingkan ke arah lain.

Tidak dinafikan, telinganya masih tergiang -ngiang kata kata amukan Fahim Wajdi pada malam itu yang sekaligus membawa kepada kehancuran hati seorang isteri yang sangat naif iaitu  Zara Medina.

Yang kau pakai baju ni kenapa? Umi suruh kau pakai jubah warna hitam kan? Degil sangat ni kenapa?"

Zara Medina masih membatukan diri di hadapan cermin.

"Saya dah cakap saya tak ada jubah warna hitam. Saya dah cakap dengan umi nak pakai baju ni. Dia tak kisah pun" balas Zara Medina.

Fahim Wajdi menjengilkan mata memandang wajah Zara Medina. Sejak bila wanita itu pandai melawan?

"Tu apa?" mulut Fahim Wajdi memuncung menunjuk ke arah sehelai jubah betatah batu yang sangat cantik yang sedang tergantung di pintu almari.

Zara memandang baju itu sekilas lalu duduknya dilabuhkan di atas katil.

"Saya tak nak"  matanya memandang anak mata Fahim Wajdi namun tidak lama. Perasaannya mula bercampur baur. Bukannya dia tak tahu baju itu adalah baju milik arwah Adra yang dibeli oleh Fahim ketika lelaki itu mengerjakan umrah.

Perasaan sebak kembali menjentik tangkai hatinya apabila melihat wajah Fahim Wajdi.

"Umi suruh pakai kan,pakai je la. Jangan keras kepala sangat boleh tak Zara?"

Zara mengeluh perlahan. Dia bangun dari duduk untuk keluar dari bilik namun lengannya dipegang kemas oleh lelaki itu.

" Semenjak mengandung ni  perangai kau makin mengada kan? Aku penat la macam ni" keluh Fahim Wajdi.

Zara Medina tersenyum kecil. Pegangan Fahim Wajdi di tangannya dirungkai lembut.

"Saya pun penat. Penat sangat. Lagi lagi dengan awak! " terus dia berjalan keluar dari pintu bilik.

Fahim Wajdi hanya diam. Dia memerhati langkah Zara Medina yang semakin menghilang dari pandangannya.

Keluhan berat dilepaskan lalu rambutnya diraup kasar. Zara dah berubah!

°°°°°°°°°°°°

Zara Medina memandang dada langit gelap. Tiba tiba sahaja air matanya bergenang apabila mindanya berputar menayangkan perkara tadi. Hatinya sakit tiba tiba. Fahim Wajdi, dalam semua perkara pun dia masih dahulukan Adra.

Sejak kenduri kesyukuran di rumah umi dan abi, hubungan dia dan Fahim Wajdi sedikit renggang. Dia sedar, dia yang mencipta jurang antara mereka. Tapi, dia juga kena beri ruang hati dia baik seperti sedia kala.

"Fahim, beli tak apa yang saya pesan suruh beli tadi?" laju Zara Medina menerpa ke arah Fahim Wajdi yang baru keluar dari kereta.

Fahim mengangguk lalu pintu bahagian penumpang di buka dan segelas coconut shake disua ke arah Zara Medina. Zara Medina tersenyum lebar namun senyumannya tiba tiba mati. Matanya berkaca memandang mata Fahim Wajdi.

Zara Medina [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now