🌸🌸🌸

SEMINGGU selepas sedar dari koma, Hazrin dibenarkan untuk keluar dari wad. Dia juga disuruh pulang ke rumah meskipun dia berdegil mahu menjaga Jasmine.

"Assalamualaikum!"

Hazwan membuka pintu. Terpancul wajah Hazrin di muka pintu. Hazrin tersenyum nipis kepada abang dan kakak iparnya itu.

"Waalaikumussalam. Kau balik dengan siapa ni, Rin?" Soal Hazwan.

"Achik hantar tapi, dia dah keluar balik. Ada hal katanya!"

Hazwan mengangguk.

"Long, angah mana? Dari aku sedar sampai sekarang aku tak nampak dia. Kut ya pun dia tak suka Jasmine, takkan la dengan aku pun dia nak buat musuh? Dia langsung tak tengok adik dia ni!" Ujar Hazrin.

Hazwan dan Hidayah terdiam. Mereka saling berpandangan yang membuatkan Hazrin mengerutkan dahinya. Pelik.

"Asal? Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?" Soal Hazrin.

"Achik tak ada bagitahu kau ke?"

"Bagitahu apa?"

Sah la tak ada. Kalau tak, takkan la Hazrin tanya balik.

"Angah dekat hospital sakit jiwa!"

Hazrin tersentak.

"Hospital sakit jiwa? Kenapa?"

"Dia ada masalah mental. Masa kau koma tempoh hari, dia cuba nak bunuh Adam dengan Hawa."

"Hah?" Hazrin pantas berlari ke tingkat atas untuk melihat keadaan anak kembarnya.

Hazwan dan Hidayah mengekorinya dari belakang. Belum sempat lagi dia menghabiskan kata-katanya, Hazrin sudah berlari panik seperti itu.

Hazrin menarik nafas lega bila melihat Adam dan Hawa sedang lena dengan ditemani oleh Mak Sal. Dia terduduk di sisi Adam dan Hawa.

"Hazrin, sihat dah kamu?" Sapa Mak Sal lembut.

Hazrin tersenyum nipis.

"Alhamdulillah, sihat jugak la, Mak Sal!" Balas Hazrin.

Hazwan dan Hidayah mendekati mereka sambil duduk tidak jauh dari mereka.

"Adam dengan Hawa tak apa-apa, Rin. Tak sempat aku nak bagitahu, kau dah lari dulu." Ujar Hazwan.

Hazrin menoleh ke arah abangnya.

"Aku panik, long. Aku takut jadi apa-apa pada diorang. Diorang sumber kekuatan aku selain mama diorang!" Balas Hazrin.

Hazwan mengangguk.

"Ya, aku tahu. Masa kejadian tu, nasib baik Kak Dayah dengan Mak Sal tak leka, diorang yang halang angah."

"Ya, Hazrin. Hazrin tak payah risau la. Kak Dayah dengan Mak Sal akan selalu jaga Adam dengan Hawa untuk Hazrin dengan Jasmine!"

Hazrin tersenyum kepada Hidayah.

"Terima kasih, Kak Dayah."

Hidayah membalas senyuman adik iparnya itu.

"Long, aku rasa aku dah kena kerja balik. Lama sangat dah aku cuti. So, aku nak minta izin kau boleh tak?"

"Minta izin apa kau ni?"

"Kalau aku tak ada, aku nak minta Kak Dayah jaga Adam dengan Hawa boleh?" Pinta Hazrin.

Hazwan menepuk-nepuk bahu adiknya itu perlahan.

"Kau ni, itu pun nak minta izin ke? Kan tadi Kak Dayah dah cakap yang dia akan jagakan Adam dengan Hawa untuk kau dengan Min!"

"Thanks, long. Lagi satu, aku nak minta..." Kata-kata Hazrin terhenti.

"Minta apa?" Soal Hazwan.

Hazrin menarik nafas dalam.

"Andai kata, Jasmine takkan sedar dalam masa terdekat ni atau jadi apa-apa pada dia, aku nak Kak Dayah jadi ibu susuan Adam dengan Hawa boleh?" Ujar Hazrin.

Hazwan dan Hidayah berpandangan. Mereka agak terkejut dengan permintaan Hazrin itu.

"Aku tahu permintaan aku ni tak masuk akal, long. Tapi, Adam dengan Hawa perlukan susu ibu. Jasmine tak boleh nak bagi semua tu. So, aku harap kau dapat pertimbangkan. Kak, Rin minta tolong sangat dekat akak."

Hidayah memandang wajah suaminya untuk memberinya jawapan. Hazwan masih membisu.

"Aku dah tak tahu nak minta tolong siapa, long. Aku tak rasa Min akan sedar dalam masa terdekat ni. Aku tak tahu kenapa tapi, feeling aku memang cakap macam tu. So, aku harap kau dapat tolong aku, long."

"Kalau aku dah buat keputusan, aku bagitahu kau ea?" Ujar Hazwan.

Hazrin angguk.

"Aku sorry kalau permintaan aku ni dah melampau. Aku cuma nak yang terbaik untuk anak-anak aku je!"

Hazwan dan Hidayah tersenyum nipis. Hazrin memegang tangan kecil Adam dan Hawa. Wajah Hawa yang sedang tidur itu sangat seiras dengan mamanya. Min, saya rindukan awak!

Seharum Bunga JasmineOù les histoires vivent. Découvrez maintenant