Alahai... hancur plan aku! Desis Hazwini kecil. Reda ajelah.

Hajatnya ingin mengenakan sahabat-sahabatnya. Tetapi angkara tersedaknya itu, semerta-merta plannya musnah.

Pap! Pap! Pap! Pap!

Pantas tangan Liana menampar bahu Aisyatul, Adriana, Aleya,dan Fify dengan serentak.

Hazwini apa lagi.... Membulat matanya melihat aksi selamba sahabatnya itu. Sudah lah bunyi tamparan itu seperti bunyi orang menampar nyamuk. Pap! Sana, pap! Sini.

"Aduh, sakit lah!" aduh Aisyatul seraya mengusap bahunya yang sakit di tampar oleh Liana. Adriana juga turut membuat perkara yang sama. Apa kejadah la dia ni...

"Kau pahal tiba nak tampar orang ni? Tak ada kerja ke?" Marah Fify.

"Dah kau orang menjerit... aku tampar lah! Ingat sikit, kita dekat PS bukannya dekat konsert." Jawab Liana selamba.

"Dah la tu...Lia, sekali-sekala nak menjerit apa salahnya?" sampuk Hazwini. Sebenarnya dia ingin meredakan pergaduan itu. Mungkin cara ini akan berkesan. Kalau tak, sampai tahun depan tak habis-habis.

"Wini! I miss you so much!" jerit Liana lalu meluru ke arah Hazwini. Kemudian dia memeluk Hazwini erat sehingga Hazwini tidak dapat bernafas.

Mereka yang lain hanya ternganga dan terkesima dengan tingkah Liana. What?

"Hehehe... sorry." Kata Liana sambil tersengih. Sebenarnya dia mahu menjadi orang pertama memeluk Hazwini. Disebab itu lah dia tampar mereka berempat tadi.

"Sorry tunggang unta lah!" bidas Aleya tak puas hati.

"Kepala otak kau lah sorry!"Adriana menampar bahu Liana dengan kuat.

"Hei-hei! Cukup lah tu... ni, aku nak tanya. Aku kat mana sekarang ni?" soal Hazwini dengan riak yang tenang.

"Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula," pantun Adriana sambil menjeling tajam ke arah Hazwini.

"Sereh ni aku tak tahu. Kat mana?"

"Liang lahad."

Jawab Aleya mudah.

Hazwini tersengih. Perlahan-lahan dia cuba bangun dari pembaringan. Dapat duduk pun jadilah!

"Liang lahad? Jadinya kita berenam ni duduk dalam satu liang lahad ke?" Riaknya sengaja dibuat kehairanan.

"Seperti aku cakap tadi, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Hoi, kau kat PS lah labu!" Marah Adriana dibuat-dibuat.

"Entah kau ni! Macam tak kenal ni tempat apa," Aisyatul pula menyampuk.

Hazwini tergelak besar. Seronok mengusik sahabatnya.

"Kau ni kan, sakit-sakit sempat lagi melawak... Haih. Tu lah. Aku suruh kau pergi klinik tak nak. Kan dah kena cempung dengan Dr. Airil... hshshs. Cannot brain."

Terlopong Hazwini apabila mendengar bicara Liana. Tak berkedip kedua-dua kelopak matanya.

"Mana ada cempung. Kan kita sama-sama papah dia masuk kereta Dr. Airil. Bab mengelentong memang terserah kat kau, Liana," kata Fify. Tapi dapat menambah perasaan terkejut Hazwini.

"Kau orang ni, betul-betul lah!"

"Betul lah!" Jawab mereka berlima serentak.

"Alah, lek ah. Liana kelentong kau je. Mana ada lah Dr. Airil nak cempung kau? Ingat dia tu hero kau ke? Kalau betul pun apa masalahnya kan? Eh, apa aku merapu ni?" Ayat terakhir yang dikatakan oleh Adriana membuat mereka semua disitu tergelak. Kecuali Hazwini yang masih tertanya-tanya.

"Lagi satu dia bawa kau kat sini. Tapi jangan risau aku dengan Adriana ada sekali. Masa tu aku tengok kau tak ada harapan nak hidup lagi... hshsh. Alhamdulillah, sekarang kau dah sedar. Doktor cakap kau dah stabil. Tapi, apa yang kau dah buat sampai kau kritikal ha? Kau memang nak mati ke? Dah tak sayang aku ke?"

"Tambah ayat sikit, dah tak sayang kita orang ke?" Aleya mencelah.

Hazwini mengeluh kecil. Dia memang stres. Stres dengan lelaki itu. Dan paling stres, masalah yang dihadapi oleh bapa sedaranya. Sudahlah semuanya kerja bapa sedaranya itu dia perlu selesaikan. Tambahan pula, itu masalah yang menggugatkan keselamatan negara. Jadi dia sebagai orang bawahan polis Malaysia yang sudah dilantik pada tahun lepas, dia perlu selesaikan. Dia bukan penggodam yang jahat tapi dia penggodam untuk melindungi sistem data negara.

Ancaman serangan siber bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh. Banyak data-data yang disimpan rapi berkaitan dengan hal negara. Jadi dia sebagai orang yang mengetahui bidang ini perlu menyelamatkan dan melindungi daripada ia terbocor dan dapat diketahui oleh pihak musuh. Kerana adanya mereka dapat semua pangkalan data, mereka boleh tahu tentang rahsia negara. Paling membimbangkan mereka boleh menyerang negara kita sekelip mata.

"Aku penat je dengan assignment yang berlambak. Tu lah stres," dalih Hazwini. Dia sudah berjanji dengan pihak atasan tidak perlu memberitahu identitinya sebagai penyiasat siber. Ibunya pun tidak tahu. Ini terjadi apabila bapa sedaranya itu sedar tentang kebolehannya.

"Lah! Jangan lah stres! Kita orang pun sama juga. Tapi tak adalah stres tahap duduk dalam wad." Ujar Aisyatul. Dia menghampiri Hazwini lalu dipeluk Hazwini itu dengan erat. Sungguh dia risau akan sahabatnya itu.

"Assalamualaikum..."

Mereka berenam beralih ke arah suara yang memberi salam. Suara itu kedengaran garau dan begitu dikenali.

Semerta-merta jantung Hazwini mula berdengup laju.

Perlukah dia berterima kasih? Tapi...

My Adore, Dr. Annoying Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz